Mutakhir ni, sering kita didedahkan dengan masalah jenayah dan gejala sosial di kalangan remaja. Golongan remaja sekarang semakin ganas dan sukar dikawal. kalau ikutkan skema jawapan untuk karangan kertas Bahasa Melayu masa sekolah dulu- dulu, antara punca utama masalah sosial dikalangan remaja disebabkan ibubapa. teringat kata-kata cikgu Bahasa Melayu dulu, kalau buat karangan, yang wajib kena hentam mesti ibubapa, cikgu, sekolah dan kerajaan..mesti golongan-golongan ni kena ada dalam menjadi pihak bertanggungjawab ke atas segala masalah..tapi itulah hakikatnya..
Bagi aku, ibubapa lah yang menjadi punca utama dalam masalah sosial kini. kerana anak-anak yang bermasalah ni kalau diperhatikan selalu berada diluar rumah dan berkeliaran bersama kawan-kawan sebaya. kenapa mereka sentiasa berada diluar kawasan rumah? kerana tiada pengawasan dari ibubapa.. ataupun ibubapa yang tak kisah kemana anak mereka pergi asalkan anak balik kerumah biarpun pukul 3,4 pagi. Aku nak tanya skit, apa kejadahnya budak-budak remaja ni buat kat luar rumah pada 3,4 pagi? waktu itu sepatutnya mereka sudahpun tidur. Kebebasan yang diberikan terlalu melampau kerana anak-anak sepatutnya tidak boleh membuat apa-apa aktiviti diluar rumah pada waktu malam. Malam hanya akan mengundang aktiviti yang negatif kepada remaja.
Imbas kembali kisah Allayarham Aminul Rasyid, (a-fatihah kepada rohnya), apa yang dilakukannya pada pukul 2 pagi? sekadar ingin keluar minum, kenapa tidak pada awal-awal? mengapa harus tengah malam? di tambah lagi memandu dan sah-sah mengikut umur Allahyarham, beliau tidak memiliki lesen memandu. Bagaimana seorang yang belum layak memiliki lesen memandu dapat memandu kereta? tentunya dengan keizinan ibubapa atau mereka sendiri yang mengajarnya..Aku bukan bermaksud untuk memburukkan Allahyarham dan keluarganya, tapi sekadar iktibar kepada semua. Apakah anda mahu anak-anak anda menerima nasib yang sama? Awasilah anak-anak sentiasa dan janganlah membiarkan anak-anak remaja ini keluar dari rumah pada waktu malam.
Sebagai ibubapa, anda perlu tegas dalam mendidik anak-anak. cuba keraskan pendirian anda untuk berkata 'tidak' dan 'ya' kepada anak-anak... yang mana boleh dilakukan dan yang mana tak boleh dilakukan oleh anak-anak. Tegas bukan bermaksud garang. Jangan cuba bertindak garang dengan anak-anak. Garang itu kemarahan, dan kemarahan itu adalah api dan api itu adalah syaitan.. Jangan sesekali garang terhadap anak-anak tetapi bersikap tegas.Sikap yang garang hanya kan membuatkan anak-anak lebih memberontak. pada waktu kecil mungkin mereka akan pendamkan sahaja ketidakpuasan itu. tetapi di peringkat remaja, anak-anak akan cuba meletus dengan bertindak melarikan diri, memukul ibubapa, mencuri serta melepaskan tekanan dengan rokok, dadah dan arak.
Tegas itu bermaksud kita dapat merencana dan mengatur hidup anak-anak sehingga mereka matang. Tegas akan menyebabkan anak-anak mematuhi keputusan kita dan akan menghormati ibubapa. berbeza sama sekali dengan garang kerana dengan pendekatan garang, anak hanya akan takut tetapi tidak menghormati ibubapa. disaat jiwa remaja dan fizikal serta mental yang makin membesar, anak-anak tidak akan takut lagi dengan ibubapa.maka akan terjadi pemberontakan.sebetulnya, setiap tindakan dan masalah sosial berpunca dari kehendak remaja itu sendiri yakni pegangan hidupnya sendiri. tapi kehendak itu adalah berpunca dari didikan ibubapa itu sendiri...
4 Orang mengumpat:
Ye..kena tegas..macam LM .Tegas dan garang..hehe.
kadang2 tu didikan emak ayah dah tegas, anak plak buat hal, lari rumah konon tak tahan. so agak2 camne tu bro?
aku rasa dua2 la. anak kena fikir yg mak bapak buat tu ada sebab. kdg2 anak2 ni degil..
dah jadi apa-apa tau plak nak salahkan pihak itu pihak ini.kalau lum jadi apa2 senang jer cakap,ala budak2 tuh bukan buat apa pon,jumpa kawan2 jer.kawalan langsung takde,pakai biar jer macam tuh.budak2 sekarang nih otak genius,ade sajer cara nak cover.bile fikir lik macam sumer nih berbalik pada soal didikan jugak.
LM : uikks~ garang ke akak ni? takotnyer..hehehe
FaizalSulaiman : mcm ayat yg last aku dh bagitau, ada jugak ibubapa yg tegas, tp kerana pegangan anak2 tu sendiri dlm memilih jalan yang da nak.. tp pendiriaan anak2 biasanya boleh didik dari awal..bak kata pepatah melayu, melentur buluh biar dr rebung.rasanya, kalu didik dr awal, x de masalah..
biskut : begitu juga pendapat hamba.. :)
Post a Comment