Pages

Sunday, December 12, 2010

Spam SMS

Tentu korang pernah dapat kan SMS berbentuk spam dan iklan-iklan bangang kat henset?.. menang peraduan la, promosi barangan la, langganan perkhidmatann bangang la..macam-macam jenis lagi la spam ni. Kalu jarang-jarang takpe lagi.. tapi kalu asyik berkali-kali sampai, naik hangin jugak rasa badan ni.

Semalam, pada pukul 4 pagi, time aku baru nak diulit mimpi, tetiba nada SMS telefon aku berbunyi.. gagahkan jugak la mata nak baca takut-takut ada emergency kes ke.. tapi yang hadirnya, SMS dari nombor +6285255666527. ingatkan nombor bangla mana..mesej dia bagitau, Simkad Anda Mnang PROMOSI RM 12.000 dr. COCA_COLA SDN No-Seri: 922433 Sila Call Office; +6285211113377 . aku taip ni sebijik-sebijik macam yang dia tulis.. huruf besar kecik pon sama, tiada langsung hasil edit dari aku..Memang celaka la si penghantar SMS ni.. dah la spam. hantar pulak pukul 4 pagi.terasa ingin sahaja aku membaling telefon aku ke dinding namun aku sedar semua itu bukan kesalahan henset aku. beliau hanya penyampai maklumat bangang dari si bangang itu.

Promosi dari coca-cola?? heh~ sori der, sejak aku tulis entry pasal boikot coca-cola dulu, memang aku tak pernah sentuh lagi air coca-cola.walau seksa sehingga aku berbuih mulut pon, aku tetap akan menahan diri aku dari mengambil coca-cola. Kalu air pon aku dah tak minum, jangan harap aku nak layan lagi promosi-promosi berkaitan coca-cola lagi..tapi aku rasa, syarikat coca-cola tiada kaitan kot dengan SMS spam ni. hanya penipuan semata-mata.

Paling aku tak tahan, ada lagi spam nak suruh langgan lagu la, video panas la.. kadang-kadang aku tersenyum kambing gurun jugak bila baca SMS macam tu... Hai, saya Eliza. nak tengok dan muat turun video panas dari saya? sila taip YES dan hantar ke 12213. Apa punya bangang la.. stakat tengok video apa barang. kalu ajak jumpa ok la jugak (>.<) tambah lagi, kalu stakat video bodo 3gp tu, baik tengok online je. berlambak website panas sampai mendidih-didih dan boleh dinikmati secara percuma. Nasib baik la aku ni bukan penonton video panas tegar. Siapa-siapa yang langgang video tu memang bangang.. gila seks tahap kuda gersang.. Apa sangat la yang dapat dari dok tengok video ntah pebenda tu.. buat menambah kegersangan ada la.. silap-silap, lembu kambing yang jadi mangsa.. bagi yang dah kawin tu ok la skit.. ada jugak tempat untuk 'bergusti'..





p/s : perlu ke dibuat report polis akan spam SMS ni? 

p/s/s : Tok sah dilayan la sms yang kata boleh dapat duit ribu riban ni.. tipu je. mana ada orang nak bagi duit free berlambak-lambak..

p/s lagi : Tak payah la dok layan video-video panas tu..tak de satu pekdah pon. hanya menambah pelaburan dosa je.. err.. aku tak pernah tengok ke?? .........

3 Orang mengumpat:

vampire's lovex said...

rilek...cOol sudey wakaka

Anonymous said...

selalu je dapat..tp abaikan je..mls nk layan sms mcm tuh

ghost said...

aku sama macam si vampire & si pensel.pertama aku mesti cakap abaikan jer..delete terus.sedangkan dari hotlink sendiri aku delete inikan plak dari no ato peraduan yang tak penah kita ikut.harus....

terutama sekali video2 panas...apa kepuasan nak layan dalam hp..skrin kecik jer..kalau kita nak layan dalam youtube lagi buntang bijik mata,tapi kita taknak sebab aku pon bukan pelayan video seksa yang tegar.malah memang malas layan.