Pages

Saturday, November 28, 2009

Member2 lama~

tak ku sangka sempena cuti hari raya haji ni, aku telah berkesempatan bertemu ngan member2 lama dari skolah rendah. syiok giler dapat jumpa ngan member2 yang dah berbelas tahun tak jumpa.ramai2 lagi tue.dan yang paling best nyer, pertemuan tu tak dirancang dan tak disangka2. sebenarnyer aku ngan dua member hanya kuar nak minum2 kat kedai. tup2 jumpa ngan kawan dari skolah menengah dulu. tross kami berbual2.lepas tu datang lak kawan2 lain yang dari skolah rendah lagi. masing2 dah brubah~ yelah, muka dah macam bapak orang dah. ^_^
yang tak syokner, suma member2 dh start kije. aku sorang je masih study lg.huhuhu... tahan2. stahun je lagi. :)

Thursday, November 26, 2009

salam aidiladha

hu~ dah lama aku x update blog ni. sibuk sesangat skrg. dh la balik kampung x de internet lak. huhuhu kabel telefon kat kawasan rumah aku habis kena curi. jadi x dapat la aku mengonlinekan diri.cilakak punya pencuri. papepon, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat diatas muka bumi ini. semoga bergembira dan terhapus dosa-dosa di hari yang mulia nie :)
sesungguhnya hari raya aidiladha ataupun raya haji ataupun lagi hari raya korban ni banyak fadhilatnya~ malas aku nak terang panjang lebar lagi. mesti korang pon tau kan kisah disebalik hari raya ni. kepada yang tak tau tu, bacalah buku agama banyak2. tak pun pergi tanya ustaz2 yang bertauliah xD

k, lastly, sekali lagi aku ucapankan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA