Pages

Thursday, December 31, 2009

Hepi New Year

akhirnya, tertutuplah tirai 2009 yang bagi aku tahun yang tak berapa best kerana banyak sangat masalah. dengan bermulanya tahun 2010 , aku harap dapat jauhkan diri dari segala suwey dan semoga hidup aku bertambah ceria dan gumbira :)
mulakan tahun baru ni dengan azam yang baru biarpun azam tahun lepas pon x ta kemana akhirnya. kurang2 ada niat untuk wat pembaharuan dan memperbaiki hidup dari masa ke masa.
semuga tahun 2010 ni, azam aku akan menjadi. kuatkan semangat, pasti boleh. yakin boleh, malaysia boleh....
akhir kata, HEPI NEW YEAR kepada semua...

Sunday, December 27, 2009

Kembali pulang....

hu~ setelah sebulan bercuti kat kampung, akhirnya aku akan kembali pulang ke KL yang menyerabutkan kepala. walaupon aku bakal sakit kepala bila dok kat KL nanti, sekurang-kurangnya tak le boring sangat. leh jalan2 keliling bandar or gi layan movie kat panggung. tak pon pergi melalak kat karaoke. wahahahaha....tu pon kalo ada fulus la. kalo poket kering tak leh nak pergi mana2 gak.
barang2 dah siap packing. cuma tunggu ketibaan waktu nak bertolak je...nasib baik ada lagi tiket bas. kalo tak, jalan kaki le aku gi KL. umm.... KL, nantikan ketibaan aku!!!

Saturday, December 26, 2009

meri krismas

Aku hanya nak ucapkan selamat hari natal atau dalam bahasa omputehnya meri krismas kepada sesiapa yang menyambutnya dan kepada mereka yang turut lapar untuk menyambutnya (mereka yang shoping sakan atau sekadar window shoping sempena jualan murah). kepada sesape yang nak hadiah, gantung la stoking dalam rumah korang. nanti santa kelaus datang la. kalo dia tak datang tu maknanya santa kelaus tu tak larat kot sebab dah tua benar.... (-_-;) takpon sebab rusa dia kena H1N1.