Penduduk-penduduk Islam ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Andalus denagn selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu helah semata-mata telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya pada 1 APRIL, mereka mengambil semua barangan keperluan masing-masing lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah-rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar ketika mereka dalam perjalanan.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya termasuk perempuan dan anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Andalus (Sepanyol) tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan APRIL FOOL'S DAY tanpa menyedari peristiwa ini sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan berama-ramai saudara seagama mereka sendiri.
Maruwiah Ahmat, 2003, Sejarah Bani Umayyah di Andalus, Karisma Publications Sdn. Bhd., Shah Alam.