al- kisah, ada la 3 orang pemuda yang kerja mereka hanyalah melepak tak kira la pagi, petang, siang atau malam. maka suatu hari, datanglah tok imam dengan hajat untuk mentarbiyah 3 pemuda ni. tok imam telah mencabar 3 mangkuk ni untuk pergi ke surau untuk sembahyang pada waktu maghrib. maka hangin la 3 orang pemuda ni atas cabaran tok imam dan bersetuju untuk datang ke surau pada malam tu untuk membuktikan mereka tidak jahil seperti yang tok imam sangkakan.
Masuk je waktu maghrib, 3 pemuda ni sudah terpacak depan surau. maka tok imam pon mengarahkan pemuda pertama untuk melangkan azan. Maka pemuda pertama terus mencapai mic dan melaungkan, Allah taala...Allah taala.... tok imam lantas merampas mic dari pemuda tu dan menyerahkannya pada bilal untuk melaungkan semula azan.terserlahlah kejahilan pemuda yang pertama.
solat maghrib nak dimulakan. tok imam mula mengangkat takbir ratulihram.. tok imam ni pon satu hal, angkat takbir sekali x kusyuk, angkat dua kali x kusyuk... masuk kali ketiga pemuda kedua panggil tok imam," tok, tok dok kat belakang. biar saya jadi imam". maka berundurlah tok imam ke barisan makmun dan pemuda kedua naik ke depan. pemuda kedua terus takbir, "Allahuakbar.........". maka makmun lain pon turut mengikut pemuda itu. Tiba-tiba pemuda tu berpaling ke belakang dan berkata, "ha..tok, tengok..sekali je tok." maka batallah sembahyang pemuda tu sambil di iringi gelak ketawa dari makmun yang lain.
Maka disuruh pula pemuda ketiga untuk menjadi imam oleh tok imam. Pemuda ketiga terus naik ke depan dan takbir, "Allahuakhbar".. pemuda tu sembahyang dari awal sampai la abis ke salam. siap baca ngan wirid2 lagi. Punyalah respek tok imam kat pemuda ketiga ni. Tok imam merasakan pemuda ni patut dijadikan contoh kepada pemuda lain di kampung tu.
Selesai baca doa, tok imam pon pergi la puji pemuda ketiga tu. Dengan bongkak dan megahnya pemuda tu menjawab, "ha..tu aku belum ambik wudhuk lagi. kalau tak, lagi dahsyat aku sembahyang...".
tok imam terus terpegun dan terpana.......
Pages
Wednesday, September 30, 2009
Tuesday, September 15, 2009
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI
berlalulah sudah ramadhan, sebulan berpuasa,
tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira,
anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli keluarga, kawan2 di kampung, teman2 di perantauan samada balik raya ke tidak, rakan2 blogger dan seluruh kaum muslimin dan muslimat seluruh dunia. aku juga nak minta ampun dan maaf sekiranya selama ini ada membuat korang terasa hati dan marah kat aku.
ucapan khas aku tujukan untuk rakan2;
buatayie yang dh balik kampung awal2, rajin2 la tolong mak ngan ayah buat kuih.
kepada amir, smoga mung cepat2 blh kerja baru dan belanja aku.XD
bestfriend aku dari skolah rendah, mat 6, smoga sentiasa bahagia dan beraya ngan gembira,
zai, semuga ko dapat pulang ke sabah dengan selamat. kirim salam kt mak ayah dan jangan lupa tinguk2 kan urang aku di TOP. musti sampai tu lv72...
untuk one, semoga dapat bergembira di hari raya. cukup2 la jaga kolej.biar pak guard plak wt kije.
ngah yang sudah berada di gua musang, harap2 kurangkan tido semasa raya nie
dan mat lan, harap berbahagia selalu.
x lupa juga kepada meri kt kampung, walaupun aku tau mung buta IT dan mungkin x baca blog aku, harap2 cari la kije elok2.jangan kedekut nak belanja member. dan satu lagi, jaga kadir elok2. bagi makan biar cukup.
sekian,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira,
anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli keluarga, kawan2 di kampung, teman2 di perantauan samada balik raya ke tidak, rakan2 blogger dan seluruh kaum muslimin dan muslimat seluruh dunia. aku juga nak minta ampun dan maaf sekiranya selama ini ada membuat korang terasa hati dan marah kat aku.
ucapan khas aku tujukan untuk rakan2;
buat
kepada amir, smoga mung cepat2 blh kerja baru dan belanja aku.XD
bestfriend aku dari skolah rendah, mat 6, smoga sentiasa bahagia dan beraya ngan gembira,
zai, semuga ko dapat pulang ke sabah dengan selamat. kirim salam kt mak ayah dan jangan lupa tinguk2 kan urang aku di TOP. musti sampai tu lv72...
untuk one, semoga dapat bergembira di hari raya. cukup2 la jaga kolej.biar pak guard plak wt kije.
ngah yang sudah berada di gua musang, harap2 kurangkan tido semasa raya nie
dan mat lan, harap berbahagia selalu.
x lupa juga kepada meri kt kampung, walaupun aku tau mung buta IT dan mungkin x baca blog aku, harap2 cari la kije elok2.jangan kedekut nak belanja member. dan satu lagi, jaga kadir elok2. bagi makan biar cukup.
sekian,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Monday, September 14, 2009
MALAM SERIBU BULAN
Hari nie dah 15 hbrln. yea..yea..esok aku balik kampung. Aku hampir terlupa puasa dh tinggal dekat seminggu je lagi dan kita dah pon masuk 10 malam terakhir. Masa time ni la kalau kita nak beribadat betul2. ye la, kalau terlepas malam lailatulqadar nanti menyesal...kita tak tau bila malaikat nak turun, tapi ada baiknya kita beribadat la malam2 sebab ibadat kita akan diterima sama macam beribadat seribu bulan pada malam lailatulqadar.ha...ambik kau, betapa baiknya jadi umat nabi Muhammad s.a.w nie.
nielah kelebihan kepada umat Muhammad s.a.w, tapi kita tak di beritahu bila malam 2 berlaku melainkan 10 malam terakhir ramadhan. jadi banyakkanlah beramal pada 10 malam terakhir ni agar tak terlepas lailatulqadar nanti.

Wednesday, September 9, 2009
U-Style.
APPLE BAND JADI IDOLA REMAJA
Apple Band yang dianggotai tujuh anak muda kini semakin menjadi kegilaan para remaja. Fenomena ini dapat dilihat dengan jelas melalui pemakaian golongan remaja yang cuba meniru penampilan dari kumpulan ini dimana-mana sahaja. Dengan identiti merah dan hitam, kumpulan Apple Band kini bukan sahaja mendapat perhatian remaja, malah golongan dewasa dan sering muncul dalam pelbagai arus media.
Kumpulan yang popular dengan lagu little bird can fly dan you don’t know what I don’t know semakin gilai terutamanya di kalangan remaja perempuan. Tujuh jejaka kacak yang menganggotai Apple Band masing-masing menyatakan merasa bangga atas sokongan dan perhatian yang diberikan masyarakat kepada mereka.
Selain lagu-lagu mereka yang mengandungi unsur-unsur nasihat itu, genre muzik yang terkini menjadikan mereka terus diminati dan lagu mereka yang bertajuk jump frog jump pernah menduduki tangga teratas selama tujuh minggu berturut-turut dibeberapa buah stesen radio dan telah dijadikan lagu tema dalam sebuah filem Hollywood yang bertajuk Beauty Snow White. Hal ini amat membanggakan Malaysia apabila lagu ciptaan dan nyanyian anak tempatan telah Berjaya membolosi industri hiburan dan perfileman di Hollywood.
Apa yang menjadi perhatian media sekarang adalah industri perfileman di Bollywood juga dikatakan turut mengintai peluang untuk mendapatkan kontrak daripada Apple Band. Bollywood yang terkenal sebagai pengeluar filem terbanyak didunia iaitu hampir 900 buah filem setiap tahun kini dikatakan berminat dengan lagu dari Apple Band. Menurut sumber, Pengarah filem terkenal Bollywood , Yash Chopra dikatakan ingin mengambil beberapa buah lagu dari Apple Band untuk dimuatkan dalam filem terbaru beliau iaitu ‘Chandani Ho Tum’ yang bermaksud kamu adalah bulan. Antara lagu yang ingin dimuatkan dalam filem tersebut ialah lagu Can Ma Li Can dan lagu White dog can laught. Sumber tersebut disahkan sendiri oleh ahli kumpulan Apple Band.
IRUWANDY JADI TAUKE BUDU
Iruwandy kini boleh mendabik dada dengan bangga kerana beliau telah muncul sebagai usahawan yang Berjaya dimana perniagaan budu miliknya kian pesat membangun. Wandy atau lebih mesra disapa dengan panggilan Ngah, telah melakar sejarah tersendiri apabila menjadi anak kampung dari Jeram Tekoh, Gua Musang yang pertama membina empayar perniagaan yang dapat dikomersialkan. Budu cap kepala musang keluarannya kini telah mendapat sambutan hangat diseluruh tanah air malah telah dieksport ke beberapa buah Negara seperti China, Rusia, Jepun, Thailand dan beberapa buah Negara di Eropah. Hal ini tentunya amat membanggakan kerana makanan yang tersohor bagi orang Kelantan itu kini makin dikenali dan diminati orang dari Negara luar. Dengan hasil lumayan yang didapati, Wandy diura-ura ingin berkahwin dua orang sekaligus dan membeli kereta perodua kelisa yang telah lama diimpikannya.
ONE SERIK UNTUK BERCINTA
Hampir setengah tahun menghilang, akhirnya One kembali dengan penampilan yang berbeza. Setelah kisah cintanya yang terkubur dipertengahan jalan tersebar meluas melalui media, One yang telah menghilangkan diri hampir setengah tahun itu kini kembali menemui peminat-peminatnya. Walaupun kelihatan sedikit ranggi, namun One menyatakan beliau masih terluka dengan cinta lama. “hati saya masih lagi tertutup untuk menerima wanita dalam hidup saya. Biarlah saya hidup solo begini buat masa sekarang”, jelas One yang nyata masih terluka dan kelihatan serik untuk bercinta. Apabila ditanya adakah beliau akan bercinta lagi suatu hari nanti, beliau hanya menjawab, “Insyaallah kalau hati saya sudah terbuka dan bersedia.tapi bukan buat masa terdekat ni.”
ZAI TOLAK TAWARAN RM 1JUTA
Penyanyi terkenal, Zaiyaudi yang pernah muncul dengan lagu “anok itik tok wi” dikatakan telah menolak tawaran RM1 juta dari sebuah syarikat rakaman antarabangsa. Semasa ditemui, Zaiyaudi telah mengesahkan berita tersebut.Apabila ditanya kenapa menolak tawaran tersebut, beliau menyatakan tawaran RM1 juta itu adalah bayaran untuk sepanjang tarikh kontrak iaitu setahun. Beliau menambah, dengan kedudukan beliau sebagai penyanyi Indie sekarang sudah mencapai RM400, 000.00 untuk satu persembahan kerana mempunyai jumlah peminat yang sangat ramai. Jika sebulan dia membuat persembahan sebanyak 3 kali, pendapatannya sudah mencecah RM1.2 juta. Namun begitu, beliau tidak begitu mementingkan wang ringgit kerana beliau mendakwa dirinya seorang yang zuhud. Setiap pendapatan yang diperolehnya sebelum ini pun dikatakan diderma kepada badan-badan kebajikan tambahan duitnya sudah terlalu banyak dan tidak muat disimpan dalam bank.Zaiyaudi yang mula terkenal dengan lagu tiada lagi hidung dan matamu itu juga dikatakan mengelap badan kucingnya yang lepas mandi dengan duit RM50 sebanyak 20 keping selain digunakan untuk mengelap debu dicermin keretanya dengan dengan jumlah yang sama.
*sila tinggalkan cadangan atau pandangan anda tentang U-Style di sini.

Subscribe to:
Posts (Atom)