Pages

Wednesday, September 9, 2009

U-Style.

APPLE BAND JADI IDOLA REMAJA

Apple Band yang dianggotai tujuh anak muda kini semakin menjadi kegilaan para remaja. Fenomena ini dapat dilihat dengan jelas melalui pemakaian golongan remaja yang cuba meniru penampilan dari kumpulan ini dimana-mana sahaja. Dengan identiti merah dan hitam, kumpulan Apple Band kini bukan sahaja mendapat perhatian remaja, malah golongan dewasa dan sering muncul dalam pelbagai arus media. 

Kumpulan yang popular dengan lagu little bird can fly dan you don’t know what I don’t know semakin gilai terutamanya di kalangan remaja perempuan. Tujuh jejaka kacak yang menganggotai Apple Band masing-masing menyatakan merasa bangga atas sokongan dan perhatian yang diberikan masyarakat kepada mereka.

Selain lagu-lagu mereka yang mengandungi unsur-unsur nasihat itu, genre muzik yang terkini menjadikan mereka terus diminati dan lagu mereka yang bertajuk jump frog jump pernah menduduki tangga teratas selama tujuh minggu berturut-turut dibeberapa buah stesen radio dan telah dijadikan lagu tema dalam sebuah filem Hollywood yang bertajuk Beauty Snow White. Hal ini amat membanggakan Malaysia apabila lagu ciptaan dan nyanyian anak tempatan telah Berjaya membolosi industri hiburan dan perfileman di Hollywood.

Apa yang menjadi perhatian media sekarang adalah industri perfileman di Bollywood juga dikatakan turut mengintai peluang untuk mendapatkan kontrak daripada Apple Band. Bollywood yang terkenal sebagai pengeluar filem terbanyak didunia iaitu hampir 900 buah filem setiap tahun kini dikatakan berminat dengan lagu dari Apple Band. Menurut sumber, Pengarah filem terkenal Bollywood , Yash Chopra dikatakan ingin mengambil beberapa buah lagu dari Apple Band untuk dimuatkan dalam filem terbaru beliau iaitu ‘Chandani Ho Tum’ yang bermaksud kamu adalah bulan. Antara lagu yang ingin dimuatkan dalam filem tersebut ialah lagu Can Ma Li Can dan lagu White dog can laught. Sumber tersebut disahkan sendiri oleh ahli kumpulan Apple Band.





IRUWANDY JADI TAUKE BUDU

Iruwandy kini boleh mendabik dada dengan bangga kerana beliau telah muncul sebagai usahawan yang Berjaya dimana perniagaan budu miliknya kian pesat membangun. Wandy atau lebih mesra disapa dengan panggilan Ngah, telah melakar sejarah tersendiri apabila menjadi anak kampung dari Jeram Tekoh, Gua Musang yang pertama membina empayar perniagaan yang dapat dikomersialkan. Budu cap kepala musang keluarannya kini telah mendapat sambutan hangat diseluruh tanah air malah telah dieksport ke beberapa buah Negara seperti China, Rusia, Jepun, Thailand dan beberapa buah Negara di Eropah. Hal ini tentunya amat membanggakan kerana makanan yang tersohor bagi orang Kelantan itu kini makin dikenali dan diminati orang dari Negara luar. Dengan hasil lumayan yang didapati, Wandy diura-ura ingin berkahwin dua orang sekaligus dan membeli kereta perodua kelisa yang telah lama diimpikannya.



ONE SERIK UNTUK BERCINTA

Hampir setengah tahun menghilang, akhirnya One kembali dengan penampilan yang berbeza. Setelah kisah cintanya yang terkubur dipertengahan jalan tersebar meluas melalui media, One yang telah menghilangkan diri hampir setengah tahun itu kini kembali menemui peminat-peminatnya. Walaupun kelihatan sedikit ranggi, namun One menyatakan beliau masih terluka dengan cinta lama. “hati saya masih lagi tertutup untuk menerima wanita dalam hidup saya. Biarlah saya hidup solo begini buat masa sekarang”, jelas One yang nyata masih terluka dan kelihatan serik untuk bercinta. Apabila ditanya adakah beliau akan bercinta lagi suatu hari nanti, beliau hanya menjawab, “Insyaallah kalau hati saya sudah terbuka dan bersedia.tapi bukan buat masa terdekat ni.”



ZAI
TOLAK TAWARAN RM 1JUTA

Penyanyi terkenal, Zaiyaudi yang pernah muncul dengan lagu “anok itik tok wi” dikatakan telah menolak tawaran RM1 juta dari sebuah syarikat rakaman antarabangsa. Semasa ditemui, Zaiyaudi telah mengesahkan berita tersebut.Apabila ditanya kenapa menolak tawaran tersebut, beliau menyatakan tawaran RM1 juta itu adalah bayaran untuk sepanjang tarikh kontrak iaitu setahun. Beliau menambah, dengan kedudukan beliau sebagai penyanyi Indie sekarang sudah mencapai RM400, 000.00 untuk satu persembahan kerana mempunyai jumlah peminat yang sangat ramai. Jika sebulan dia membuat persembahan sebanyak 3 kali, pendapatannya sudah mencecah RM1.2 juta. Namun begitu, beliau tidak begitu mementingkan wang ringgit kerana beliau mendakwa dirinya seorang yang zuhud. Setiap pendapatan yang diperolehnya sebelum ini pun dikatakan diderma kepada badan-badan kebajikan tambahan duitnya sudah terlalu banyak dan tidak muat disimpan dalam bank.Zaiyaudi yang mula terkenal dengan lagu tiada lagi hidung dan matamu itu juga dikatakan mengelap badan kucingnya yang lepas mandi dengan duit RM50 sebanyak 20 keping selain digunakan untuk mengelap debu dicermin keretanya dengan dengan jumlah yang sama.


*sila tinggalkan cadangan atau pandangan anda tentang U-Style di sini.

2 Orang mengumpat:

JinXER said...

Habis mana cerita 4 yang lain?? Ini Tidak adil!! ahhaha!

Unknown said...

yg lain, nntkan minggu depan...