Pages

Saturday, June 4, 2011

salah siapa?

Selain isu politik yang sememangnya tak pernah lepas dari mulut masyarakat, Akhbar tempatan juga masih panas dengan laporan kes pembuangan bayi.. tak pernah habis..sampaikan ada kes pembuangan bayi yang menjadi kes bunuh.. kadang-kadang rasa meluat dah baca berita macam tu. macam-macam kutukan yang diberikan masyarakat terhadap pembuang bayi, tapi kes berkenaan tetap juga berlaku dengan berleluasa melebihi kes membuang sampah merata-rata..salah siapa sebenarnya? salah ibu bapa? salah media yang memberikan berita? salah cikgu kerana tak ajar agama?

Terdetik dalam hati aku, walaupon kita dah bagi bermacam kutukan, dah bagi bermacam nasihat, nampaknya golongan belia masih suka dengan trend begini..berkasih-kasihan, bersedap-sedapan, buang-membuang dan kemudian tertangkap.segala cemuhan dari masyarakat nampaknya langsung tidak memberi pengajaran dan terlekat dalam minda para remaja ibarat mencurah air di daun keladi..mungkin kerana dunia sudah semakin sampai ke penghujung hayatnya dan manusia semakin alpa dengan dosa.

Sekali lagi aku menyeru, kepada wanita khususnya..jangan mudah terpedaya dengan lelaki.. jangan sesekali menggadaikan bodi kerana sayang yang tak terperi..kata orang-orang tua, ikut hati mati, ikut rasa binasa.. ikut nafsu, sedap sekali..ikut kekasih buaya, buncit perot, meranalah akhirnya.. nak tunjukkan perasaan sayang korang tu, tahanlah sampai mengikat tali perkahwinan.. Jangan katakan korang..aku pon dah tak tertahan ni..tapi sabarlah selagi belum sampai masanya..Tak habis dengan dosa zina, dosa membunuh pula korang buat.. ish, kesianlah dengan bayi kecil tu.. kesiankanlah mak bapak korang.. kesiankanlah diri korang sendiri.. takutlah dengan azab api neraka..




p/s : bukan salah ibu mengandung, tapi salah bapak yang tak pakai kondom..ekkk???

Friday, June 3, 2011

Tak Tertahan

Aku tengok last entry aku ialah seminggu lepas.. sebenarnya, tu pon entry auto publish..memang sakit hati sangat-sangat sebab tak dapat nak online.. baru ni, telekom ada bagitau, kabel telefon yang dicuri telah disambung balik.. tapi setelah aku cuba, talian telefon dan internet tetap tak dapat.. bila aku selidik, rupanya, kabel yang baru dipasang tu telah di potong balik oleh pencuri yang bangang..aduhh!!!

Memang menyakitkan hati apabila 2,3 bulan perkhidmatan telefon dan internet dikenakan caj tetapi tiada perkhidmatan.. ibarat pergi ke pasar dan membayar duit kepada penjual ayam tanpa membeli ayam.. betul ke tindakan macam tu? bukan nak menyalahkan pihak telekom sepenuhnya, tetapi cubalah mereka fikir, betul ke tindakan mengenakan caj setiap bulan tanpa memberikan perkhidmatan?

Sekarang, aku tak nak pikir sekejap masalah pasal internet ni.. cuba menenangkan fikiran dengan melancong ke Langkawi..ekekeke..sungguh kelabu mata bila melihat barang-barang murah.. walaupon barang di Kelantan pon masih murah, tapi di Langkawi lagi la jauh murahnya..hmm, tiada cukai la katakan~ Sekarang aku nak mendamaikan otak dengan bercuti..