Pages

Showing posts with label ROTI COTEK. Show all posts
Showing posts with label ROTI COTEK. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

Lapar, Cotek dan Banjir....



Cotek? Menatang kebenda cotek tu? Banjir kat mana pulak? Sebenarnya aku cuma nak cerita pasal roti canai je. Semenjak dua menjak ni, boleh dikatakan hampir setiap malam aku akan mengalami kelaparan dan akan membedal roti canai. dulu slalu order roti canai kosong dua bijik untuk mengisi perot di waktu malam. Sekarang ni selera aku dah bertukar kepada roti cotek. Ahh.. tak tahu ke roti cotek tu binatang apa? sebenarnya roti cotek bukanlah binatang atau sayur-sayuran. beliau ialah sejenis roti canai. Kat KL ni aku dengar orang sini panggil roti tampal. di ulangi sekali lagi, ROTI TAMPAL... kalu kat Kelantan orang panggil Roti cotek.

Roti cotek langsung tiada kaitan dengan pokok mas cotek. Beliau dinamakan roti cotek kerana ada telur yang melekat di roti tu. Dalam loghat Kelantan, Cotek itu disebut kepada sesuatu yang melekat dan sedikit timbul di atas sesuatu permukaan... lebih kurang gitu la kot maksudnya..Roti cotek a.k.a roti tampal ni sangat sedap jika dimakan dengan menggunakan teknik banjir... ish~ rasa macam tak berapa sesuai je ayat aku tu..ah!!! hentam ke la labu... Mudah kata, roti ni sedap dimakan jika kuahnya dimakan secara banjir.. nak lebih sedap, letakkan bawang goreng. uhhh.. heaven gila~

Seingat aku, Roti cotek yang paling sedap pernah aku makan ialah kat Kedai Makan depan Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu Kelantan.. sekarang aku dengar perniagaannya makin maju dan nama kedai pon dah tukar jadi Cotek Red Warriors..siap kaler roti canai pon dah bertukar jadi merah...Aku tak jumpa lagi mana-mana kedai Roti Canai yang mampu melawan kesedapan roti cotek beliau.. hmm.. ni bukan aku nak promote kedai dia ye.. just ceritakan pengalaman aku.. aku tak di bayar dan di upah oleh beliau untuk mempromote kedai roti coteknya. tapi kalu beliau nak bagi aku roti free, aku belasah je.. nak suruh tulis entry angkat ke langit pon aku sanggup.. pasal makan, laju je~

















*gambar hasil carian encik google..



p/s : kelaparan dah melanda perot aku sekarang ni.. jom pergi makan roti cotek!!!