Pages

Showing posts with label AWEK. Show all posts
Showing posts with label AWEK. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Koleksi Peribadi

Sering kita dengar berita artis-artis yang kantoi berbogel, berbikini, beraksi di ranjang, minum arak, isap dadah.. diorang kantoi apabila video-video dan gambar-gambar yang membuktikan aktiviti diorang tu jatuh ke pihak yang 'tak boleh diharap'.. 'Pihak yang tak bertanggungjawab' ni kononnya akan menyebar video dan gambar tak senonoh tu melalui bluetooth, upload kat pesbuk, upload kat blog, kat prenster dan sebagainya..

Bila dah kecoh isu depa berbogel ke, berbikini ke, diorang akan salahkan pihak yang menyebarkan.. kononnya itu koleksi untuk peribadi.. bukan untuk tayangan umum.. bila masyarakat dok kutuk, maka diorang pun akan meminta maaf.. kononnya dengan meminta maaf kat masyarakat, kesalahan diorang akan dilupakan.. hmm, ngan Tuhan tak tahu la diorang minta maaf ke tak.. Puas aku berfikir, mestikah ada koleksi peribadi kita yang dalam keadaan yang aib? perlu ke kita simpan video-video dan gambar-gambar bogel kita? stakat nak tengok diri sendiri yang bogel, bukak je la kain tu.. tengok depan cermin.. Apa ke tolol sangat perlu rakam gambar, buat video bagai tu?


Kalu terasa gian sangat nak tengok gambar bogel, video lucah, search je kat internet tu.. berlambak!!! tak perlu meng'gian'kan diri untuk berlakon video lucah mahupun bergambar bogel.. kerana ke'tolol'an diri untuk merakam aksi sendiri maka terhasillah gambar-gambar awek melayu bogel, awek ttuuutt..tuuttt.., melayu 3gp dan sebagainya.. saranan aku, tak payah la nak buat gambar-gambar dan video-video yang tak senonoh diri tu sebagai koleksi peribadi.. Yang laki bini pon, tak payah la nak rakam dan simpan aksi korang tu.. kalu terasa nak tengok, baik beraksi sekali lagi.. kang dapat kat orang lain video dan gambar tu, haru je dunia kamu itu... yang tak femes akan femes.. yang dah femes semakin femes..


*Apa perasaan korang bila gambar peribadi korang macam ni tersebar? bangga??



p/s : baik aku simpan gambar power rangers untuk koleksi..

Friday, May 6, 2011

Kenapa perempuan suka .....

Ahh...entry nak hentam perempuan lagi~ otak aku memang selalu pikirkan perempuan kot sebab aku takde awek lagi..hahaha. Tapi aku betul-betul ikhlas menghentam sebab nak nasihat ni..(-_-;) Satu lagi trend perempuan sekarang ni yang aku tak suka ialah berposing dan ambik gambar dengan lidah terjelir..Ishh, tak senonoh betul..

Siyes memang aku rasa nak lempang je muka perempuan yang suka ambik gambar sambil jelir lidah.. kenapa perempuan suka jelir time nak ambik gambar? cantik?? unik?? cun?? stylo? haramjadah!!! Bagi aku perbuatan tu amat sangat sungguh teramat kurang sopan lebih-lebih lagi bila membuatnya ialah gadis melayu yang kononnya tersohor dengan lemah lembut dan sopan santun. Gambar gitu sopan ke? aku rasa gambar korek hidung lagi sopan kot..

Tak boleh ke kalu ambik gambar tu just senyum je... tersengih ke.. berdiri macam tiang bendera ke, peluk tiang telefon ke..Korang terasa ke? memang patut korang terasa kalu pernah buat gitu.. jadi kepada sesiapa yang pernah upload gambar korang dok jelir lidah tu, tak kira la kat pesbuk ke, prenster ke, blog ke, lebih baik korang delete balik.. Kalu tak delete, nanti aku wat video, upload kat redtube..ekkk..redtube tu apa?? (dengan muka berpura tak tahu) kepada yang tak tahu apa tu redtube, jangan sesekali nak try search kat google.. kepada yang dah tahu, pura-pura lah tak tahu macam aku...Hmmm..tapi aku tahulah perangai korang ni..yang orang larang tu lah yang nak dibuatnya..



*cun ke jelir gini?? nampak gersang ada la~



*bertudung, tapi buat sign lucah... gambar kredit to oh! tidak



p/s : Awek gersang pada pandangan aku ialah awek yang suka jelir lidah dan yang suka pakai subang besar..

Monday, March 7, 2011

Tips mengorat

Masa dalam kelas baru-baru ni, lecturer aku ada la bertanya soalan lazim dari cikgu2 dan lecturer.. "emm, ada soalan tak?"..  maka member aku dengan muka macam monyet sangap pon angkat tangan. dengan selamba dia tanya kat lecturer, " macam mana cara nak mengorat awek?"..kami sekelas dah ketawa ibarat kambing di beri pisang. apa jadah tanya soalan macam tu.. langsung tak berkaitan dengan topik kelas. tapi lecturer aku punyalah berlagak profesional dan menjawab soalan tu dengan jujur berdasarkan pengalaman beliau. 


Be yourself
Paling penting, jangan hipokrit.. jadilah diri kita yang sebenar masa nak berkenalan dengan awek tu. sikap jujur amat penting dalam memastikan perhubungan tu berkekalan untuk jangka masa panjang. jika dilihat, ramai pasangan suami isteri yang bercerai bila baru saja berkawin sedangkan dah berkapel untuk masa yang lama. puncanya ialah masa kapel tu, pasangan tidak menunjukkan perangai yang sebenar macam tunjuk baik la, berlakon alim la, berlagak caring la, buat-buat cool la... tapi bila dah kawen, mula la keluar perangai sebenar. kalu perangai yang tak elok dah jelas di mata pasangan, memang tak lama la akan tahan bersama. dulu lain, sekarang lain.


Jangan takut
Perangai orang kita ni, takut nak berterus terang.. kadang-kadang takut, kadang-kadang malu.. buangkan semua sikap tu. Biasanya kita malu untuk meluahkan perasaan. juga takut nak meluahkan kerana  tak ingin di tolak. tapi kalu tak luahkan perasaan tu, macam mana la orang nak tahu. selagi tak luahkan perasaan hati tu, agak mustahil untuk orang memahami dan menerima kita. tapi jika kita luahkan, kemungkinannya hanyalah diterima atau ditolak. tak la perlu menunggu bertahun lamanya.. jika ditolak sekali pun, terimalah dengan cara rela terima hakikat tu seadanya. jangan korang gi bomohkan pulak.. tengok je lelaki Afrika, Bangla kat negara kita ni...walaupon berkaler seperti arang, tapi perempuan disini lebih meminati mereka. Salah satu sebab utamanya ialah diorang berani dan pandai bermain kata-kata serta meluah perasaan. biarpon kata-kata tu semua menipu je.


Beri pujian
Bab pujian ni, rasanya aku pernah bagitau dulu... orang perempuan memang sangat alah di puji. diberi sedikit pujian, maka melambungkan dirinya ke angkasa.. cubalah berikan puji-pujian yang indah kepada orang yang diminati tu. bila dia sentiasa mendapat pujian, mungkin pandangan diorang terhadap kita akan berubah. diorang akan rasa dirinya dihargai dan mendapat perhatian dari kita.


Ikhlas
Kita kena la betul-betul mempunyai perasaan yang ikhlas terhadap si dia. bila kita ikhlas dengan orang lain, orang pon akan ikhlas dengan kita. konsep yang mudah.. lebih kurang dengan hukum karma la. tapi, melalui info yang aku dapat, otak kita ni mampu menghantar gelombang isyarat kepada orang lain. Jika kita selalu hantarkan perasaan sayang kepada orang lain, maka lama-kelamaan orang tu pon akan jadi sayang dengan kita sebab dia dapat terima gelombang perasaan sayang kita tu. macam tu jugak kalu kita benci dan menyampah kat orang.


Ada asas agama
Yang ni aku nak tambah sikit.. ye la..walau betapa jahil dan jahatnya kita, kurang-kurang biarlah ada asas agam tu dalam diri. bukan sampai nak kena hafal Al-Quran 30 juzuk, pakai jubah dan semutar tapi  kurang-kurang kalu bapak mertua suruh jadi imam solat berjemaah kat rumah tu pon dh lulus.. janganlah sampai orang suruh ambik wudhuk pon, nak terketar-ketar. orang lelaki ni tanggungjawab besar. kalu nak jadi suami dan bapak nanti, siapa lagi nak ajar anak bini kita kalu bukan kita sendiri yang bergelar ayah dan suami? Jangan ingat kelas fardhu ain dan kelas pendidikan agama kat sekolah sudah mencukupi untuk mereka. Ilmu itu takkan pernah cukup walaupon sentiasa dicari sepanjang masa.


Kalu korang betul-betul nak mecari tips mengorat, baik korang baca buku Men Are From Mars, Women Are From Venus. kat situ, dia ada jelaskan perbezaan antara lelaki dan perempuan dan bagaimana nak jadikan perbezaan tu sebagai satu pelengkap. rasanya agak best jugak la buku tu.. bagi pasangan suami isteri pulak, kalu nak mengorat isteri/ suami tu, baik gi baca kamasutra..hahaha.. Amaran!!! hanya untuk orang yang berkahwin sahaja. yang belum kawen jangan memandai nak baca..tunggu je lepas kawen..