Semalam masa dok makan kat kedai basikal makan, aku tengok sekumpulan kanak-kanak dok main kjear-kejar ngan sorang mamat yang tak siuman. Tetiba aku boleh tersenyum tengok kat mamat yang tak siuman tu.. Aku tersenyum sebab aku tengok untuk yang pertama kalinya si mamat yang tak siuman tu ketawa dan senyum. biasanya dia dok muka masam je.. selalu marah-marah orang sekitar dan kelihatan agak berbahaya. tapi bila main ngan budak-budak boleh pulak dia ketawa dan dok kejar-kejar budak-budak yang keriangan tu.
Aku bukan nak cerita pasal si mamat yang tak siuman tu. kalu nak cerita pon mungkin lain kali. bukan untuk entry ni. kali ni aku cuma nak cakap, aku amat pelik, hairan dan tak ketahuan kenapa kanak-kanak tu dibiarkan bebas berkeliaran bermain merata-rata tanpa pengawasan penjaga.. Tambah memelikkan aku adalah kanak-kanak tu berkeliaran di waktu malam.. bayangkan kanak-kanak berumur antara 5-8 tahun tu bermain kejar-kejar dan berkeliaran pada waktu malam tanpa pengawasan orang dewasa. Kanak-kanak tu aktif, maka tolonglah fikir jika kebarangkalian berlaku kemalangan. apa yang jadi? Tambah teruk kalu kanak-kanak tu hilang tanpa di kesan. Tak guna dah nak menangis air mata darah sekali pon jika tiba-tiba mereka di culik.
Masyarakat nampaknya masih tak ambik pengajaran dari kisah-kisah kehilangan seperti Nurin Jazlin, Sharlinie, Asmawi dan ramai lagi.. sekiranya tak terkena batang hidung sendiri, maka tiada siapa akan peduli. begitu lazimnya masyarakat kita. Dah terkena, baru nak menangis, masuk surat kabar... "huk..huk.. tolong pulangkan anak aku.. pulangkan..pulangkan... sebelum aku jadi pontianak jalang malam.".. memang ketika tu, kita tengok sangat menyedihkan, tapi perkara itu sebenarnya berlaku kerana kealpaan mereka sendiri sedangkan kita telah di dedahkan dengan kebarangkalian itu. *ceh, gila skema ayat aku....
Bukan nak mengutuk sangat para ibubapa begitu. tapi adalah juga kutukan tu~ kalu kita berwaspada, kebarangkalian kemalangan dan jenayah penculikan dapat di elakkan. Kepada ibu bapa, abang kakak tu, kalu ye pon nak bagi kanak-kanak tu bermain, biarlah ada yang menjaga mereka. Jangan dah terhantuk, baru nak mengerang sakit..Beringat sebelum kena... dan lagi, kalu dah malam tu, tak payah la nak bagi kanak-kanak tu keluar rumah. dok dalam rumah baca buku, tengok tv lagi baik.. Malam bukan waktu untuk bermain-main bagi kanak-kanak.Akhir kata, Jagalah anak anda, sebelum masuk paper secara percuma. dua tiga kucing berlari, jagalah anak anda sebelum mereka dicuri..