Pages

Friday, April 8, 2011

Kemas dan bergaya

Sebenarnya dah berminggu-minggu entry ni menyemak kat draft aku.. cuma tak dipublishkan je.. sebab aku publish ni pon kerana tetiba je terlintas pasal entry ni bila aku tengok 2 orang amoi tadi dalam 2 kejadian berasingan. mula-mula masa tengah tunggu member aku kat tepi jalan, ada la sebuah kereta dok parking tepi jalan tu. awek cun!!! memang  cantik menarik tertarik da bomb la.. mungkin dia ingat aku tak nampak kot perbuatan dia kat dalam kereta jadi dengan tak disangka-sangka aku tengok dia dengan selamba badak je korek hidung... korek hidung tu normal la.. tapi aku tengok jari telunjuknya tertusuk dalam ke rongga hidungnya yang kian kembang tu. ohhh..demmm.. aku sebagai lelaki pon tak pernah menusukkan jari telunjuk ke dalam hidung biarpun di tempat tiada orang. peristiwa ke dua pulak, masa tengah membonceng motorsikal, aku nampak pulak sorang awek berjoging di malam hari dengan make-up tebal di muka..korang fikirkanlah sendiri, perlukah aku menyumpah sekali lagi...

Aku bukanlah nak cakap pasal perangai buruk tu sebenarnya, tapi agak berkaitan la jugak walaupon tak berkaitan..Sebenarnya aku nak bagitau cara penjagaan diri yang baik dan mungkin berguna kat korang walaupon memang korang dah sedia tahu pasal benda ni..ekekeke.. Niat aku tulis entry ni hanyalah sekadar untuk menegur korang dan ingin korang lebih membuka fikiran (kepada yang belum terbuka lagi). Penjagaan diri amat penting dalam mencerminkan keperibadian dan kekemasan kita. Masa kita kecik mungkin mak ayah kita atau adik beradik kita boleh menegur kita. tapi bila dah besar, siapa lagi yang kita boleh harapkan? Ok, mula-mula dalam penjagaan diri, korang dengar pesanan dari aku ni..


Mandi bersabun
Rasanya ramai di kalangan orang lelaki yang pernah mandi tak bersabun kan? orang perempuan aku tak tahu la sebab aku tak pernah skodeng perempuan mandi. Sebolehnya, setiap kali mandi tu biarlah bersabun ye.. kalu sabun dekat2 nak habis, sila beli yang baru terus. jangan tunggu sampai habis dulu. Kalu mandi tak bersabun, daki-daki kotor tu masih lagi melekat kat badan..eeewww~

Gosok gigi
Tolong gosok gigi anda setiap hari!!! paling bagus setiap kali nak solat. sebelum ambik wudhuk tu, gosok la gigi dulu. pasal bersugi ni, dalam Islam pon ada ditekankan. Jangan ingat korang boleh selesa dengan keadaan gigi yang tak di berus tu. Fikirkan jugak orang lain.. mau muntah je orang lain bila bercakap dengan korang. tengok dari jauh pon dah rasa loya dalam tekak..

Pakai deodorant
Deodorant amat penting dalam menghilangkan bau ketiak. pastikan korang sentiasa memakai deodorant sebelum keluar dari rumah. paling senang, pastikan pakai je selepas mandi.. jangan ingat ketiak korang sentiasa wangi. bila dah besar tu, otomatik je ketiak korang akan berbau.

Pakai minyak rambut
Bagi lelaki, seeloknya pakaila minyak rambut supaya sentiasa nampak kemas. jangan la rambut tu mengerbang kekeringan.. nampak macam orang tak berapa sihat je~

Trim segala bulu
kadang-kadang, luangkan sedikit masa untuk merapikan segala bulu-bulu yang ada pada anda. bulu atas ke, bulu bawah ke.. lebih-lebih lagi bulu idung dan bulu tuuutttt... bulu ketiak pon, kalu boleh kasi licin je.. sunat tu dicabut. jangan sampai segala bulu tu menebal dan mengembang..misai dan janggut pon, kalu nak disimpan, pastikan kemas dan jangan sampai misai tu masuk ke dalam mulut. Ingat!!! jangan biarkan misai tu sentuh bibir mulut. barulah kemas.

Kuku pendek
Kuku tu sila pastikan sentiasa pendek. Sunat kalu di potong setiap hari Selasa dan Jumaat. Paling  malas pon, pastikan sekurang-kurangnya setiap minggu kena potong.

Baju bersih
Sila pakai baju yang sentiasa bersih dan kemas. tak semestinya baju yang mahal dan berjenama.. janji baju tu takde bau, takde kotoran, dan takde kedutan..


Aku nak korang sedar, orang lain takkan tegur dah korang kalu korang ada memberikan suasana tak selesa kepada mereka kerana mereka tak tergamak nak bagitau korang. mungkin diorang taknak korang kecik hati nanti bila ditegur. contohnya kalu tak berus gigi, orang akan mengata korang dibelakang. depa takkan bagitau terus kat korang. apa susahnya nak berus gigi tu?? 5 minit pon tak sampai kot~ sebelum orang mengata korang kat belakang, baik korang fikir apa yang aku katakan ni. Kalu korang nak terasa ngan aku, takpe la.. sebab kita tak kenal pon. jangan sampai korang jadi malu bila kena tegur ngan orang yang korang kenal je la pasni.Ingat, korang tu dah besar... tak perlu la orang lain yang kena beri perhatian kepada kekemasan diri korang.

Wednesday, April 6, 2011

KoNtEsT KeNaNgAn zAMaN SeKoLaH

Seminggu blog aku tak berupdate.. bermula dari sikap bermalas-malasan nak update, lepas tu kena pulak serangan dari demam..arghh.. dengan suhu badan 40 darjah celcius, aku hanya mampu berbaring sepanjang hari tanpa menyentuh laptop dan sebarang makanan. kalaulah aku ni Superman, takde la nak sakit-sakit sampai tak lalu nak makan, dan tak larat nak update blog. heran jugak aku ni, kenapa Superman tak pernah sakit haa? Korang nak tahu jawapannya? sebabnya, kalau Superman sakit, mesti orang akan lupakan jasa Superman selama ni dek kerana Spiderman dah ambik alih tugas menjaga keamanan. mesti orang akan puji Spiderman je la... Oleh kerana nak disanjungi, maka Superman pon rela tak sakit.. Eh..apa aku melalut ni. macam budak sekolah rendah la pulak dok sibuk-sibuk pasal superhero. Sebut pasal sekolah rendah, ni ada satu kontest  yang aku kena tag dari Cik Nurussalwa. Kalu korang berminat dan nak tahu lebih lanjut pasal kontest tu, sila klik banner kat bawah ni..




 Berkongsi cerita
Sebenarnya, banyak benda yang nak diceritakan kalau pasal nostalgia ni, lebih-lebih lagi kalau masa sekolah rendah. Kalu bab-bab superhero memang tak leh lepas la.. hari-hari ada je cerita pasal superhero.seingat aku dulu ada cerita gaban, cyber cop, super human samurai (sape masih ingat??), power ranger (sampai skrg ada), ultraman dan macam-macam lagi. siapa yang tak pernah tengok memang rugi la..


Permainan
Kalu pasal permainan pulak, rasanya permainan paling femes masa skolah rendah dulu ialah lawan rebut pemadam ngan main rebut tiang. tapi rebut tiang tu rasanya hanya masa darjah satu sampai tiga atau empat. darjah lima rasanya dah tak main rebut tiang.masa darjah enam pulak femes ngan kereta dashankuro.. pergh..rela tak makan kat skolah sebab nak kumpul duit buat beli kereta tu. kadang-kadang ada juga main teng-teng. ambik je chalk kat dalam kelas, pastu lukis kat lantai..


Pemalas
Masa kecik-kecik memang penuh dengan sifat malas. buat kerja sekolah pon malas.. bila cikgu suruh hantar, pandai pulak bagi alasan..."ekkk..tertinggal la cikgu".. punya la menebal sikap malas tu sampai nak basuh kasut pun malas. hari minggu mesti kena basuh kasut. tapi kerana malas dan takut kena bebel ngan mak, terpaksa la kapur je terus kasut tu. tapi satu benda je yang rajin dulu.. hehehe...RMT. rancangan makanan tambahan. memang best la pagi-pagi boleh rembat makanan kat kantin. padahal kat rumah pon dah makan. tambahan lagi, kalu gi makan RMT, dapat air kotak perisa coklat dan dapat masuk kelas lewat..ekekeke..kalu cikgu tanya kenapa lewat masuk, "err..saya gi makan RMT cikgu.. dah la tadi datang lewat"..


Dendam ngan cikgu
Kalau korang nak tahu, aku tak masuk sekolah tadika. daftar nama je..tapi tak pernah pergi. jadi bila masuk sekolah rendah, aku masih lagi takut-takut sampai menangis bila ayah aku nak tinggalkan aku. ibubapa orang lain semua dah balik or pergi kerja. tapi ayah aku masih tercegat depan kelas sebab tak nak bagi aku menangis. ekk..aku ni zalim ke manja??? tapi bila dah 2,3 hari kat skolah, rasa ok la skit. kalu bab ponteng ni, seingat aku, masa darjah satu aku dah start ponteng kelas..huhuhu..kisah sebenarnya macam ni... masa tu waktu rehat dah nak habis. aku pon pergi la kat tandas sebelum nak masuk kelas. bila aku nak masuk kelas tiba-tiba aku tengok dah ada cikgu dalam kelas tu. serta-merta la kecut perut aku time tu. nanti cikgu tu marahkan aku pasal masuk kelas lewat, mampus la.jadi, jalan terbaik bagi otak tak matang aku masa tu ialah tak masuk kelas. aku tak tahu lagi apa itu perkataan ponteng masa tu. tapi lastly, aku kena tangkap jugak. cikgu tu ketuk pulak kepala aku dengan buku. masa tu aku dah tekad akan berdendam dengan cikgu tu. tapi akhirnya aku dapat tahu, cikgu tu kawan mak aku la pulak..haish~ tak jadi nak berdendam..


Cikgu yang diminati
Kalu pasal cikgu paling menarik, seingat aku masa aku darjah 3 ada sorang cikgu tu sayang gila-gila dekat aku. aku masih ingat lagi namanya.. masa dia nak kena tukarkan ke sekolah lain, habis murid-muridnya dia peluk tapi aku spesel sikit..bukan takat kena peluk, siap kena cium lagi~ muka aku time tu penuh dengan kesan lipstick.. Jangan nak pikir mengarut ha...time tu aku masih budak kecik dan tak tahu apa itu nafsu..apa itu berahi!!! itu hanya antara cikgu dan anak murid...yang paling bestnya time tu, budak2 perempuan pon dengki kat aku sebab diorang tak dapat kiss dari cikgu tu..mungkin aku ni comel sangat kot time kecik dulu. sebab tu cikgu tu sayang lebih kat aku..ekekeke...tapi aku dapat tahu cikgu tu tinggal ngan makcik dia. makcik dia pulak kawan baik mak aku.. aku selalu cerita pasal cikgu tu kat mak aku. so, mak aku pulak gi la cerita balik kat cikgu aku.. mungkin sebab tu kot~ isshh..kawan mak aku lagi.. ramai betul kawan mak aku...


Result UPSR
Kenangan paling indah time skolah rendah mesti la masa keputusan UPSR kan?? tu kalau keputusan pon indah la.. kalu keputusan tak elok, rasanya time tu la kenangan paling pahit.. masa skolah rendah dulu, antara kawan baik aku ialah Hasnan, Attahruddin, Zaki dan Syahmi. Sampai sekarang kitorang masih kawan lagi-lagi si Hasnan. Masih berkawan baik sampai ke hari ni. Nak dijadikan cerita, kami berlima selalu kena mark ngan cikgu-cikgu sekolah pasal nakal gila. selalu bising dalam kelas, rambut panjang, tak buat kerja sekolah..tapi time result UPSR, aghh.. nak menangis pon  ada.. hanya si Syahmi seorang je yang dapat 5A. kami berempat pulak hanya dapat 4A.. cikgu-cikgu semua tak sangka tu... geng penyangak sekolah dapat 4A.


Oleh sebab aku takde gambar masa skolah rendah yang nak ditepek kat sini, maka aku lukis je la gambar aku sendiri.. 
dari darjah 4 sampai darjah 6, aku dah jadi pustakawan..jadi baju mestilah warna biru dan berkasut hitam. yang paling tak tahannya, gaya rambut tu..masa skolah rendah masih lagi rambut gaya belah tepi..ekekeke.. skema gila~Uiish..berjela-jela dah aku melalut nih.. ok la, sekarang aku nak tag mangsa yang seterusnya untuk menjawab kontest ni..kepada yang tak ditag pon boleh masuk..tak rugi owhh.. 

mangsa tag aku ialah : 
Cik Nurussalwa (boleh ke tag balik tuan empunya kontest??)





p/s : cik nurussalwa, sila bagi saya tiket pergi balik ke new zealand!!!!!!!