Pages

Thursday, September 1, 2011

Geng Tabligh

Baru ni aku ada beli jubah untuk dipakai dipagi hari raya.. Aku rasa dah macam jadi seorang ustaz la pulak.. lebih-lebih lagi bila pakai serban pulak kat atas kepala..cehh.. tak terniat pon nak pakai serban sebenarnya.. tapi setelah terpengaruh dengan usikan adik aku, maka aku pon terpakai la jugak serban tu.. memang terasa kelainan apabila kali pertama mengenakan jubah dihari raya.. Hari biasa pon dah lama tak pakai jubah..

Lebih menjadi kelainan apabila satu family aku mengenakan jubah.. selepas tahu aku beli jubah untuk raya, ayah aku pon gi beli lagi jubah untuk yang lain-lain.. adik beradik aku semuanya lelaki, maka semua pon kena pakai jubah termasuk ayah aku sekali..hihihi~ terasa nak ketawa pon ada bila tengok gambar kami sekeluarga..dah macam geng tabligh la pulak..ehh..baru aku perasan, ni kali pertama keluarga aku ada tema untuk raya.. raya sebelum ni tak pernah pulak pakai baju sama kaler.. masing-masing ikut selera sendiri.. tapi tahun ni semua berjubah dan warna putih.. yang tak bestnya, jubah putih aku tu, pagi-pagi lagi dah terkena rendang.. ciss..


Yang aku hairan, apabila disebut pakai jubah siap berserban lagi, kenapa masyarakat kita mempunyai mentaliti bahawa itu perwatakan alim, baik... memang la pemakaian begitu adalah sunah Rasulullah sebab baginda adalah orang arab..tapi bukanlah bermakna orang arab itu baik.. pemikiran bahawa berjubah itu baik dan alim tak boleh dipakai.. janganlah kita menilai seseorang itu dari luaran..bukan semua yang berjubah dan berserban itu baik.. tengok macam aku ni.. walaupon pakai jubah, tapi rasanya aku bukanlah baik dan alim sangat.. jubah itu mampu dipakai sesiapa sahaja sebab berlambak dijual kat kedai.. tak semestinya orang tu kena jadi hafiz dulu baru boleh pakai.. air yang tenang, buaya pon tak sangka dia ada kat dalam air tu..



 
p/s : raya tahun ni rasanya yang paling tak best.. sebabnya aku dah besar dan takde orang nak bagi duit raya!!!!

4 Orang mengumpat:

cik nurussalwa said...

haha :)

orang tua memang tak dapat duit raya.
btw, selamat hari raya mr.shatooman!

shatooman said...

cik nurussalwa : walaupon dh tua, tp masih study lg..ekekeke.. selamat hari raya jgk buat cik nurussalwa~

Danial Razak said...

tak pernah terpikir pulak raya nak pakai jubah..boleh try ni taun2 depan..haha.

shatooman said...

Danial Razak : kena try dulu, baru dpt rasa betapa syoknya berjubah..hahaha