Pages

Wednesday, October 19, 2011

Diskriminasi


Diskriminasi sering terjadi...sungguh tidak adil dunia ni..



p/s : selalu tgk je orang dok post gambar bila menjelang rabu~

Sunday, October 16, 2011

Kepala Kaler

Macam-macam kerenah budak-budak zaman sekarang ni.. Kadang-kadang sangat menyakitkan mata malah menyakitkan hati.. Entah kenapa budaya tak senonoh makin lama, makin menular dan menjadi kegilaan.. Antara yang aku paling tak tahan tengok budak-budak sekarang ni ialah budaya kaler rambut. Entah apa jadah gi kaler-kaler rambut tu.. dah tu, bukan murah kaler.. beratus ringgit..baik buat belanja aku makan kat hotel Hilton ke.. KFC ke paling cikai..

Nampaknya peribahasa "rambut sama hitam, hati lain-lain" dah tak boleh diguna pakai sekarang ni.. sebabnya peribahasa yang baru perlu digunakan.." rambut pon dah lain kaler, apatah lagi ngan hati".  Tuhan dan buat kita kat rantau ni rambut kaler hitam.. tak payah la nak jadi macam Mat Saleh yang berkaler-kaler rambut depa tu.. Benda takde pekdah tak perlu di tiru.. lagipon, bila dah kaler rambut tu, air tak rata bila mandi.. jadi macam mana korang nak solat?? dah mandi pon air tak rata, sah-sah la mandi wajib pon tak sah.. bila tak mandi wajib macam mana nak solat ngan sempurna? Hmm.. satu lagi pesanan dari aku, kalaupon nak jadi macam mat saleh, korang gi kaler-kaler rambut tu namun punggong korang tetap hitam!!! sedar diri sikit... 

Cun ke?? macam pontianak je tengok~

Tuesday, October 11, 2011

Minta Maaf

Antara perkara yang senang tapi susah nak di buat ialah minta maaf. Bagi masyarakat kita lebih-lebih lagi, amat susah untuk seseorang mengakui kesilapan sendiri lebih-lebih lagi orang tua. kononnya dengan alasan 'aku makan garam dulu', maka perkataan maaf seolah-olah tak perlu. Walaupun kadang-kala kita sedar kesilapan kita, namun wujud pula perasaan malu untuk meminta maaf.

Paling teruk, ucapan maaf itu sukar di sebut kerana perasaan ego.. cittt...kalu dah salah, ngaku je la.. tak salah pun kalau ngaku salah.. yang salahnya kalau taknak ngaku salah walau pun dah terang-terang bersalah..eh, salah ke apa yang aku kata ni? ahh..buat-buat tak salah je la.. ekekeke.. memang sukar untuk meminta maaf dari orang..aku sendiri pun rasa begitu.. tapi kalau minta maaf, kita tak rugi apa-apa pun. bahkan akan lebih mengeratkan silatulrahim..

Tapi, bagi aku permohonan maaf juga kadang-kala tak bernilai sangat lebih-lebih lagi dari golongan artis.. buat benda ikut suka hati dia je.. bila dah kena kecam ngan masyarakat, baru nak minta maaf.. tapi pastu buat balik.. bahkan ada yang makin teruk.. golongan yang minta maaf atas kesilapan lalu tapi tetap ulang kesilapan sama di masa akan datang memang betul-betul lahanat.. rasa nak tumbuk je muka depa 14 kali.. hmmm..sebenarnya baru-baru ni, aku betul-betul ada resek kat sorang brader tu.. ada orang wat salah ngan dia.. jika difikirkan logik dari akal aku la...orang tu la yang salah.. pastu, orang tu pulak taknak bertegur sapa. lastly, brader yang tak bersalah tu pulak gi minta maaf.. kononnya dia taknak la bermasam muka ngan orang. bukan susah pon nak minta maaf.. pergh...bila dengar penjelasan brader tu, aku terpana.....

Sunday, October 2, 2011

Senyum

Perkara paling mudah dalam membuat amal kebaikan adalah senyum. Nabi pernah kata, senyum itu satu sedekah..Haaa.. kalu takde duit nak bagi sedekah, berikan senyum pon dah dapat pahala. Perghh.. mudah gila nak buat amal kan? tak perlu luangkan masa sampai berjam-jam, tak perlu keluarkan modal satu sen pon, tak payah bersusah payah mengerahkan kudrat.

Biarlah senyum tu sentiasa melekat kat mulut.. orang tengok kita pon, senang je hati... korang bayangkan kalu jumpa ngan mamat yang bermuka masam je..ish, burok beno rupenya.. pastu, bermacam spekulasi akan muncul di minda kita.. eh, dia ni bergaduh ngan awek ke? ehh, bini dia peroid ke? mamat ni kena marah ngan bos ke? err.. korang nak ke orang dok mengata kat korang macam-macam? kalu sentiasa senyum kan, orang pon sejuk hati menengok muka kita.. kalu diorang kata pon, "wahh.. ceria betul si mamat ni.. senang hati je".

Tak rugi pon kalu selalu senyum kat orang.. Orang kata, biar manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman. Memang muka kita akan kelihatan lebih manis jika sentiasa senyum. dari senyuman jugak, banyak masalah dapat dilupakan.. kita sendiri jugak yang akan berasa bertambah keyakinan dalam buat sesuatu kerja. oleh itu, senyum lah selalu.. :)