Pages

Tuesday, October 11, 2011

Minta Maaf

Antara perkara yang senang tapi susah nak di buat ialah minta maaf. Bagi masyarakat kita lebih-lebih lagi, amat susah untuk seseorang mengakui kesilapan sendiri lebih-lebih lagi orang tua. kononnya dengan alasan 'aku makan garam dulu', maka perkataan maaf seolah-olah tak perlu. Walaupun kadang-kala kita sedar kesilapan kita, namun wujud pula perasaan malu untuk meminta maaf.

Paling teruk, ucapan maaf itu sukar di sebut kerana perasaan ego.. cittt...kalu dah salah, ngaku je la.. tak salah pun kalau ngaku salah.. yang salahnya kalau taknak ngaku salah walau pun dah terang-terang bersalah..eh, salah ke apa yang aku kata ni? ahh..buat-buat tak salah je la.. ekekeke.. memang sukar untuk meminta maaf dari orang..aku sendiri pun rasa begitu.. tapi kalau minta maaf, kita tak rugi apa-apa pun. bahkan akan lebih mengeratkan silatulrahim..

Tapi, bagi aku permohonan maaf juga kadang-kala tak bernilai sangat lebih-lebih lagi dari golongan artis.. buat benda ikut suka hati dia je.. bila dah kena kecam ngan masyarakat, baru nak minta maaf.. tapi pastu buat balik.. bahkan ada yang makin teruk.. golongan yang minta maaf atas kesilapan lalu tapi tetap ulang kesilapan sama di masa akan datang memang betul-betul lahanat.. rasa nak tumbuk je muka depa 14 kali.. hmmm..sebenarnya baru-baru ni, aku betul-betul ada resek kat sorang brader tu.. ada orang wat salah ngan dia.. jika difikirkan logik dari akal aku la...orang tu la yang salah.. pastu, orang tu pulak taknak bertegur sapa. lastly, brader yang tak bersalah tu pulak gi minta maaf.. kononnya dia taknak la bermasam muka ngan orang. bukan susah pon nak minta maaf.. pergh...bila dengar penjelasan brader tu, aku terpana.....

5 Orang mengumpat:

Faizal Sulaiman said...

kemaafan dendam terindah.

tapi sukar sebenarnya nak memaafkan

Lydia Miza said...

merendahkan ego minta maaf pd yg salah.sbnrnya itu blh buat org yg salah tu lbh rasa bersalah..klu dia sedarlah kan?

Ayuni said...

2lh, ader org wat slh tp x nk ngaku....

Anonymous said...

bro..
aku plak jenis mudah nak mintaa maaf
hehehe

Unknown said...

saye pulak mudah memaafkan