Pages

Sunday, January 2, 2011

Perempuan bodoh dan kasanova

Terbaca berita pasal perempuan yang kena tipu dengan sorang kasanova sampai habis berpuluh ribu.. Kerana sayang, rela berhabis duit. semua kasih sayang hanya hadir kerana kata-kata manis dari sorang lelaki.. dah berkali-kali aku bagitau, para perempuan, tolong jangan jadi bodoh hanya kerana sorang lelaki tambah lagi jika lelaki yang bermulut manis.. Lelaki yang betol-betol sayang pada korang takkan selalu memuji.. jika lelaki yang selalu memuji tu sebab memang dia nak main-main kerana lelaki tahu, perempuan alah di puji.Jika di puji, segalanya akan di beri.

Bila dah sedar kena tipu, baru nak kata lelaki tu tak hensem, gemuk, hodoh, celaka.. sebelum ni dok panggil bi.. sekarang baru nak panggil b*bi.... lumrah manusia, bila terhantuk, baru nak terngadah.. orang bagitau awal-awal tak nak dengar. Tolong dengar la kata-kata aku ni wahai para perempuan. jangan percaya dengan lelaki.. aku tahu la sebab aku lelaki.. walaupon bukan semua lelaki tak jujur dan masih ada yang baik seperti aku (aku baik ke??) , tapi tolong berhati-hati bila nak memberi kasih sayang kepada lelaki. Kalu dah jadi suami tu nasib la.. tapi bagi yang baru-baru nak kapel tu, beringat la.. jangan mudah terpedaya..

Kalu lelaki mintak yang bukan-bukan, tolong jangan bagi.. lelaki nak pegang, jangan bagi.. lelaki nak duit ribu- riban mahupon ratus-ratusan, jangan bagi.. tapi kalu 2 ringgit tak kan berkira kot~ lelaki ajak masuk bilik, jangan ikut.. lelaki kata nak cari awek lain, bagi pelempang amatlah wajar sekali... Jangan setelah di perbodohkan lelaki baru nak heboh satu dunia sampai masuk paper kerana benda macam tu akan menunjukkan diri korang lebih bodoh lagi.. Tolong jangan jadi bodoh hanya kerana sorang lelaki. Lelaki takkan pernah rugi tetapi perempuan masih perlu menjaga harga diri.. Bila dah tergadai body, nak kawen nanti baru gelabah dan serba salah kat bakal suami.. Ingat, suami tak suka menerima barang second dan sepah tanpa madu.. Jahat mana pon lelaki, pasti nak cari isteri yang elok... Heh~ nak masuk syurga tapi sering dok buat dosa..





p/s : jauhi lelaki kasanova.. kalu lelaki tu suka memuji dan sentasa memuji, memang sah lelaki tu kasanova.. percayalah....

Saturday, January 1, 2011

Jepun dan Kelantan

Apa persamaan Jepun dan Kelantan? Korang nak tahu ke? walaupon negeri Kelantan tak berapa nak maju, tapi negeri serambi Mekah ni tak terelak dari gangguan dari raksasa.. Jadi Persamaan antara Jepun dan Kelantan ialah mempunyai Ultraman..

Rileks la.. jangan nak cuak sangat.. hiburan je.. Tapi memang betul Kelantan ada Ultraman..hahaha..korang tak percaya ke?  Kalu korang nak tengok Ultraman Kelantan, sila tengok video ni....