Pages

Monday, August 31, 2009

Wanita yang terjatuh dari tingkat 80

Seorang wanita cantik telah terjatuh dari tingkat 80 sebuah apartment. Semasa di tingkat 70, ada seorang Lelaki Amerika menangkapnya.

Wanita : "Terima kasih..kamu telah menolong saya...."
Lelaki Amerika : "Sama-sama, tapi kamu harus membalas budi"
Wanita : "Bagaimana caranya ?"
Lelaki Amerika : "Tidurlah denganku....."
Wanita : "Celaka kau, TIDAK MAU !!!"
Lelaki Amerika : "Ya sudah, kalau tidak mahu..."
Lelaki Amerika kemudian melepaskannya dan wanita itu kembali terjatuh....

Di tingkat 50, seorang Lelaki Perancis pula menangkapnya.

Wanita : "Terima kasih, kamu telah menolong saya...."
Lelaki Perancis : "Sama-sama, tapi kamu harus membalas budi"
Wanita : "Bagaimana caranya ?"
Lelaki Perancis : "Tidurlah denganku....."
Wanita : "Bangsat kamu, TIDAK MAU !!!"
Lelaki Perancis : "Ya sudah, kalau tidak mahu..."
Lelaki Perancis kemudian melepaskannya dan wanita itu kembali terjatuh...

Tingkat 45 berlalu, tingkat 40 berlalu, tingkat 35 berlalu dan tidak ada lagi yang menangkapnya. Si wanita mulai menyesal.

Akhirnya dia memutuskan kalau ada lagi lelaki yang menangkapnya, Dia akan setuju jika tidur bersama daripada jatuh mati, fikirnya.

Akhirnya di tingkat 20, seorang Lelaki Arab menangkapnya. Terburu-buru wanita itu berkata :

Wanita : "Terima kasih kamu telah menolong saya. Sebagai balas jasa, kamu boleh tidur dengan saya..."
Lelaki Arab : " Astaghfirullah !!!!!"

Lalu lelaki Arab itu melepaskannya kembali...

MERDEKA !! MERDEKA !! MERDEKA !!



Selamat menyambut hari kemerdekaan
kepada seluruh warga Malaysia !!! sesungguhnya kita patut bersyukur kerana hidup dan dilahirkan sebagai anak merdeka.bayangkan jika kita masih lagi dibawah kuasa penjajahan...huihh..seksanya. tapi anak muda kini sebenarnya tidak sedar bahawa kita masih lagi dijajah. Sebenarnya kita masih lagi terkongkong dalam penjajahan Barat iaitu penjajahan melalui minda. Anak muda kita masih terikut-ikut cara dan budaya barat. Hal ini makin menular di kalangan warga timur kita lebih2 lagi orang MELAYU. (Arggh..aku nak start ceramah dh ni..). ok, lah.. malas aku nak tulis panjang2. cakap lama pon tak guna jugak. Apa-apa pon, SELAMAT HARI MERDEKA.

*kenapa aku bercakap asyik kutuk belia je ni~.. ke aku ni dh tua?? xD

Friday, August 28, 2009

TAG la pulak...(~_~)

Adus~ buat pertama kalinya aku telah di tag. aku sebenarnya tak suka sangat la main tag-menge'tag' nie. tapi aku terharu jugak la sebab ada jugak orang yang ingat kt aku. terima kasih la jai.jezz ^.~ .aku tau ko slalu follow blog aku dan sebab tu aku takkan hampakan ko.

.:: kenapa aku berblog..?? ::.

urm... sebenarnya aku dulu saje2 je nak try buat blog.tengok kawan2 aku semua dh jadi blogger. aku pon cuba2 la create blog sendiri dan ingin mencipta kelainan. aku cuba nak buat yang terbaik tapi kadang2 aku rasa blog aku hampeh je~ apa2pun aku tetap bangga ngan blog aku. lagipon aku bertambah semangat untuk berblog apabila ada follower yang setia cam jai.jezz. aku juga berblog sbb saje isi masa terluang. jadi kalu blog aku x update lama tu, maknanya aku sibuk la tue..



*aku pon kena tag orang balik ke???malas la aku. nnt makin banyak tag yang aku kna balik


Wednesday, August 26, 2009

Salam Al-Mubarak~

huih...sedar x sedar dh lima hari ramadhan menjelma.sekejap je rasa tup..tup.. dah dekat sminggu dah aku berpuasa.walaupun puasa ni syok~, tapi aku rasa takde orang sekarang ni yang boleh berpuasa se'syok' para sahabat dulu.lagipun zaman sahabat dulu, mereka akan bergembira apabila tiba bulan ramadhan kerana bulan ni bulan umat islam yang mana mereka boleh beribadat dengan lebih tekun sebagaimana sabda rasulullah s.a.w bulan rejab adalah bulan Allah s.w.t, bulan syaaban adalah bulanku dan bulan ramadhan ialah bulan umatku. para sahabat juga akan bersedih apabila tibanya hari raya kerana telah tamatnya waktu untuk mereka beribadat.berbeza dengan umat islam sekarang, kadang2 ada yang akan mengeluh apabila tibanya bulan ramadhan(ada ke sape2 yg terasa) kerana x sanggup untuk berlapar. sedangkan berpuasa itu adalah baik untuk menjaga perut . tapi kita akan bergembira pula pada hari raya kerana boleh pakai baju baru dan boleh kumpul duit raya.(rasa2nya, yg dah berkeluarga akan sakit kepala sbb kena keluar duit banyak sikit dari bulan biasa). Sbb kenapa umat manusia kena puasa rasa2nya aku dh post kt entry kisah penciptaan akal dan nafsu dulu. Cuma satu je yang aku rasa x best puasa kt KL sekarang, aku x boleh makan 'COLEK' lebih2 lagi colek perut...hu..hu.. kepada yang x tau apa itu colek, sila rujuk la kt member2 yang asal dari klantan.

Wednesday, August 12, 2009

ANTARA KERBAU, KELAWAR DAN CACING

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu, si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "wahai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelawar, "wahai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh, ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

Monday, August 3, 2009

Apa kejadahnya???

demonstrasi membantah ISA telah dianggarkan dianggotai lebih 20,000 orang. 29 orang telah didakwa termasuk kanak-kanak ngan masing2 ikat jamin rm500 untuk yang tua (dewasa) dan rm300 untuk budak (kanak-kanak).
dah la wat demo 2 x pikir panjang. x kesian ke ngan orang lain yang terpaksa menanggung susah akibat aktiviti x berpekdah 2 dan menanggung kerugian yang mencecah rm200 juta. dah susahkan orang, ha..korang la plak susah pasni nak bayar ikat jamin ngan naik turun mahkamah.
cuba la pikir ckit, apa kejadahnya wat demo 2. nak tentang ISA wat apa.. ada ke korang kena tangkap ISA? tapi kalo dah macam ni ada kemungkinan nak kena tahan ISA la. ISA 2 untuk orang yang nak mengancam keselamatan negara. jadi kalo korang dok diam2 kt rumah tak kan la ISA nak tangkap... cuba pikir baik2, korang yang buat aktiviti 2 dapat apa? cuma dijadikan 'ayam' oleh orang lain je...
aku bukan nak menyentuh tentang ideologi politik, tapi aku cuma nak korang pikir la balik perbuatan korang 2.
APA KEJADAHNYA BERBUAT BEGITU DAN APA YANG KORANG DAPAT???


*jangan biarkan diri anda diselubungi misteri......(ada kaitan ke ayat ni??)

Asthagfirulah...alhamdulillah...

al kisah, ada la sorang pak imam nak naik bas untuk pulang kerumahnya. semasa di bus stop, pak imam ni perhatikanlah gelagat anak2 muda zaman sekarang. ada yang rambut terpacak, ada yang pakai baju x cukup kain, ada yang dk berpelukan. hatinya banyak beristhigfar apabila melihat kemungkaran zaman sekarang. nak dijadikan cerita, semasa dok dalam bas pula pak imam dok kt sbelah awek cun yang pakai seksi habis la...sekali perempuan tu senyum, hampir tergoda imam 2. lekas2 pak imam isthigfar, asthagfirullah...asthagfirullah... semasa sampai di satu selekoh, bas yang dipandu agak laju telah mengambil selekoh dengan gaya ala2 drift. maka rebahlah perempuan seksi tu kat pangkuan pak imam dan menongkat tangannya kt paha imam. pak imam yang dah x tahan 2 terus.....ah..alhamdullilah..