Pages

Saturday, January 16, 2010

U-style


* Majalah ulung ciptaan aku ni dibuat khas untuk kawan-kawan aku dan hanya berkisar tentang kisah sekitar kehidupan aku. Cerita yang dipaparkan mungkin ada yang betul dan ada yang direka semata-mata.Kepada sesiapa yang terkena, aku minta maaf bebanyak... Harap terhibur.

Saturday, January 9, 2010

DIMANA KAN KU CARI GANTI~



Di mana kan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup ku derita
Dan berhati patah
ku gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesunyian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku
membawa derita
kini kau jua
Tak kunjung jelma

Dimana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama
Selama-lamanya

Mendayu-dayu terdengar suara P.Ramlee. walaupun aku tak kenal P.Ramlee (Cuma tengok cerita dia je), namun aku sendiri terasa kehilangan Allahyarham. Walaupun lagi, aku lahir selepas kematiannya dan hidup di zaman yang berbeza, tapi segala jasa dan hasil karya beliau masih diagungkan dan aku sendiri amat mengkagumi hasil seni beliau.
Aku kategorikan P.Ramlee ni sebagai golongan manusia unik kerana bakat yang dimilikinya. Bayangkan, dia dapat muncul sebagai anak seni yang memegang jawatan sebagai pengarah, pelakon, pelawak, penerbit, pemuzik, penyanyi,komposer dan macam2 lagi. Memang susah nak cari ganti tokoh seperti beliau sekarang. Tambah pulak, hasil seninya masih dikenang dan masih di pertonton dan diperdengarkan sehingga sekarang dan generasi muda hari ini masih mengenal siapa P.Ramlee.
bukankah satu keajaiban apabila cerita dan lagu-lagu beliau tidak bosan apabila diulang-ulang bahkan semakin menarik. Cuba bandingkan dengan cerita dan lagu-lagu zaman sekarang, lagu-lagu yang popular biasanya menduduki carta tertinggi dalam 2,3 minggu dan jadi siulan sana sini.lepas tu terus senyap.terasa bosan kala terus didengar berulang kali.namun tidak pada lagu2 P.Ramlee dimana ia sentiasa didendangkan tanpa rasa jemu. Begitu juga filemnya. Masih ditayangkan dan sentiasa mendapat perhatian penonton walaupun dialog ceritanya pun kita dah hafal tapi kita tak rasa boring.
Mungkin juga kerana ceritanya yang bersahaja dan mempunyai mesej yang mendalam. Dek kerana sangat meminati beliau, aku pon carilah beberapa maklumat mengenai diri beliau. Di sini aku nak kongsi sikit maklumat P.Ramlee ngan korang….

Nama sebenar beliau : Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh
Nama samaran : P.Ramlee
Tarikh Lahir: 22 March 1929
Tarikh Kematian: 29 Mei 1973
Tempat lahir : Pulau Pinang
Isteri: i)Junaidah Daeng Harris(Kahwin:1950. Cerai:1954)
ii)Noorizan Mohd Noor(Kahwin:6 Februari 1955. Cerai:1961)
iii)Salmah Ismail a.k.a Saloma(Kahwin:21 November 1961)
Anak:
Mohd Nasir(Anak bersama Junaidah. Lahir:1953.)
Arfan(Anak bersama Junaidah.. Lahir:1954.)
Sazali (Anak bersama Noorizan. Lahir:1958.)
Abdul Rahman (Anak tiri. Ibu:Junaidah)
Norma (Anak tiri. Ibu:Noorizan)
Armali (Anak tiri. Ibu:Saloma. Bapa:A.R Tompel)
Betty (Anak Angkat)
Zakiah @ Zazaloma (Anak Angkat. Lahir:1963)
Sabaruddin @ Badin (Anak Angkat. Lahir:1966)
Safarina @ Dian (Anak Angkat. Keturunan cina)

*stakat tu jelah...malas nak tulis panjang2. kalau korang nak tau lagi, cari la sendiri. Google kan ada...

Isu Kalimah Allah....


aku malas nak cakap banyak dan meletihkan jari aku ntuk menaip. korang blh baca mengenai ISU KALIMAH ALLAH tu disini.. ataupun baca tentang pendapat Tun Mahathir disana. kalau taknak baca juga, korang boleh pergi tidor kat sinun.

Friday, January 8, 2010

TERLALU CINTAKAN ISTERI

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari.

Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu". Pak Mat manjwab,

"Sebenarnya sebelum Maznah hendak hembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh".

Tuesday, January 5, 2010

Dosa yang paling berdosa

Perbuatan dosa manakah yang paling teruk diantara minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Uthman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy. Dalam khutbah Uthman itu mengingatkan umat Islam agar berhati-hati terhadap arak. Sebab minuman yang memabukkan itu merupakan pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa. Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah dan sering ke masjid. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.
Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut sahaja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum arak, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum arak.
Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu, dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.
"Kerana itu, hindarilah arak kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir hayatnya, ia akan kekal di neraka."

Monday, January 4, 2010

Black Metal dah start berzikir

KUALA LUMPUR: Setiap malam Jumaat, seorang remaja Islam mendakwa dia membentuk simbol 666 menggunakan kedua-dua belah jari tangan yang diletakkan di dada sebelum membaca kalimah zikir 'f...g God' 666 kali sambil diiringi muzik black metal.

Sukar dipercayai kenyataannya itu, tetapi itulah hakikatnya kerana menurut remaja terbabit fahaman black metal yang sebelum ini disangka berkubur ternyata meleset kerana ramai di kalangan remaja belasan tahun sepertinya kini 'menganut' ajaran songsang itu dengan melakukan amalan zikir syaitan atau zikir 666 yang dilakukan khas bagi menghina Allah s.w.t.

Mendedahkan perkara itu, remaja lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Syamri, 13, berkata dia menganggotai kumpulan itu sejak sembilan bulan lalu selepas dipengaruhi rakannya.

Menurutnya, amalan bidaah yang diamalkan berkenaan menyebabkan keimanannya kosong serta mengakibatkan dia tidak percaya kepada kewujudan Tuhan.

Dia yang kini menjalani pemulihan akidah dan akhlak di Rumah Iman, Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan Dan Iman Malaysia (Sidim) berkata zikir itu yang diamalkan bukan hanya bertujuan mengeji kewujudan Tuhan, malah bagi mengagungkan syaitan di dalam hati mereka.

"Mungkin ramai yang sukar percaya (zikir keji Tuhan), namun bagi remaja black metal di Perak, Kedah dan Kuala Lumpur, ia bukan perkara asing berikutan ia umpama amalan wajib bagi mendekatkan diri dengan syaitan," katanya dalam pengakuan ketika ditemui wartawan Harian Metro, baru-baru ini.

Dia mendakwa mula 'tersesat jalan' selepas terpengaruh rakan sebaya termasuk teman wanita yang terlebih dulu bergelumang dengan 'ajaran' muzik berkenaan.

"Mulanya saya hanya suka-suka menyertai persembahan 'gig' yang diadakan di sebuah stadium di Ipoh, Perak selain konsert 'jamming' di beberapa studio atau pusat latihan muzik di sekitar Ipoh.

"Kami biasanya membayar antara RM15 hingga RM30 untuk menyertai konsert band black metal berkenaan yang boleh dikatakan dianjurkan setiap minggu termasuk di ibu kota," katanya.

Menurutnya, minat mendalam terhadap muzik keras itu menyebabkan dia kemaruk hampir saban minggu untuk mengunjungi konsert apatah lagi selepas berkawan rapat dengan beberapa ahli kumpulan muzik black metal.

"Saya dipujuk memakai rantai leher dengan lambang salib terbalik, selain lambang bintang tidak ubah seperti simbol bendera zionis sebagai bukti menjadi sebahagian daripada mereka.

"Tidak cukup dengan itu, saya diajar mengamalkan zikir khas yang perlu dilakukan untuk menyucikan hati kononnya Tuhan tidak wujud sebaliknya perlu memuja syaitan," katanya.

Syamri yang insaf menyatakan mengamalkan ajaran zikir khas terbabit yang perlu dilakukan dengan beberapa kaedah tertentu.

"Saya perlu membengkokkan jari bagi membentuk simbol 666 (syaitan) sebelum ia dirapatkan pada dada. Sambil duduk bersila, saya kemudian perlu zikir 'f.....g God' di dalam hati 666 kali.


"Biasanya saya melakukan upacara ini dalam bilik tidur sambil membuka muzik kumpulan Suicide Silent atau Devil Wear Prada.

"Ketika itu hati perlu diletakkan penuh taksub hanya kepada syaitan yang didakwa mampu dijadikan sebagai pelindung," katanya.

Menurutnya, amalan gila ini sedikit demi sedikit menjadikan hatinya menjadi gelap selain mula tidak percaya dengan kewujudan Tuhan.

"Malah, sikap saya menjadi semakin agresif hingga sanggup memaki-hamun ibu bapa sendiri selain memusuhi ustazah di sekolah. Saya menjadi terlalu liar kerana amalan zikir syaitan itu bagaikan meresap sepenuhnya dalam sanubari," katanya.

Syamri dengan suara kesal mendakwa dia benar-benar menjadi sesat dan tidak lagi menganggap dirinya sebagai penganut ajaran Islam.

Menurutnya, pergaulan tidak terkawal menyebabkan dia melarikan diri dari rumah beberapa minggu sebelum ditemui ahli keluarga.

"Akibatnya saya diikat bapa sebelum dikurung tiga hari dalam bilik. Ketika itu saya tidak henti-henti membaca zikir 666 dengan harapan akan mendapat bantuan syaitan.

"Namun, akhirnya saya sedar, zikir karut berkenaan tidak bermakna apa-apa sebaliknya hanya menyebabkan jiwa saya semakin sesat. Zikir itu langsung tidak dapat membantu saya melepaskan diri dari dalam bilik itu. Kesedaran muncul mendadak menyebabkan saya mula berfikir sebelum dihantar keluarga ke rumah sahabat Sidim untuk menjalani rawatan kerohanian dan kembali ke jalan benar," katanya.

*Dipetik dari Harian Metro

Sunday, January 3, 2010

PERHATIAN!!! KEPADA SELURUH WARGA MALAYSIA

Kepada sesiapa yang berminat dan ada bakat dalam penulisan skrip, Anda boleh la join pertandingan Penulisan Skrip 2010 anjuran FINAS. hadiah lumayan ditawarkan. kepada yang berminat nak join, korang boleh baca dengan lebih detail kat Sinema Malaysia. Bagi yang tak tau camne nak wat skrip tapi berminat nak belajar, korang boleh rujuk dan tengok contoh skrip ngan Zaini Kosnin. Korang tanya la dia apa yang patut ntuk tahu tentang dunia penulisan skrip ni.

Akira Toriyama... memang best





Sekarang ni, banyak Komik2 yang muncul terutama dari Jepun. Komik atau dalam bahasa Jepunnya, manga (yang disebut bdak2 sekarang) memang best dilayan dan sekarang budak2 dah jarang beli kat kedai. semua main download je. tak pon baca online jer....(Bankrup la tokey kedai buku lepas ni) Tetiba aku jadi teringat kat komik dragon ball yang
mana suatu masa dulu menjadi komik kegemaran aku dan ramai lagi bebudak lain. setahu aku, komik dragon ball ni merupakan komik yang paling laris di dunia dan belum ada lagi komik lain yang dapat menandingi populariti komik ni. huu~ masa kecik2 dulu, abis segala benda yang berkaitan dragon ball aku beli. sampai plastik keropok yang orang buang tepi jalan pon aku kutip dan simpan, asalkan ada gambar dragon ball. secara tak langsung, minat aku pada dragon ball turut menarik perhatian aku kepada pelukis dan penciptanya, Akira Toriyama. Bagi aku, dia ni cam dewa la~ selepas dragon ball, aku ikuti komik2 dia sebelum tu dan selepas tu. aku mula layan wonder island, cowa, kajika, cashman, dr. slump sandland dan banyak lagi komik2 lain. aku sukakan lukisan dia yang simple tapi menarik serta kreatif dalam mencipta watak dan cerita. yang paling syok, Akira tak gunakan gambar sebenar beliau sebaliknya hanya melukis karekter yang diberi nama tori-bot untuk menggambarkan diri beliau. Aku banyak belajar untuk melukis dari lukisan Akira Toriyama ni dan sekarang aku nampak ramai jugak pelukis komik sekarang yang cuba untuk melukis seperti gaya Akira. contohnya cerita naruto. setahu aku, pelukis cerita naruto, Masashi Kishimoto juga merupakan kipas susah mati Akira Toriyama. dengan komik2 nya yang best2 dan sering dikuarkan dalam majalah komik mingguan Shonen Jump kat Jepun, memang tak dapat disangkal lagi Akira Toriyama memang da best dan Dewa Mangaka.