Setelah hampir 4 tahun aku menyepi dari dunia persilatan, hari ni aku telah kembali ke gelanggang lama dimana gelanggang yang pernah menjadi tempat aku belajar dan mengajar suatu masa dulu iaitu padang skolah Dato Mahmud Paduka Raja (1) yang merangkap sekolah lama aku..
rindu sungguh aku kat skolah dulu. bila dapat menjejakkan kaki setelah hampir 4 tahun aku tinggalkan, rasa sayu je hati ni. Misi aku ke sekolah semata-mata nak tgk budak2 training silat je. skali tgk, budak2 ramai tp x de jurulatih. maka terpaksalah aku menggalas tugas sebagai jurulatih pada hari ni. rasa agak janggal untuk mengajar setelah sekian lama aku tinggalkan dunia silat ni. budak2 skarang sangat mengecewakan. Lemah, Manja, tak berdisiplin.
sesekali, mengeluh jugak aku tgk budak2 ni. aku rasa aku akan kembali lagi minggu depan untuk melatih budak2 silat ni jadi lasak dan layak digelar pesilat. Aku akan buktikan, aku mampu untuk membentuk budak2 yg masih berhingus ni menjadi pendekar suatu hari nanti walaupun aku sendiri tak layak digelar pendekar. huhuhuhu.. biasalah, kalu ikut cerita kung fu cina pon, anak murid lebih hebat dari tok guru.
* gambar kenangan sewaktu join pertandingan dulu
0 Orang mengumpat:
Post a Comment