Pages

Monday, May 24, 2010

Kesian si kecil itu..

Termenung aku sejenak.. memikirkan kesalahan diriku. berdosakah aku kerana telah merampas kebahagiaan mereka? bersalahkah aku kerana mengancurkan rumah tangga mereka? semakin aku fikir, semakin bersalah diri ini... haish~
 
Kisah bermula pada petang tadi.. aku dah serabut tengok lalang-lalang dan semak samun kat sebelah rumah ni. menyakitkan mata je aku pandang...si tuan tanah kedaun pula ntah kat mana. dok tinggalkan semak samun je kat sebelah rumah aku ni.. alang2 ada mesin rumput, aku dengan semangat berkobar-kobar terus menyetart (menghidupkan) enjin mesin rumput dengan berbekalkan minyak petrol RM3 sebotol dan setudung minyak 2T.

setelah enjin mesin rumput dipanaskan dalam masa 2,3 minit, maka aku dengan rakusnya meredah semak samun dengan memakai pakaian seragam aku, jeans pendek ngan selipar jepun. kelmarin aku dah membelah 5 ekor lipan sehingga terbelah 2 kerana muncul dari rumput yang aku mesin didepan rumah.. rasa2nya lipan2 tu x sempat nk mengucap.. semoga mereka aman dipusara. bukan aku berniat nak membunuh, tapi kalau aku tak bunuh, nanti aku plak yang jadi mangsa kena sengat... tak pepasal aku plak yang terbunuh.

tadi lain pula ceritanya... semasa aku sedang syok menghapuskan kehidupan lalang-lalang dan semak samun, ternampak la 2,3 sarang burung.. aku try tgk2.. x de pape. mgkn burung dah tinggalkan kot.. maka aku teruskan aktiviti sihat aku tu dengan rakus lagi...dah hampir maghrib, aku pon berenti. sambil2 rehatkan badan yang keletihan, aku bersantai sambil minum teh dan melihat hasil tebasan aku dengan bangga. tetiba aku terlihat sepasang burung terbang kesana-kemari dicelahan lalang dan semak samun yang berbaki (tak sempat la nak tebas habis).

terlintas la dibenak aku, mungkin mereka tengah mencari sarang mereka kot.. aku pon teringat la, kawasan dia terbang tu memang ada satu sarang... HAHH.. rupanya sarang tadi baru dibuat.. bukannya yg dah ditinggalkan.. Tetiba rasa bersalah menghantui aku.. OH TIDAK... aku dah menghancurkan rumah tangga bahagia sepasang burung. betapa susahnya mereka nak buat sarang tu. cari daun2 kering sehelai2.. pas2 nk pintal2. aku senang2 je g buang.. aku pun g ambik balik sarang tu da letak balik kt lalang yang masih ada kat situ. pas2 burung tu g tgk2 la sarang tu..tp dia tak nak masuk. mungkin sebab dah nampak lain, atau pun sebab ada bau wangi aku, tu aku tak pasti la.. dia pun terbang pergi dari situ.. membawa seribu kehampaan. mungkin juga seribu sumpah seranah dah dia bagi kat aku.

maafkan aku encik dan puan burung.. bukan niatku nak menghancurkan rumahmu.. malam ni tak tahu la burung2 tu g tido kat mana. hotel ke, rumah sedara ke, merempat tepi jalan ke.. aku tak pasti. yang pastinya mereka sudah kehilangan rumah sendiri. kesian sungguh si burung kecil itu..

0 Orang mengumpat: