Pages

Tuesday, May 25, 2010

Diriku bagai terbang ke langit

26 Mei 2010-hampir jam satu pagi.. aku tersenyum sorang2 bila blog aku ni siap diubahsuai. HahaHAhahA.. aku rasakan diri aku bagai terbang ke langit tatkala ini. sangat2 teruja dan gembira..

Kali pertama aku mengubahsuai sendiri dengan sepenuhnya blog aku ni gara-gara berjauhan dengan programmer peribadi aku, encik Amir a.k.a Tauhu Mafia. mata aku selalu je jadi kelabu dan ditambah pulak kepeningan yang selalu berlari-lari dalam kepala otak aku ni tatkala aku menghadap perkataan-perkataan yang agak asing bagi aku yang semacam perkataan alien dari marikh a.k.a html. setelah berhempas pulas (ditambah desakan dari ayie), maka aku berjaya jugak la berkawan ngan html dan mengenal hati budi beliau. setelah aku dapat faham perkataan alien dari marikh tu, berjaya jugak la aku menghasilkan blog yang tak seberapa ni tapi dah memenuhi citarasa aku..

Akhirnya dapat jugak aku berdikari dalam menguruskan blog ni.. tak lagi menyusahkan programmer peribadi aku. terima kasih juga kepada ayie yang selalu mendesak aku sehingga aku serabut dan terpaksa menyiapkan ubahsuai blog ni.. Ahhh.. gembiranya dapat edit blog sendiri.. aku dah naik ke langit ni.. bangga ngan usaha aku walaupun ada unsur riak dan takabur disitu..

2 Orang mengumpat:

QiLa said...

haha..
html tuh bukan bahasa alien la..
ni yg nak marah ni..
huhu~~~

selamat berblogging ye encik man..

shatooman said...

kalu dh asing bagi diri ini, maka bahasa alien la tu..hahahaha