Pages

Wednesday, May 12, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

           Hari ni tanggal 13 Mei... ulang tahun tarikh keramat dan sangat bersejarah dalam pembentukan negara Malaysia. semua orang mesti tahu apa yang terjadi pada 13 Mei 1969.Kalu tak tahu, baik korang g hantar balik My Card korang kt JPN. pastu g ikut mat indon ke, mat bangla ke balik kat negara mereka.. Sangat memalukan dan sungguh sadis jika rakyat Malaysia tak tahu peristiwa 13 Mei yang mengorbankan banyak nyawa ni..
      
       Peristiwa pada 13 Mei 1969 ialah  berlakunya rusuhan kaum  dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Macam-macam cerita yang didengar dari orang dulu-dulu pasal peristiwa ni. Ada orang mengandung di belah perut, ada yang kena sembelih.. ish, ganas gile la... 
      
        Walaupapepon, peristiwa ni dah berlaku lebih 40 tahun yang lalu. Di harapkan peritiwa ni dapat jadi ikhtibar buat kita masa sekarang. Jangan biarkan peristiwa yang sama berulang lagi bagi menjaga keharmonian negara dan keamanan hidup bersama dalam masyarakat berbilang kaum. Bagi golongan ahli politik, jangan sesekali cuba mengeruhkan keamanan sedia ada. jangan cuba membangkitkan isu perkauman kerana ia hanya bakal mengulangi peristiwa lampau.
     
       Mengenai hak istimewa orang melayu tidak perlu di pertikai kerana ia sudah termaktub dalam perlembangaan dan dipersutujui bersama oleh orang melayu, cina dan india pada masa lalu. Jangan bersikap diberi betis hendakkan paha. bersyukurlah dengan apa yang diberikan oleh datuk nenek kita dahulu... semoga kita akan terus hidup aman damai dan saling hormat menghormati sesama kita tanpa mengira agama dan bangsa. hargailah pengorbanan datuk nenek kita dahulu sehingga kita mencapai kemerdekaan. kini kita patut berbangga kerana dapat hidup bersama dibawah satu Malaysia

0 Orang mengumpat: