Tapi aku rasa trend filem bermodal rendah ni akan tamat x lama lagi... dah terbukti anak tempatan pon boleh buat filem bertaraf antarabangsa dah sekarang ni. contohnya macam filem terbitan KRU yang terbaru, hikayat merong mahawangsa. KRU dah mula jadi pelopor filem berkualiti tinggi di Malaysia ni dengan modal berapa juta entah.. aku pon lupa. penggunaan teknik CGI pon dah makin mantap sekarang ni. Masa criter cicakman dulu, teknik CGI masih dikatakan di tahap rendah. namun dari trailer criter merong mahawangsa yang aku tengok ni memang nampak kesan yang memberangsangkan.
kalau tak silap aku, filem ni dah diterima di lebih 30 buah negara. kalau x sampai 30 tu maknanya aku silap la. tengok trailer pon, fuuhhh... meremang bulu hidung aku. menarik gile... ntah bila la filem ni nak di tayangkan. tak sabar dah aku tunggu ni.. harap2 criter pon menarik la. Jangan harap trailer je tahap cybercop, tapi criter mcm roti arab... kompem aku menyumpah 3 hari 5 malam...
merong mahawangsa, mitos masyarakat melayu...
4 Orang mengumpat:
sokong en. shatooman..
apakata en. shatooman wat cerita keluang man plak dalam dunia realiti..kompom meletop..
rasa hampa tgk citer melayu. dah banyak kali bagi peluang tapi hampa. uhuhu
encik kucheng : kamoo nk jadi pelakon watak tiungman ke? nnt ada modal kita wat la crito keluangman tu..
farra: mgkn kali ni agak berlainan dh.. jika ada produser yg berani keluar modal tinggi mcm KRU ni, msti best layan criter mlayu..
rasanya HMM ni boleh diterima as epic PGL. Tertunggu jugak filem neh. bro cuba usha musical KRU jugak 'magika', tanyangan harini.hehe..tp kalau yg tak suka musical tak yah la tengok,:)
thanks follow!
Post a Comment