Pages

Thursday, July 28, 2011

Ikut Kemampuan

Lihat budak-budak sekolah sekarang, fuhh...pergi sekolah tak nak pakai seluar yang dibeli. mau pakai seluar yang di tempah dari kedai.. tak pergi sekolah naik motor Honda CDI apatah lagi jika ibubapa yang pergi hantar.. kalau boleh nak bawa sendiri motor ke sekolah.. paling lekeh pon Yamaha Ego, 135 LC.. EX5 pon dah pandang sebelah mata.. Sampai ada yang mengamuk kat mak ayah supaya dibelikan motor kalu tak, kononnya tak nak pergi sekolah.. duit poket paling kurang RM5 sehari.. belum termasuk ngan duit untuk waktu petang kalu ada kelas tambahan..

Perghh.. kecik-kecik dah demand gila khinzir.. balik-balik skolah, buku tak reti nak belek dah.. yang tahu hanya komputer. petang-petang pulak bawak motor untuk makan angin petang..Hmm..berbeza dengan zaman aku walaupon tak sampai 10 tahun lagi aku meninggalkan dunia persekolahan.. aku dulu dapat naik basikal buruk pon jadilah.. teringat kata-kata mak aku, dia dulu jalan kaki je ke sekolah walaupon  jauh berkilo-kilo.. sekarang ni, walaupon sekolah ngan rumah tu, kalau kentut pon masih boleh hidu baunya pon tetap nak kena start motor jugak.

Baju mesti branded.. henset mesti canggih.. kurang-kurang biar dapat black berry.. baju murah tak nak pakai, nanti malu.. henset tak canggih tak nak, nanti kena kutuk.. motor buruk taknak naik, nanti orang mengata.. selalu fikirkan pandangan orang lain supaya kita kelihatan mewah dan setaraf dengan kawan-kawan yang lain.. ptuuuiihh.... Janganlah terlalu nak ikutkan kawan.. fikirlah juga kemampuan keluarga.. takde faedahnya nak bergaya dengan harta mak bapak.. tunggu bila dah kerja nanti, bergayalah guna duit sendiri.. so, masa blajar sekarang, buat sungguh-sungguh..nanti baru dapat kerja best..Hmmm, aku masa kat universiti pon masih pakai motor buruk biarpun orang lain ngan motor besar dan bergaya.. biarlah orang nak mengutuk pon. biar la takde awek nak layan pon.. kurang-kurang aku tak perlu jalan kaki jauh-jauh.. tak perlu susah-susah nak tumpang orang.. stakat dapat awek pon yang hanya memandang kebendaan, apa jadahnya..

Sekarang aku dah habis belajar..nanti aku kerja, kumpul duit banyak-banyak..aku pon nak bergaya dah.. nak beli kereta besar.. nak beli rumah besar.. nak cari bini besar..ekkk????


Wednesday, July 27, 2011

SEGMEN : ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU

Rejab itu bulan untuk Allah s.w.t.. Syaaban itu bulan untuk Rasulullah.. Ramadhan pula bulan yang di khaskan untuk orang Islam..Para sahabat dahulu mengeluh kerana tidak dapat beramal lama seperti umat terdahulu, maka diberikan kepada kita bulan Ramadhan yang sekaligus menggandakan pahala amalan kita dan di kurniakan lagi malam Lailatulqadar yang mana amalan pada malam tersebut menyamai amalan selama 1000 bulan yakni 83 tahun. Para sahabat dahulu begitu gembira apabila menyambut kedatangan Ramadhan kerana dapat beribadat pada bulan yang penuh keberkatan ini. Berlainan pula sambutannya pada manusia zaman kini.. 

Kedatangan Ramadhan seolah-olah satu musibah kerana sukarnya untuk menahan dari kelaparan dan kehausan..  Sifat manusia yang semakin lari dari tertib agama ini juga tak lekang dari hati aku yang masih punyai nafsu.. betapa seksanya mengharungi sebulan masa dengan kepayahan untuk mendapatkan makanan di siang hari.. Bila aku terkenangkan tahun-tahun yang terlepas, ahh, ruginya aku kerana tak mengendahkan kelebihan Ramadhan.. Sewaktu manusia lain menunaikan perintah Tuhan dikala siang hari, aku hanya tidur untuk mengelakkan kelaparan itu berleluasa. Tatkala malam pula, disaat insan lain mengangkat takbir terawih beramai-ramai, aku hanya bisa mengadap skrin laptop yang menjadi kebanggaan selama ini.. di saat orang lain bertadarus, aku pula memasang lagu dari MP3 sehingga membingitkan telinga.. tapi aku berasa gembira dengan hiburan dunia sehingga tiada secebis rasa berdosa dan bersalah.

Sekarang aku mula mengira..ahh.. Ramadhan tahun ini sudah menghampiri. perlukah aku terus berdampingan dengan keasyikan duniawi? Apakah tiada penyesalan jika tahun ini merupakan Ramadhan yang terakhir buatku? Terdetik pula dihati ini, andai ini Ramadhan terakhirku maka rugilah aku hidup didunia tanpa mengambil kesempatan untuk beribadat seperti 1000 bulan. Pasti menyesal kerana Izrail datang sebelum aku berterawih bersama imam. Walau apa pun, tahun ini aku perlu berubah.. aku mesti berubah.. dunia sudah tak menjanjikan apa-apa.. Jika Ramadhan yang terakhir pun  aku masih kelalaian, apa yang harus ku jawab pada Mungkar dan Nakir?

Ramadhan itu untuk umat Muhammad. Aku juga umat Muhammad.. maka Ramadhan itu adalah untuk aku.. Sungguh Maha Pengasih dan Penyayang Tuhan sekalian alam.. dari mula penciptaan alam, aku telah ditempatkan untuk menjadi umat Muhammad yang punya kelebihan. beribadat semalaman tapi bersamaan 1000 bulan.. Tuhan tahu, jika aku ditempatkan bersama umat lain, tak termampu untuk aku beribadat selama 1000 bulan itu. sedangkan untuk satu malam aku sudah pun liat..Tuhan masih beri aku kesempatan.. Tahun dulu berlalu dengan kealpaan. Moga Tuhan beri aku kesempatan untuk bersama Ramadhan ini..Andai ini Ramadhan terakhirku, aku hanya pohon pada-Mu, semoga dapat aku bertemu dengan Lailatulqadar-Mu.. Ingin aku pohon keampunanmu pada malam itu.. Ingin aku doakan kesejahteraan kedua orang tua ku, Ingin aku mendapatkan keredhaan-Mu...


Hmm...layan Harapan Ramadhan dari Raihan ngan Man Bai dulu~



Entri ini dibuat bagi menyertai segmen yang dianjurkan oleh  Blog The Garden of Love, Pilihan Hati dan juga Wardah Humairah bersempena Ramadhan yang kian mendatang.. Kalu nak join, sila klik banner di atas.



Tuesday, July 26, 2011

Spek Hitam

Aku suka melihat koleksi spek hitam yang bermacam-macam bentuk dan gaya.. dari yang harga beratus mahupon yang spuluh hengget kat pasar malam tu.. Yang peliknya, walaupon aku suka tengok, tapi aku tak kumpul pon buat koleksi peribadi.. sebabnya aku bukanlah orang yang suka pakai spek hitam walaupon di bawah panas terik.. kalu pakai pon jarang-jarang masa nak ambik gambar.. Kononnya nak kasi lebih hensem kot~ ekekeke...

Yang lebih menghairankan aku, ada sesetengah manusia ni suka pulak pakai spek hitam sepanjang masa.. tak kira waktu..pagi, petang, siang., malam sentiasa berspek hitam..macam datuk kame dalam cerita dragon ball tu.. entah la apa pemikiran diorang kalu pakai spek ni.. tengah malam-malam buta pon pakai spek hitam.  nak makan pon pakai spek hitam.. nak berak pon masih pakai spek hitam.. mungkin diorang ni merasakan diri tu terlalu hensem.. aku gunakan istilah hensem sebab kebanyakan manusia yang sentiasa berspek hitam ni adalah lelaki.. perempuan pon ada tapi tak la selalu dijumpai. Perempuan yang selalu pakai spek hitam yang aku kenal hanyalah akak LM. tu pon sebab dia tak tahan dengan kepanasan kat Qatar. dah balik Malaysia ni,mungkin dah tak pakai kot~

Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya, apa kejadahnya memakai spek hitam di waktu malam? dah la persekitaran pon dah gelap, pakai lagi spek yang gelap.. orang buta pon reti masa mana nak pakai spek tu.. bukan sepanjang masa melekat..hmmm, hari ni pon, pagi-pagi lagi aku dah jumpa ngan sorang mamat kat kedai makan..sambil minum air teh, spek hitamnya tak lekang dari depan matanya sampai baca paper pagi-pagi pon pakai spek hitam.. errr...bro, lu rasa diri lu tu kacak sangat ke??


*kenapa artis suka pakai spek besar??



Sunday, July 24, 2011

Pemelihara wanita

Zaman sekarang ni, budaya kapel dan tak menjadi kepelikan.. yang peliknya adalah jika korang takde kapel macam aku ni.. orang yang takde kapel, tak bergayut di telefon, dan tak berSMS macam aku sering dipandang jelek, tak bermaruah, tiada harga diri, tak pandai mengayat dan sebagainya.. Lantak la orang nak kata apa pon, biarlah aku dengan cara aku yang bujang trang tang tang ni.. itu lebih baik dari aku menjadi hamba wanita atau pon pemelihara wanita.

Seringkali  kita tengok, kebanyakan orang yang berkapel ni, mesti lelaki yang kena keluarkan duit. kononnya gentleman la kalu dapat belanja awek.. Bagi aku sendiri, tak salah kalu nak belanja awek makan jarang-jarang.. nak belikan barangan kadang-kadang.. tapi amatlah bangang jika setiap hari perlu menanggung awek tu.. amat gembiralah betina yang suka mengikis dan pisau cukur kalu dapat lelaki bangang yang rela membelanjakan duit sampai ratus-ratus setiap hari.. lagi bangang jika lelaki tu pon masih lagi blaja kat sekolah mahupon IPT. duit pon masih mintak kat mak ayah, ada hati lagi nak bagi kat perempuan.. diri sendiri rela makan megi hari-hari.. duit PTPTN pon banyak mana la sangat..cukup-cukup nak buat bayar sewa rumah.

Macam la si perempuan tu takde mak bapak yang menanggung dirinya.. si lelaki apakehal sampai bangang nak jadi penaja hidup perempuan pulak..belum jadi laki bini dah mintak macam-macam.. bila di tanya pada lelaki, mereka akan jawab, "tak pe..aku masih mampu untuk memelihara perempuan tu".. betul ke mampu jika sampai tahap menipu mak bapak dan orang lain hanya kerana nak dapatkan duit bagi memenuhi permintaan si awek? Pada pemerhatian aku, perempuan yang suka meminta-minta dari lelaki ni takkan kekal lama dengan korang. time korang berduit, adalah mereka akan menempek dan bergedik..bila dah kering nanti, hmm, bye bye la lelaki tak guna..dan lagi, kebanyakan perempuan yang suka meminta dari lelaki ni biasanya ada lelaki lain dibelakang..Kepada lelaki bangang, beringatlah sebelum di tinggalkan..jika duit tu korang simpan, aku rasa dalam 3,4 tahun nanti dah boleh buat rumah banglo.. hmmm..kalu lah aku seorang perempuan, mungkin aku pon akan jadi pisau cukur kot..perghh..senang lenang hidup tanpa perlu bekerja.




p/s : ada juga kapel yang mana perempuan perlu menaja hidup lelaki..hmmm..
p/s/s : dari  belanjakan duit untuk perempuan, baik belanjakan untuk kawan-kawan.. nanti dah clash ngan perempuan, semua duit tu hangus je. tapi kawan still ada biar pun korang tu masih susah.maksud aku yang betul-betul kawan la...

Friday, July 22, 2011

Kebebasan

Termenung aku seketika bila membaca berita pasal anak lari dari rumah. Makin lama makin menjadi-jadi sehinggakan umur baru belasan tahun dah pandai memberontak dan meninggalkan rumah tanpa pengetahuan ibubapa atau penjaga. Teringat akan diri aku juga masa muda-muda dulu.. ketika aku di zaman sekolah menengah. Kadang-kadang memang terasa ada niat untuk melarikan diri dari rumah. Antara puncanya tak tahan mendapat bebelan dan ceramah free dari orang tua. Tapi setelah difikir masak-masak, tiada gunanya menjauhkan diri dari ibu bapa.

Kerana terasa seolah-olah dikongkong, maka anak muda lebih memilih jalan mudah dengan lari dari orang tua. Apa yang diinginkan hanyalah kebebasan.. bila direnungkan, betapa bodohnya kerana terlalu memilih kehidupan bersuka ria di kala teman sebaya galak menuntut ilmu. Segala bebelan ibu bapa itu jika ditanam dalam hati, maka kita akan fikirkan kebenarannya. Anak-anak remaja sering merasakan bebelan itu satu penyeksaan dan menyakitkan telinga sehingga ada yang berani melawan kata tanpa sepatah pun kata-kata ibu bapa menusuk ke jiwa.

Nasihat aku kepada mereka yang masih dibangku sekolah tu, janganlah terlalu memilih kehidupan yang hanya inginkan kebebasan. Selagi dibawah umur, seseorang itu masih lagi menjadi tanggungjawab dan hak milik ibu bapa. Di waktu ada kesempatan untuk belajar, timbalah ilmu itu sebanyak mungkin. Bila dah besar nanti, pilihlah jalan sendiri. Waktu tu, korang dah boleh pilih kebebasan sendiri.. Apa yang paling mengecewakan, ada juga yang terlalu kemaruk untuk berkahwin dan rela meninggalkan ibubapa serta sekolah.hmm..tak terfikirkah masa depan yang tiada pelajaran? Kemana hala tuju jika tanpa ilmu? Cinta monyet budak sekolah sekarang memang membimbangkan.. teringat kata ustaz sekolah aku dulu, tak payah la nak bercinta dibangku sekolah. Takdenya kapel tu member perangsang kepada pelajaran melainkan hanya akan melalaikan.