Mula-mula, aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan Red Warrior kerana dah berjaya membawa kemenangan yang pertama kalinya kepada negeri Kelantan..Syabas betey..syabas... memang teruja gila rasanya bila kali pertama aku boleh gi tengok perlawanan bola sepak secara bertiket. walaupon aku bukanlah peminat sukan bola sepak, tapi still jugak nak bagi sokongan kat pasukan negeri aku..akhirnya kelantan menang 2-1..
Walaupun kepenatan, tambah lagi lenguh kaki kerana dok berdiri je (kalu duduk x nampak la plak) namun aku cukup terhibur dengan gelagat penonton yang ada. Yang menjadi kehairanan, FAM kata nak scan setiap orang yang masuk agar tak bawa benda2 bahaya dan mercun. siap ada polis bawak anjing K9 lagi.aku tengok pon gerun kat anjing tu.. kan tak pepasal kena penyakit anjing gila, pastu datang gigit aku.. sape yang naya?? aku jugak~ bersambung kepada kehairanan aku, masih ada jugak yang terlepas boleh cucuh mercun dalam stadium tu.
Aku terasa seperti terejakulasi apabila berada di tengah2 puluhan ribu lautan manusia..penyokong kelantan memenuhi hampir 3/4 ruang stadium dan selebihnya penyokong negeri sembilan.tu pon masih tak cukup tempat duduk.tempat nak berdiri pon x de kot..sampai hilang suara aku dok sorak dengan manusia2 yang lain. Tapi permainan separuh masa pertama memang amat mengecewakan. aku mengulas skarang melalui kaca mata aku sebagai penyokong kelantan. persembahan dari pemain pertahanan kelantan sangat hambar.. main macam budak2.. still nak tunggu bola.. lambat buat hantaran.. baru beberapa minit start main, dah kena penalti.. owh~ hampir hilang semangat penyokong kelantan.semua senyap.. sorakkan dari penyokong nogori makin kuat..
masuk je separuh masa kedua, corak permainan kelantan berubah.. penyokong dah mula bersorak kembali.. tup-tup dapat gol.. gegar satu stadium.. tak lama pastu, jaringan kedua dari kelantan menyusul.. pergh!! mantap dah permainan.. langsung berbeza ngan masa mula2 main.. aku pon macam dah kena rasuk kot, melompat-lompat, terkinja-kinja macam monyet dek kerana pengaruh orang tua yang baru dikenali masa kat stadium tu..
dengan perasaan yang puas hati, member aku, Mat 6 terus gi beli bendera Kelantan sebab nak kibar kat kereta dia.. cittt~ masa nak masuk tadi taknak beli terus. sesampai kat kereta, punya la terkejut monyet jugak la bila tengok beberapa biji kereta kat kawasan parking penyokong kelantan menjadi mangsa vandalisme.. habis cermin kereta penyokong kelantan berterabur.. nasib baik kereta member aku kat kawasan tu jugak tak menjadi mangsa. lahanat mana la yang buat kerja tak bermoral ni.. nak kata penyokong negeri sembilan pon, rasanya tak elok kalu nak main tuduh2 ni... nak kata geng curi kereta pon, tak de plak kereta yang hilang. cuma pecah cermin je.. nak kata orang tu tak de kerja sangat, baik la dia gi jual air sirap kat depan stadium tu, boleh jugak dapat duit.. heran aku dengan perangai manusia ni...
dalam perjalanan balik plak, sepanjang jalan penuh dengan penyokong2 kelatan yang dok kibar bendera negeri dan bendera pas.. (apa kejadah bawa bendera pas tmpt main bola?) syok jugak la tengok orang dok berpesta ni. ada jugak penyokong negeri sembilan yang datang bersalam.. ni baru betol kalu jadi penyokong. nak gaduh2 buat apa.. tapi ada jugak aku dengar suara sumbang mahram yang dok kutuk2 negeri kelantan. panas je rasa cuping telinga ni~ kalu nak sindir berkias tu tak pe la jugak.. ni mengata terus.tapi berani le tempat tak de orang kelantan kat situ. contoh kutukan tu," budu..budu..buduh.. makan budu jadi buduh.. cam lahanat".. terasa macam nak lempar je mamat tu dalam parit.. tapi aku betul2 dah penat.. kaki dah longlai.. tambah lagi aku bukan jenis kaki gaduh, kalu layan lahabau macam tu tak de pekdahnya.. terpaksa la aku wat tak tau...
yang aku suka tengok, ada satu kapel tu, tak tau la kekasih ke, suami isteri ke.. yang lelaki tu pakai baju kelantan. yang pompuan plak pakai baju negeri sembilan.. owh~ menarik seyh.. ok, sekarang aku dah tak larat nak menulis. mengantuk gila siput babi dah ni.. aku nak tido dulu~ mau mengigau la pasni... GOL!!!!!
p/s: gambar ni ntah sape punya kerja yang buat.. yang kelantan tu kijang, tapi knapa ada misai?. yang negeri sembilan tu menatang apa??? sampai sekarang aku tak tahu.. biawak? tenuk? memerang???
Pages
Showing posts with label DALAM NEGERI. Show all posts
Showing posts with label DALAM NEGERI. Show all posts
Saturday, October 30, 2010
Tuesday, October 26, 2010
Di copy n paste dari harian metro...
KUALA LUMPUR: Tidak ubah seperti sengaja mencabar bidang kuasa pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) apabila syarikat swasta yang menjual logo halal palsu kepada pengilang dan restoran tempatan mengarahkan pelanggannya membuat laporan polis jika didatangi pegawai agensi berkenaan.
Arahan tidak masuk akal itu dianggap sebagai langkah terdesak syarikat swasta berkenaan selepas ribuan syarikat yang sebelum ini diserbu dan diperiksa Jakim mula gusar dengan status sijil dikeluarkan syarikat itu.
Malah lebih memberi tekanan apabila kebanyakan pemilik restoran dan pengilang yang sebelum ini membayar ribuan ringgit bagi memperoleh sijil halal swasta berkenaan mula beralih minat terhadap sijil halal dikeluarkan Jakim berikutan ia lebih sistematik dan diperakui di peringkat antarabangsa.
Salah seorang pengusaha syarikat makanan yang enggan namanya didedahkan berkata, dia terkejut apabila menerima kiriman e-mel dari syarikat pengeluar sijil halal swasta berkenaan yang seolah-olah mencabar kuasa Jakim sebagai badan kerajaan yang diberikan tanggungjawab penuh dalam menyelia isu halal di negara ini.
Menurutnya, melalui hebahan syarikat logo halal celup itu yang diedarkan pada pertengahan Ogos lalu, pemilik syarikat berkenaan mendakwa sijil halal dikeluarkan syarikatnya sah diguna pakai mengikut undang-undang Malaysia dan Jakim tiada kuasa mengambil sebarang tindakan.
“Melalui kenyataan rasmi syarikat itu, pemilik restoran boleh menghalang pegawai Jakim memasuki dapur bagi membuat pemeriksaan dan hanya pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) boleh melakukan tugas itu.
Malah melalui kenyataan itu, pemilik restoran diarah meminta surat kuasa dari KPDNKK sebelum membuat pemeriksaan di dalam premis dan dapur restoran atau premis perniagaan mereka,” katanya.
Lebih mengejutkan apabila syarikat logo halal swasta itu mengarahkan pemilik premis mengambil nama, gambar serta membuat laporan polis secepat mungkin sekiranya ada pihak selain KPDNKK menanggalkan atau menurunkan logo milik syarikat berkenaan.
Dia yang tidak lagi menggunakan pakai logo halal syarikat swasta berkenaan mendakwa arahan diberikan itu keterlaluan berikutan Jakim menjalankan kuasa mengikut peruntukan dengan kerjasama dengan KPDNKK.
“Apa yang saya lihat sijil halal Jakim lebih diperakui masyarakat berikutan setiap pengilang dan restoran perlu mematuhi syarat dan prosedur ditetapkan membabitkan kandungan produk, pekerja, kebersihan kilang atau restoran selain beberapa perkara lain yang perlu dipatuhi,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan pengalaman sebelum ini, pihak syarikat swasta yang mengedarkan sijil halal terbabit hanya mengutamakan jumlah wang ribuan ringgit yang perlu dibayar setiap tahun tanpa melakukan pemeriksaan rapi terhadap kandungan produk dijual terutama oleh peniaga atau pemilik premis bukan Islam yang membeli logo halal milik mereka.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar, yang dihubungi wartawan Harian Metro berkata, tindakan yang dilakukan syarikat terbabit seperti sengaja memburukkan integriti Jakim sebagai badan yang dipertanggungjawabkan kerajaan berhubung penguatkuasaan isu halal sejak sekian lama.
Menurutnya, mereka ternyata bukan saja mencabar Jakim tetapi turut menghina undang-undang yang ditetapkan di negara ini.
Beliau berkata, pihaknya diberi kuasa KPDNKK menjalankan pemeriksaan.
ciss~ mudah2 je nak bagi sijil halal.. bayar dan dapat.. kalo gitu, penjual vavi pon boleh la nk apply sijil halal ni... apa ke bangang punya syarikat . nak berniaga pon agak-agak la...yang terlibat semuannya mim lam alif ya wau.. ntah2 syarikat pon berdaftar ke tidak.. cuba pikir balik kesan dari tindakan korang tu.. kalu kandungan makanan atau sesuatu produk tu ada vavi dan keturunannya ataupun sekadar unsurnya, korang nak menanggung perbuatan korang ni di akhirat kelak?
Nak buat sesuatu pakai otak la.. jangan pikir nak duit je.. asal dapat duit, ko rembat.. makan menatang ba alif ba ya pon tak pe... kepada pembaca artikel ni jgk, anda kena beringat skit ngan makanan dan produk skrang ni.. untuk dapatkan kepastian, sila semak status ke'halal'an barangan tu dari jakim... boleh buka website jakim tu kalu korang was-was..
Dari hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Al-Muslim yang bermaksud:”Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu nyata dan diantara keduanya perkara-perkara yang syubahat. Perkara-perkara tersebut tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Maka siapa yang takutkan syubahat ia telah membersihkan bagi agamanya dan maruahnya dan barang siapa berada pada syubahat ia telah berada pada haram...”
p/s : kawan2 chinese aku cakap, daging vavi adalah da best in da world..rasanya macam ayam...kalu vavi tu di cop tanda halal kat badan dia, so boleh makan ke??? ( kepada muslim, jangan memandai nak mencuba..)
psp: selamat mencari yang HALAL kepada kaum muslimin..
AMARAN : VAVI ITU HARAM... DON'T TRY EAT AT HOME... kalu makan jugak, korang dosa.. yo..yo..dapat dosa... entry ni khas untuk orang Islam.. kepada yang non-muslim, anda buat don't know je la ngan entry ni.. anda berhak dan dibenarkan menyentuh atau memakan vavi.. kalu nak baca jugak, x de masalah, anggap benda ni sebagai panduan dan pengetahuan isu semasa~ ^^

Sunday, October 17, 2010
"Anaknda tak mau kawin dengan anak-anak menteri ni semua"
"kenapa anaknda? bukankah semua anak-anak menteri cantik2?"
"Anaknda hanya mahu berkahwin dengan perempuan"
"Anak-anak menteri semuanya perempuan. perempuan yang macam mana lagi anaknda mahu?"
"mereka semua ni bukanlah perempuan tetapi betina".

Teringat dialog allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam kisah musang berjanggut... hurm~ jika difikirkan, memang berbeza antara perempuan dengan betina.. senang cerita, perempuan ni yang boleh jaga harga dan maruah diri. yang betina plak memang tak de harga diri.. kalu bercakap pasal maruah, mengaku bermaruah. tapi dok buat benda2 yang tak bermaruah dan tak bermoral...
zaman skarang pon aku tengok dah makin ramai betina dari perempuan.. pantang jumpa lelaki atau lebih tepat digelar jantan, mula la nak menggedik. perempuan betina skarang memang mudah dijinakkan dan di buat macam anak patung oleh jantan2.. kadang2 perempuan yang elok pon boleh di'betina'kan oleh sang jantan. some say, perempuan jadi begitu sebab lelaki la yang nak dia jadi begitu. demi cinta, dia rela berkorban dan buat apa saja demi lelaki tercinta. wadafak~ hello... NAH!! aku angkat jari tengah dulu..
cinta??? sayang?? serahkan segala-galanya?? eeiii~ geli bulu idung aku..padahal tadi je baru aku potong bulu idung..tapi itu hakikat bila mana naluri perempuan tu memang mudah termakan pujuk rayu jantan. jantan bagi ayat2 manis skit, puji2 ckit, taburkan janji diana ckit,belanja pulak..pastu jantan said, " yang, boleh la kita ehem..ehem...". pastu ambik video.."ala...ni untuk stok simpanan peribadi.." si perempuan ni pon ikut je la.. sebab dah tangkap cintan habis...tup-tup tetiba je perempuan ni jadi femes.. ye la.. jadi tumpuan kat internet.
bila dah abis milo, tin milo pon dibuang la merata-rata...sang jantan berkata, "ko dah tak suci lagi.. mana layak nak jadi bini aku. aku nak bini yang elok". so, byebye la sayang.. kau dan aku tak mungkin bersatu biarpun dah bersetubuh.. tinggal la si betina bersama zuriat haramnya.. pastu terjadi la plak kes pembuangan anak kucing dan anak manusia secara berleluasa...Di sini kita nampak betapa bodohnya perempuan itu kerana begitu mudah menjadi betina hanya kerana love is cinta.. i lap u..u lap me... u run, i run...u jump, i just look and said byebye...
aku nak ingatkan kaum pompuan semua.... jangan la ikutkan sangat kata-kata jantan ni. kalu nak bercinta pon, biar ada batas.. pandai2 la tanamkan tekad agar tak melampaui batas.. nafsu memang susah dikawal.. tapi try jangan ikutkan sangat nafsu tu.. tak mati pun kalu tak ikut nafsu..kalu jantan nak tinggalkan korang, biarkanlah je... ramai lagi lelaki yang baik macam aku ni.. (-_-;)
Janganlah kamu wahai perempuan mudah di betina kan oleh sang jantan.. kadang2 aku pelik, tengok perempuan cantik2.. tp couple ngan mamat yang camgaban gampang.. last2 kena tinggal jgk ngan mat gampang tu.. kes??? abis milo sudah.. pastu ko ingat senang2 ke lelaki lain nak terima ko yang dah takde milo. bagi kasi tin kosong, siapa mau??
Ingatlah perempuan, jangan nak menyalahkan si jantan kalu dah di tinggalkan. sebenarnya korang yang cari pasal tu kenapa?? cinta tak perlu dibuktikan.. biarlah ia lahir dari hati..jangan cinta hanya kerana nafsu seperti kambing.. acap kali aku berfikir, kenapa la lelaki suka mempermainkan perempuan.. dan kenapa perempuan begitu bodoh percaya dengan lelaki.. sampai sekarang aku masih tak mengerti... dan sampai sekarang aku masih tertanya-tanya, kenapa perempuan yang elok tidak ditemukan dengan lelaki seperti aku. kenapa mesti perempuan ditemukan dengan jantan yang suka membetinakan mereka.....aku kesian tengok perempuan yang mana setia gila ngan cinta mereka tetapi akhirnya dipermainkan....
aku bukan kata semua perempuan macam tu.. tapi kepada perempuan yang memang buat pape tak pakai otak. aku tahu masih ramai perempuan yang cerdik dan tahu bezakan yang mana baik, yang mana buruk..tahu menjaga maruah diri. tapi percayalah, perempuan memang mudah diperdaya oleh lelaki. Ingatlah perempuan sebelum kamu menyesal...(mati la aku kena attack ngan perempuan lepas ni..)
*ni lah bukti cinta sejati..."yang..buka towel plak.. abang nak ambik gambar ni..nk wat koleksi peribadi (nanti abang upload kt internet, baru femes ayang)"

*kalu jadi perempuan kan lebih ayu dan menawan... (maaf kakak n adik, kena jadi model diblog ni ;p)
bila dah abis milo, tin milo pon dibuang la merata-rata...sang jantan berkata, "ko dah tak suci lagi.. mana layak nak jadi bini aku. aku nak bini yang elok". so, byebye la sayang.. kau dan aku tak mungkin bersatu biarpun dah bersetubuh.. tinggal la si betina bersama zuriat haramnya.. pastu terjadi la plak kes pembuangan anak kucing dan anak manusia secara berleluasa...Di sini kita nampak betapa bodohnya perempuan itu kerana begitu mudah menjadi betina hanya kerana love is cinta.. i lap u..u lap me... u run, i run...u jump, i just look and said byebye...
aku nak ingatkan kaum pompuan semua.... jangan la ikutkan sangat kata-kata jantan ni. kalu nak bercinta pon, biar ada batas.. pandai2 la tanamkan tekad agar tak melampaui batas.. nafsu memang susah dikawal.. tapi try jangan ikutkan sangat nafsu tu.. tak mati pun kalu tak ikut nafsu..kalu jantan nak tinggalkan korang, biarkanlah je... ramai lagi lelaki yang baik macam aku ni.. (-_-;)
Janganlah kamu wahai perempuan mudah di betina kan oleh sang jantan.. kadang2 aku pelik, tengok perempuan cantik2.. tp couple ngan mamat yang cam
Ingatlah perempuan, jangan nak menyalahkan si jantan kalu dah di tinggalkan. sebenarnya korang yang cari pasal tu kenapa?? cinta tak perlu dibuktikan.. biarlah ia lahir dari hati..jangan cinta hanya kerana nafsu seperti kambing.. acap kali aku berfikir, kenapa la lelaki suka mempermainkan perempuan.. dan kenapa perempuan begitu bodoh percaya dengan lelaki.. sampai sekarang aku masih tak mengerti... dan sampai sekarang aku masih tertanya-tanya, kenapa perempuan yang elok tidak ditemukan dengan lelaki seperti aku. kenapa mesti perempuan ditemukan dengan jantan yang suka membetinakan mereka.....aku kesian tengok perempuan yang mana setia gila ngan cinta mereka tetapi akhirnya dipermainkan....
aku bukan kata semua perempuan macam tu.. tapi kepada perempuan yang memang buat pape tak pakai otak. aku tahu masih ramai perempuan yang cerdik dan tahu bezakan yang mana baik, yang mana buruk..tahu menjaga maruah diri. tapi percayalah, perempuan memang mudah diperdaya oleh lelaki. Ingatlah perempuan sebelum kamu menyesal...(mati la aku kena attack ngan perempuan lepas ni..)
*ni lah bukti cinta sejati..."yang..buka towel plak.. abang nak ambik gambar ni..nk wat koleksi peribadi (nanti abang upload kt internet, baru femes ayang)"

*kalu jadi perempuan kan lebih ayu dan menawan... (maaf kakak n adik, kena jadi model diblog ni ;p)
*Ni apa??? Bapuk tak de kena mengena dengan entry ni...aww~ nyah ko dari blog aku..
p/s : aku hanya nak memperingatkan perempuan2 sekarang agar jangan mudah jadi betina hanya kerana sorang jantan... tolong jaga maruah dan diri anda. tak payah nak buktikan cinta dengan berbogel kat si jantan. kepada betina2, tolong kembali ke pangkal jalan.. sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka..
p/s ke-2 : aku tulis entry ni bukan pasal aku dengki tengok orang lain dok kapel.. walaupon aku bujang yang tak laku, tapi aku rela begini dari dok wat benda tak senonoh.. stakat ni syukur la aku masih ada teruna~ xD
p/s3 : kepada kak ngan adik serta family, maaf ekk sebab dah masukkan gambar kat sini.. tak jumpa gambar yang sesuai dari encik google. terpaksa rompak gambar kalian yang comel ini... hahaha~ larikkk......(mampus aku bila balik kampung nanti)

Thursday, September 23, 2010
Sultan Muhammad ke-V
Setelah dimasyurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September lalu, Tuanku Muhammad Faris Petra telahpun berkenan menggunakan nama gelaran Sultan Muhammad ke-V dalam semua urusan yang membabitkan nama Baginda. Penggunaan nama tu jugak dikatakan mengambil keberkatan bersempena nama nenek moyang Baginda, Sultan Kelantan yang terdahulu.
Sebenarnya aku amat kagum dengan Sultan Muhammad ke-V (Tuanku Faris Petra). Ye lah, baginda antara putera sultan yang berpelajaran tinggi, selain Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak.. Tambah lagi, Baginda ni suka bergaul dengan rakyat dan selalu berdamping dengan para alim ulama. Sumpah aku x pernah tengok Sultan lain pernah jadi imam dalam solat selain Sultan Muhammad ke-V. Bukan aku kata x de Sultan lain pernah jadi imam, cuma aku x pernah dengar dan nampak... tu baru contoh betul nak jadi Sultan. Sultan kan ketua agama negeri. Sepatutnya ketua agama la yang patut mengimamkan solat kepada rakyat jelata. Tengok kisah pada zaman Nabi Muhammad dan Khalifah ar-rasyidin. Mereka sebagai pemimpin rakyat dan mereka juga yang jadi imam. Masa Raya Haji tahun lepas pon, Sultan Muhammad ke-V sendiri yang sembelih lembu korban untuk disedekahkan kepada rakyat. Sesungguhnya aku bangga menjadi rakyat di bawah naungan Tuanku. Daulat Tuanku..... eh silap.. Baginda Tuanku Muhammad ke-V telah membawa perubahan baru dimana penggunaan daulat tuanku telah ditukarkan kepada Allahuakhbar... kalau difikirkan, penggunaan kalimah Allahuakhbar dilihat sinonim dengan Parti Islam SeMalaya (PAS). Tapi Baginda telah jelaskan pendirian baginda adalah berkecuali dari politik. Hanya apa yang difikirkan baik, baginda akan perkenankan..
Allahuakhbar..

Lanjutkan usia Al-Sultan kami,
Sultan Kelantan Raja Ikrami,
aman sentosa Tuhan sirami,
kekal memerintah kami.
Kasih dan taat setia di sembahkan,
keriangan diucapkan,
segala kebesaran Allah cucurkan,
bertambah kemuliaan...

Subscribe to:
Posts (Atom)