Pages

Saturday, October 30, 2010

Budu itu hebat dan lazat...

Mula-mula, aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan Red Warrior kerana dah berjaya membawa kemenangan yang pertama kalinya kepada negeri Kelantan..Syabas betey..syabas... memang teruja gila rasanya bila kali pertama aku boleh gi tengok perlawanan bola sepak secara bertiket. walaupon aku bukanlah peminat sukan bola sepak, tapi still jugak nak bagi sokongan kat pasukan negeri aku..akhirnya kelantan menang 2-1..

Walaupun kepenatan, tambah lagi lenguh kaki kerana dok berdiri je (kalu duduk x nampak la plak) namun aku cukup terhibur dengan gelagat penonton yang ada. Yang menjadi kehairanan, FAM kata nak scan setiap orang yang masuk agar tak bawa benda2 bahaya dan mercun. siap ada polis bawak anjing K9 lagi.aku tengok pon gerun kat anjing tu.. kan tak pepasal kena penyakit anjing gila, pastu datang gigit aku.. sape yang naya?? aku jugak~ bersambung kepada kehairanan aku, masih ada jugak yang terlepas boleh cucuh mercun dalam stadium tu.

Aku terasa seperti terejakulasi apabila berada di tengah2 puluhan ribu lautan manusia..penyokong kelantan memenuhi hampir 3/4 ruang stadium dan selebihnya penyokong negeri sembilan.tu pon masih tak cukup tempat duduk.tempat nak berdiri pon x de kot..sampai hilang suara aku dok sorak dengan manusia2 yang lain. Tapi permainan separuh masa pertama memang amat mengecewakan. aku mengulas skarang melalui kaca mata aku sebagai penyokong kelantan. persembahan dari pemain pertahanan kelantan sangat hambar.. main macam budak2.. still nak tunggu bola.. lambat buat hantaran.. baru beberapa minit start main, dah kena penalti.. owh~ hampir hilang semangat penyokong kelantan.semua senyap.. sorakkan dari penyokong nogori makin kuat..

masuk je separuh masa kedua, corak permainan kelantan berubah.. penyokong dah mula bersorak kembali.. tup-tup dapat gol.. gegar satu stadium.. tak lama pastu, jaringan kedua dari kelantan menyusul.. pergh!! mantap dah permainan.. langsung berbeza ngan masa mula2 main.. aku pon macam dah kena rasuk kot, melompat-lompat, terkinja-kinja macam monyet dek kerana pengaruh orang tua yang baru dikenali masa kat stadium tu..

dengan perasaan yang puas hati, member aku, Mat 6 terus gi beli bendera Kelantan sebab nak kibar kat kereta dia.. cittt~ masa nak masuk tadi taknak beli terus. sesampai kat kereta, punya la terkejut monyet jugak la bila tengok beberapa biji kereta kat kawasan parking penyokong kelantan menjadi mangsa vandalisme.. habis cermin kereta penyokong kelantan berterabur.. nasib baik kereta member aku kat kawasan tu jugak tak menjadi mangsa. lahanat mana la yang buat kerja tak bermoral ni.. nak kata penyokong negeri sembilan pon, rasanya tak elok kalu nak main tuduh2 ni... nak kata geng curi kereta pon, tak de plak kereta yang hilang. cuma pecah cermin je.. nak kata orang tu tak de kerja sangat, baik la dia gi jual air sirap kat depan stadium tu, boleh jugak dapat duit.. heran aku dengan perangai manusia ni...

dalam perjalanan balik plak, sepanjang jalan penuh dengan penyokong2 kelatan yang dok kibar bendera negeri dan bendera pas.. (apa kejadah bawa bendera pas tmpt main bola?) syok jugak la tengok orang dok berpesta ni. ada jugak penyokong negeri sembilan yang datang bersalam.. ni baru betol kalu jadi penyokong. nak gaduh2 buat apa.. tapi ada jugak aku dengar suara sumbang mahram yang dok kutuk2 negeri kelantan. panas je rasa cuping telinga ni~ kalu nak sindir berkias tu tak pe la jugak.. ni mengata terus.tapi berani le tempat tak de orang kelantan kat situ. contoh kutukan tu," budu..budu..buduh.. makan budu jadi buduh.. cam lahanat".. terasa macam nak lempar je mamat tu dalam parit.. tapi aku betul2 dah penat.. kaki dah longlai.. tambah lagi aku bukan jenis kaki gaduh, kalu layan lahabau macam tu tak de pekdahnya.. terpaksa la aku wat tak tau...

yang aku suka tengok, ada satu kapel tu, tak tau la kekasih ke, suami isteri ke.. yang lelaki tu pakai baju kelantan. yang pompuan plak pakai baju negeri sembilan.. owh~ menarik seyh.. ok, sekarang aku dah tak larat nak menulis. mengantuk gila siput babi dah ni.. aku nak tido dulu~ mau mengigau la pasni... GOL!!!!!



p/s: gambar ni ntah sape punya kerja yang buat.. yang kelantan tu kijang, tapi knapa ada misai?. yang negeri sembilan tu menatang apa??? sampai sekarang aku tak tahu.. biawak? tenuk? memerang???

5 Orang mengumpat:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Tahniah bg penyokong2 kelantan dan warga kelantan.

shatooman said...

dengan ini diumumkan bahawa kelantan akan bercuti pada hari ni termasuk kuala lumpur(dh hari minggu, mst la bercuti..)

Siti Zafira said...

Tahniah ya buat pasukan dan orang Kelantan.

Wuah, mesti korang sangat-sangat happy, sangat-sangat joy kan.

Suka baca scene 'bersalaman' tu. Macam tulah baru bagus.

Ni tak. Kadang-kadang sampai boleh berlaku pergaduhan. Seriously, perlu ke adat menang kalah bola dijadikan is nak berbalah antara negeri-negeri.

Saya tak selesa kalau kerana bola, sentimen negeri dilaung-laungkan. Nonsense.

Anyway, congrats again and marilah belanja orang luar macam saya makan besar, hehe.

p/s: Kawe make budu gak. :)

shatooman said...

betol tu fira.. kalu semua penyokong macam tu kan elok.. habis game, dtg bersalam.. nk gaduh2 apa yg dapat? orang yang dok main bola ok je, penonton plak nak gaduh2 sampai masuk hospital..

shatooman said...
This comment has been removed by the author.