Pages

Monday, October 18, 2010

celcom is suck?

pagi-pagi buta lagi telepon buruk aku mengeluarkan bunyi... tanda mesej baru masuk..  aku pon dengan malasnya terpaksa la baca jugak, mana la tahu ada emergency kes ke...sekali aku tengok paparan mesej yang bertulis sedemikian...


nombor prabayar anda akan ditamatkan dalam masa 10 HARI. Sila tambah nilai sebelum nombor anda ditamatkan & baki kredit dilupuskan. info: www.xpax.com.my.


celcom nak tamatkan pendaftaran aku?? hurm~ dah dekat 2 bulan ke aku tak top up?? pape pon.. suka hati ko la encik celcom.. aku tak kesah pon.lagipon aku bukannya guna sangat ngan nombor celcom tu sebab aku selalu guna nombor MAXIS je.. dah lebih 8 tahun aku pakai nombor MAXIS tu.. nombor celcom baru 4 tahun. 

aku bukannya taknak top up wahai encik celcom... kamu mengaku kadar panggilan yang diberikan adalah pada tahap terendah.. tapi aku tak pernah rasa pon membuat panggilan ngan nombor celcom tu murah. tapi semua tu aku tak kesah sangat..yang paling aku betol2 sakit hati ialah setiap kali aku top up, mesti kena potong 3 hengget... aku pon heran jugak. padahal x de pon aku daftar atau langgan apa2 ngan nombor telepon aku. kalu sbulan skali tak pe la jugak ko nak rembat kredit aku... tak la aku perasan sangat.. tapi kalu dah setiap kali top up, kena tolak 3 hengget, sape tak hangin wahai encik celcom..kalu setiap hari top up, maka setiap hari la aku kehilangan 3 hengget secara percuma. 3 hengget sehari, kalu aku top up sebulan, maknanya dah sembilan puluh ringgit sahaja, aku hilang tanpa diguna.. otok wehh...

Ingin aku nyatakan disini.. sepanjang pengalaman aku menggunakan celcom, tak pernah lagi aku betul2 berasa puas hati..langsung tak de perkara yang boleh menarik minat aku. aku daftar nombor celcom tu pon pasal family aku ramai yang pakai celcom.. sebab taknak rasa tersisih dan janggal dikalangan family, aku terpaksa guna celcom.. kalu berbanding dengan MAXIS, walaupon kadang2 kadar panggilan dia mahal, kadang2 jadi murah, aku x kesah.. sebab aku tahu mesej dia tetap 1sen dan ke rangkain lain 5 sen..yang paling penting, dia tak pernah potong kredit aku apabila aku top up.. ;p

MAXIS boleh siap bagi panggilan percuma selama seminggu ke semua nombor MAXIS bila hari jadi... celcom?? masa besday, bagi panggilan percuma selama sehari je.. tu pon terhad kepada nombor 8 pax..dah la time besday aku slalu jatuh pada hari cuti.. nombor 8pax pulak semua nombor family.. kalu dah cuti, sah-sah la family semua ada kat rumah. Dah tu?? aku nak call adik beradik aku, mak ayah aku yang dok dalam satu rumah? cth scene yg akan berlaku : aku tepon adik aku yang dok kat sbelah.." Hello, wei.. ko tolong ambik remote tv tu.. tukar siaran TV3. boring aku tengok RTM..." adik aku yang dok kat sbelah pon menjawab kat telefon beliau," Ah.. malas la.. ko telefon la abah. suruh abah kat depan aku ni yang ambik remote.."

dah la pengalaman ngan celcom berukband pon teruk.. aku tunggu punya tunggu, bulan ketiga baru sampai bil..untuk 3 bulan skali gus..dia dah potong siap, baru bil nak sampai.. ayah aku nak pergi bayar, aku tak bagi.. biarkan je la.. dah dia yang tak hantar bil kenapa??  ingat aku tak leh hidup kalu tak pakai celcom? banyak lagi la benda lain aku boleh pakai.. ni aku nak wat perbandingan kepada celcom... kalo DiGi, panggilan dia memang gila khinzir punya murah.. MAXIS memang best kalu berSMS lucah dan MMS.. hadiah hari jadi memang terbaik.... kalo pasal internet, streamyx la pilihan terbaik (walaupon kadang2 sakit hati bila kabel telepon kawasan rumah aku kena curi ngan Ali baba dan 40 penyamun).. so, apa kelebihan celcom?? hanya gah pada iklan semata-mata....

Pagi-pagi dah buat aku berleter.. kalu boleh, ingin saje aku teruskan sesi memaki hamun disini..tapi apakan daya, ruangan ni pon disediakan secara percuma oleh blogspot.. tak leh la aku gunakan medan yang disediakan oleh blogspot ni untuk terus mengutuk encik celcom.. kalu aku pakai domain sendiri nanti siap la ko.. kurang2 pon 5-6 jam aku membebel...






p/s : terasa macam nak pakai Happy la plak.. mana tahu aku akan bertambah happy kalu pakai rangkaian tu..



9 Orang mengumpat:

kucheng jalanan said...

baru tau ke?

diana said...

akak dulu pun pakai celcom..
masalah sama la macam kamu..
celcom ke celcom pun mahal..'ni kan pulak ke no lain..
lagi la mahal..
sekarang pakai maxis..rm2 boleh cakap setengah jam..(maxis ke maxis).
dulu pakai celcom rm2 boleh cakap tak sampai 5 minit..(celcom ke celcom)

mia said...

ahahhahaa..dialog anak branak tu xbole belah..lawakk gileee

+dieabella+ said...

btol geram nih..aku pon gune clcm+ mxs..n clcm tuh jap jek aku gune..mxs aku gune da 6taun da..aku puas ati jek..skang nih da de youth club..call pon murah da..kredit pon da x xpired da..hehe..hidup maxis!=p

shatooman said...

kucheng : dh lama tahu.. hari ni baru terluah sbb dh x tahan.

diana: ye kak, mmg maxis jauh lbh murah. dulu siap blh call free dr 12mlm smpai 12 tgh.. tu baru syokk..

mia: tu la yg akan terjadi bila tiba besday.. xguna kan rugi. sehari je kot..terhad kpd 8pax.

dieabella: tol tu..maxis ada youth club.. kredit nk expired pon lmbat lg.. bertahun-tahun.

niesh™ said...

celcom smenjak kblakangan ni mmg tak memuaskan , kdg2 call tak msuk la, msg tak dpat la. mcm2 la. broadband celcom takpayah ckp la. nak tgk yt pun kalau nsb bgs je.

shatooman said...

niesh: ada jugak member yg komplen mcm tu... sy br tahu smalam.. rupa2nya celcom tu akronim bagi CELaka COMunication...

Cik Su said...

uiii..marah btoi nie..memang la..line celcom dah teruk gila..

shatooman said...

cik su : sape x marah kalu dh kena potong kredit rm3 setiap kali top up