Pages

Sunday, October 24, 2010

Mencari Identiti Blogger Yang Hilang

Aku kena tag?? aduss... kenapa la aku jugak yang kena jadi mangsa tag oleh Cik Dudu... papepon, thank sebab tu maknanya ada juga orang yang ingat kat aku~ setelah aku meneliti list nama yang menjadi mangsa tag oleh dudu, aku agak kurang percaya tu nama aku.. walaupon memang aku yakin tak de orang lain yang guna nickname aku. tapi setelah bukak link dari list nama tu, sah la yang kuar tu blog aku~  

Yang aku rasa macam nak nangis bukan apa... tengok tag tu,' Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged.' Mak kau!!! 25 things nak kena bagitau.. pastu bagi pulak 25 list mangsa tag seterusnya..sob..sobb..(menangis dah kuar hingus aku nak pikir). matilah, banyak rahsia akan terbongkar la gini..



ok, aku tak nak la menghampakan sesiapa yang berharap.. aku nak start bongkar dah perihal peribadi aku ni.. sesiapa yang nak kenal ngan aku, boleh la baca...




Nombor satu. nama penuh aku Md. Shareeman Fahmi bin Mokhatar. orang kat kampung (Kelantan) panggil aku Mae, kalu di KL orang panggil Man, Kalu kat 'U' orang panggil aku Man Dragon (aku pon tak tahu mana datangnya dragon tu..). dalam alam internet, aku guna  nama Shatooman. Nama ni aku main hentam je letak.. tapi rasa best plak pakai nama ni~

Nombor dua. Aku diberanakkan oleh mak aku pada hari ke dua puluh lapan dalam bulan mei pada tahun sembilan belas lapan puluh enam, bersamaan tahun rimau kalu ikut kelendar cina. maknanya aku ni berbintang gemini. 

Yang ketiga. Paling suka warna biru. sebab masa skolah rendah dulu aku dok dalam rumah sukan biru. memang obses gila ngan warna biru tapi bukan kepada cerita biru...(berlagak suci la kononnya...pptuuiih!!!)

keempat pulak. masa skolah dulu badan aku taff.. bukan gemook  mcm skrg.. percayalah~

lima. Aku tak suka tinggal dibandar lebih2 lagi macam KL.. jem teruk, sampai otak aku pon jem.. lebih suka suasana kampung. Akukan budak kampung...

nombor enam. bahagian anggota badan ayam yang menjadi kegemaran aku ialah kepak / sayap.. dada ayam aku tak suka. tapi dada pompuan lain kira~ (aku lelaki normal..harap paham)

baru nombor tujuh ke?? hobi aku ialah melukis, membaca, berderat (merayau-rayau tanpa tujuan)

yang kelapan. aku suka minum nescafe beng atau lebih dikenal sebagai nescafe ais ataupun nescafe sejuk atau nescafe campur air batu.

sembilan. berpengalaman dalam kerja2 berat seperti buruh kilang kayu, tukang rumah, kilang batik, berniaga, tido (jadi pak guard, mmg keje tido je)

nombor sepuluh. aku pandai masak burger, nasi ayam, telur dadar, nasi goreng dan jerang air di dapur.

sebelas pulak. aku hanya bersekolah tadika selama satu hari sahaja.. dah siap daftar, beli baju, last2 tak mau pergi.. punyalah mengamuk mak ayah aku~ sekarang baru aku nyesal bila x pergi tadika.. member2 semua cerita pasal kenangan masa tadika. tapi aku takde kenangan pada masa tu..

twelve. aku anak ke empat dari tujuh orang adik beradik. maknanya aku anak yang tengah. adik beradik aku semua lelaki, sebab tu aku memang tak leh nak memahami orang pompuan sebab aku tak pernah rapat dengan pompuan.

tiga belas. aku fasih berbahasa melayu dan loghat kelantan. bulih juga loghat sabah sebab aku suka kawan sama urang sabah. kakak ipar pun urang sabah ni~ english aku berterabur... bahasa siam tahu 2 ayat je.. bahasa jerman aku tak tahu langsung..

empat belas dah.. minat gila ngan band Paramore. satu-satunya band omputeh yang aku minat. linkin park dulu minat skit-skit..

nombor lima belas. aku hanya memakai henset nokia dari dulu sampai sekarang. walaupun dah tukar banyak kali, tak pernah lagi pakai henset jenama lain.. 

enam belas. pernah bercinta beruk masa zaman skolah iaitu semasa zaman baru lepas aqil baligh.. pernah mengecewakan dan pernah dikecewakan.. sekarang ni solo je.. aku pun tak tahu sebab apa.. mungkin masih sayang pada yang lama.. mungkin juga aku dah serik untuk bercinta, yang pasti hati aku belum terbuka untuk sesiapa.. jadi sesiapa yang nak mencuba nasib, boleh apply borang ngan aku.. tarikh tutup ialah sebelum aku declare aku in relationship.

tujuh belas. sukan paling aku tak suka ialah bola sepak.. macam orang bodoh je main rebut-rebut bola.. pastu bergaduh. paling tak tahan tengok bola kat malaysia. dah la main ntah apa-apa.. bergaduh je lebih..yang aku heran, kalu dah panas kenapa tak tumbuk je pengadil yang tak adil? ni tak puas hati ngan pengadil, g tumbuk pihak lawan.kenapa tak tumbuk pengadil? kenapa? kenapa?

nombor lapan belas. aku selalu perasan hensem walaupun aku tahu hakikatnya aku tak hensem.

yang ke sembilan belas. suka main game terutamanya game online macam Tales of Pirate (TOP).

dua puluh. Aku masih suci yakni belum hilang teruna.. aku paling tak suka menyentuh pompuan bukan muhrim  walaupon terasa teringin berbuat begitu. (Aku bukan gay!!!) 

dua puluh satu. aku blajar kat UM ambik sarjana muda sains sukan dan belum abis lagi.. insyallah abis la tahun depan.

dua puluh campur dua. Aku seorang yang rabun IT. nak kata buta tu tak la jugak.. tahu skit2 je la. kalu buta, tak de la blog ni plak..

dua puluh tiga dah. dulu bercita-cita nak jadi cikgu. gila2 bermimpi nak masuk UPSI. tapi tak tercapai jugak impian aku. nak sambung wat pendidikan pasni rasa tak larat dah kot.. lagipon aku nak jadi cikgu BM.

dua puluh empat. Aku tak suka meniru masa exam. kalu tak dapat jawab, try goreng.. kalu takde idea, lantak la hantar kertas kosong pon... exam itu untuk menguji kemampuan kita. kalu meniru or bawak toyol, macam mana nak tahu kemampuan sendiri.. kalu tak leh jawab tu, mengaku je la yang kita tak mampu. assigment lain la.. plagiat memang tak leh dielakkan.. xD

last dah, yang ke dua puluh lima.. Aku pandai baca doa makan dan doa masuk tandas.. korang pandai tak??

ni aku bagi bonus la satu lagi.. 26. masa aku kecik dulu aku suka nangis.. mak aku memang pening ngan perangai aku. abang2 aku dulu kalu menangis mesti kena pukul ngan hanger or tali pinggang. terus senyap...tapi kalu aku nangis mak aku mesti pujuk2.. kalu dia pukul makin kuat la aku nangis.. ;p





akhirnya siap jugak aku tulis menatang ni~siap bagi bonus lagi tu.ok, sekarang masa untuk aku pulak yang mencari mangsa..hehehehe~ kepada mereka2 yang terkena harap maaf. aku pon dah kena.. pandai2 la korang jawab ye..aku ulang lagi ayat yang cik dudu bagitau berkenaan syarat2 nya..

Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. if i tag u  because i want to know more about u..

MANGSA-MANGSANYA IALAH

MASHIMARO
MINGMING
PUJANGGA
BISKUT CHIPMORE
LYDIA MIZA
BLUR
NORGADIS
NISA

*Sori le.. x cukup mangsa2 yang dilistkan... x tau dah den nak lotak sapo eh.. kepada yang tersenarai tu, silalah jawab ngan ikhlas ye... ada dikalangan mangsa pernah kena tag dah sebelum ni, jadi kepada yang pernah jawab dah tag ni sebelum ni, suka hati korang la nak jawab balik ke taknak~  aku tahu korang pernah jawab tapi aku tag jugak sebab aku 'like' ngan blog korang.. 

papepon, kepada sesiapa yang selalu melawat kat blog aku, tapi aku tak ingat nak tag tu aku mintak maaf bebanyak.. aku tak leh nak berpikir dah masa menulis ni pasal mengantuk gila... dah 3,4 kali tertido masa menaip entry untuk tag ni..akhir kata, I LUV YOU ALL...






7 Orang mengumpat:

MingMing said...

alamak....waaa...manyak tuuu...huhu..pepun..thx tag..huhu..tggu free t wat.^^

missSenget said...

yg no 6 tu same laa kite..hahhaa...

eh...klu org da wat bnda ni, kene wat lg x ek?? org masukkan nama shatoman je k? ;)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam..tq tag akak...akak dah pernah kena tag dgn encikmamat dan rongak dulu.Tapi ada masa akak jwb lagi ok,sbb ramai gak tag akak semula,sbb rasa rapat dan ingin kenal lebih lagi ngan akak.

mia said...

hahahaa...thanks la ek mr md. shareeman fahmi bin mokhatar

shatooman said...

mingming : jawab ye.. sy pon dh kena. kena la merasa skit sorang~ ekekeke

miss senget :nombor 6 tu pasal ayam ke pasal pompuan? mana blh masukkan nama sy sorang.. kena adil tau ;p

LM : pernah baca yg akak buat dulu. saje nk tag lg~ mmg rasa suka kawan ngan akak. x rasa kekok pon.suka hati la akak nak jawab lg ke x.. ^^

mia: hahaha..jawab ye mia~

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

Nak anta borang boleh?

hakhak

shatooman said...

GKSB: kena wat proposal dulu..dh lulus baru blh bagi borang.. wakakaka