Pages

Friday, October 29, 2010

Akhirnya, aku pergi jua...

Akhirnya aku telah berjaya memperolehi tiket untuk perlawanan final piala Malaysia diantara Kelantan dengan Negeri Sembilan… Bapak susah nak dapat tiket ni..al-maklumlah, percuma..ekekeke~ mula2 aku tengok ada offer tiket percuma bagi warga Kelantan yang berdaftar bagi parlimen Tanah Merah.. Aku tak ambik pott pon pasal bola sepak ni. Bukan aku minat sukan bola sepak.. Lepas tu dapat lagi offer tiket dari Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (PERMATA).. Aku baru je berdaftar sebagai ahli baru-baru ni. Dah dapat 2 offer tiket bola sepak. Aku still tak ambik kisah.. walaupon pasukan negeri Kelantan memang gila-gila punya supporter, aku tak hingin pon nak join.. dah la kena bersesak-sesak.. silap hari bulan ada rusuhan plak..Papepon aku harap semuannya ok…

Tapi tetiba kelmarin aku chit chat ngan mat 6,member aku dari skolah rendah lagi.. beliau dengan penuh kegersangan kata nak pergi tengok perlawanan bola sepak nanti. Dok ajak2 aku lagi.. aku pon apa lagi, dah ada lubang nak dapat tiket free, terus je aku call geng UMNO kat tanah merah. Call berpuluh kali tetap tak berangkat.. aish~ memang macam ni la bila berdepan dengan orang politik.. time bercakap, siap siar dalam surat kabar.. tapi bila dicari, hilang entah kemana… ah, tak pe.. ada lagi lubang kedua, PERMATA  (padahal bawah parti politik jugak).. politik tak politik aku dah tak kira, janji benda free, aku rembat..kalu aku tak rembat, orang lain yang sebat… skali call, terus dapat.. set time untuk dating~

Akhirnya aku berjaya memperoleh pas (bukan parti politik) untuk memasuki stadium nasional bukit jalil.. untuk makluman, ini adalah kali pertama aku akan menyaksikan perlawanan bola sepak secara bertiket. tu pon free.. kalu nak beli, sori derr… dah la sukan yang aku tak minat, kalu sampai nak beli tiket, katok (pukul) sampai mati pon aku tak beli… nak pergi ni pon pasal nak suka2 ngan member je.. tapi teruja tu tetap ada la skit2.. ye la, pasukan Kelantan sebelum ni tak pernah pon sampai tahap macam ni. Tetiba naik dengan mendadak.. ada jugak la nafsu aku untuk tengok persembahan diorang.

Menang kalah tu adat pertandingan. Aku tak kisah pon dengan keputusan.. apa-apa pertandingan pon aku tak pernah ambik kisah dengan keputusan. Yang penting buat yang terbaik. Jangan nak harapkan menang.. biasanya kalu kita dah buat yang terbaik, insyaallah la akan menang. Kalu terlalu inginkan menang, bila dah kalah memang la akan frust gila2.. aku pergi nanti, aku nak tengok persembahan yang terbaik. Persembahan yang menarik tu la mutu permainan. Kalu kalah pon tak pe, janji puas hati sebab tu adalah kemampuan kita sebab kita dah buat yang terbaik.

Aku harap takde la kejadian yang tak diingini berlaku nanti.. aku memang paling benci bila tengok orang bergaduh dan merusuh.. jangan sampai aku pon bergaduh sama.. kan tak pasal2 aku masuk hospital.. korang masuk hospital lantak la korang yang sakit. Kalu aku yang sakit macam mana? Padan muka aku la.. kalu bergaduh, aku yang menang tak pe la jugak  (>.<)




p/s: rasa-rasanya baru ni je aku dah pergi ke bukit jalil… hurm~


6 Orang mengumpat:

Ramdan said...

sokong mane...:)

shatooman said...

orang klantan sah2 la sokong klantan~ ^^

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Jaga diri....risau perlawanan mcm ni takut2 ada rusuhan

shatooman said...

trime kasih keprihatinan akak~ kalu dh merusuh tu, baik cabut lari la cepat2.. x guna nak tunggu2..nnt terlibat sama, parah!!!

mia said...

ye btol..ni final..kot la kan pminat nk buat hal..btw, sy pon sokong klate jgk..hahaa

shatooman said...

gomo klate gomo..hahahaha