hoh~ baru-baru ni aku betul terkejut tgk statistik penggunaan pesbuk yang makin menjadi kegilaan ramai manusia skarang ni.. memang betul2 tak sangka pesbuk yang dibuat oleh yahudi ni mendapat tempat paling tinggi bagi laman sosial pilihan rakyat Malaysia..dah separuh rakyat Malaysia aktif berpesbuk dan hal yang paling hebat, Malaysia antara negara yang top berpesbuk..
Negara paling ramai pengguna pesbuk ialah US.. tak pelik la sebab memang besar gila kot amareka.. lagipon menatang pesbuk ni memang berasal dari sana. Indonesia pon antara negara yang paling ramai pengguna pesbuk. ye la, negara diorang pon besar berkali-kali ganda dari Malaysia.. walaupon jumlah rakyat Malaysia kurang hampir 300juta berbanding Indonesia, tapi pengguna pesbuk di Malaysia mencatatkan hanya di bawah Indonesia je..
Yang paling hebat, Malaysia merupakan negara nombor satu yang paling aktif menggunakan pesbuk dengan kadar berchatting melalui pesbuk ialah 9jam seminggu setiap orang. OMak KaU!!!~ walaupon negara kecil, tapi rakyat Malaysia dah mendahului amareka dan indonesia dalam kadar peggunaan pesbuk.. tahniah kepada rakyat Malaysia kerana sudah terbukti bahawa orang Malaysia memang takde kerja lain selain dok berpesbuk kan?? cuba tengok orang2 yang bekerja pon slalu on je pesbuk mereka lebih2 lagi yang kerja goverment~ tapi ni jugak membuktikan rakyat malaysia sudah ramai yang celik IT. dah pandai main pesbuk ni, kira hebat la... boleh lagi menambahkan sikap dan amalan suka membaca walaupon kerap membaca status yang di post teman2.. kadang2 ada jugak manusia yang suka post benda2 ilmu ni.. kiranya membaca post orang pon boleh memberikan ilmu kepada kita.
tapi kenapa harus obses gila ngan pesbuk ni? kenapa harus jugak sokong produk yahudi ni? sesungguhnya kita hanya mampu bersuara tanpa ada tindakan.. bila israel menyerang lagi, ada lagi bunyi boikot2 barang yahudi.. tapi takde pon yang betol2 boikot.. still jgk g beli barang buatan yahudi. guna produk yahudi.. aku sendiri pon susah nak boikot2 barang ni,yang aku mampu hanyalah boikot coca-cola. tapi kena tahu, KFC malaysia bukan milik yahudi. Jcorp telah beli ye.. jangan boikot KFC malaysia. berbalik kepada pesbuk, kenapa kita harus pilih pesbuk?kita kan dah ada mai pren tu yu... frenster pon syarikat dari malaysia dah beli. tapi kenapa orang malaysia tak leh guna barangan milik kita? macam jepon, diorang x pakai pesbuk sebab diorang ada mixi. kalu aku sendiri pon, aku hanya mampu untuk jawab, benda alah tu tak menarik. berat.. itulah sebab aku dah tak pakai frenster..lagipon x de orang yang buka. kalu aku buka dan online frenster sorang2, x ke aku ni macam orang gila?? aku post, aku sendiri yang komen post aku.. pastu aku 'like' post sendiri.. aku komen sendiri lagi.. eh, macam tu baik aku g jalan2 kat mid valley dari habiskan masa macam tu. pergi mid valley boleh jugak usha aweks~
apa kata kita pakat2 bebalik kepada frenster? cam 4,5 tahun lepas, frenster memang menjadi kegilaan budak2 muda remaja.. sejak muncul pesbuk,habis semua golongan tak kira bayi, kanak2, budak2, remaja, dewasa, orang tua, yang kerepot, semua nak buat pesbuk..pandai2 la gunakan pesbuk. jangan sampai merosakkan diri sendiri sudah...AMARAN!! jangan sesekali letak maklumat sebenar korang kat pesbuk.. sebabnya diorang akan ekspoitasi maklumat korang tu. skali korang dah tulis, tak guna dah kalu nak edit balik pon.. maklumat tu diorang dah simpan..kepada yang dah bagi identiti sbenar dengan maklumat yang betol tu, nasib korang le.. memang lahanat punya yahudi.. korang perasan tak kat pesbuk, takde tempat untuk korang delete acc.. yang ada hanya deactivate acc je..hurm~ pikir2 kan...
p/s: kalu nak main pesbuk, pandai2 la mengeksploitasi pesbuk ni untuk kejayaan kita.. jangan kita di eksploitasi oleh yahudi dengan pesbuk...
Pages
Sunday, October 31, 2010
Semuanya milik daku
bicaralah dikau akan diriku
katakanlah semuanya aku
pencopet, perampok itu aku
pelawak, penyair itu aku
perusuh, penghapus itu aku
pangeran perang itu namaku
kenapa dikeji sang mentari
tidak juga dipuji kelamnya langit
bukankah indah jika berseli
pastikan ada warna dan warni
biarkan kita berlari lari
didasar laut belahan pelangi
akulah raja alam ini
namun ku hanya ditolak tersungkur ke tepi
lihat pantai, lalu ku berlari
ku lihat padang lalu ku berlari
ku terkelana dihutan lalu ku berlari
biarkan aku begini
kerana kamu takkan mampu memahami
diriku lembah, hatiku gunung
semangatku akar, jiwaku bayu
sekam itu biar disitu
usah ia kamu ganggu
kerna kelak binasa usiamu
biarkan aku bergari
tinggalkan daku terbelengu
kerna aku pembawa binasa
ilham dari nusa buta
p/s: tetiba aku melalut ni pehal?makna?? korang cuba cari kat google map la.. aku pon tak tahu pebenda aku bgtau ni..

Subscribe to:
Posts (Atom)