Pages

Friday, December 10, 2010

Bukan mutiara

Pergh!! sejuk gila dok kat kampung. Hujan tak henti-henti.. lebat lagi tu.. bila tengok hujan, teringat lagu Allahyarham Sudirman, "hujan yang turun, bagaikan mutiara, bersinar berkilau berkerdipan"... tapi kalu dah hujan lebat, ribut-ribut, ni bukan mutiara dah.. batu jalan dh kot~ tapi rasa syukur perlu ada. hujan tu rahmat tuhan. 

Nak ikutkan kehendak manusia, semua tak pernah kena. Cuaca panas, dok mengeluh kata tak hujan. Bila hujan mencurah dari langit, mintak nak panas pulak.. tak boleh nak menoreh lah, tembakau mati la, itik lemas la..er..itik boleh lemas ke? Apa pon keadaan, manusia takkan puas.. bila miskin, nak jadi kaya.. bila dah kaya, nak lagi kaya.  bila dah lagi kaya, nak lagi-lagi kaya..tapi bila dah senang tak pula nak ingat kat Tuhan. 

Begitulah lumrah manusia. duniawi kini menjadi buruan. ramai yang mengaku cintakan akhirat. tapi masih mencari harta di dunia.. para sahabat dahulu menghabiskan semua harta kerana agama. manusia kini mengejar harta untuk meneruskan kehidupan dunia. Saidina Uthman usahawan gemilang, tapi akhirnya hidup dalam kedaifan.. zaman kini, jangan harap nak memberi kalu tiada surat khabar dan media yang ambik gambar.."Hmm.. saya nak menderma kat anak-anak yatim ni. Ni cek saya spuloh ribu.. ambik gambar ye..  cepat ckit, lenguh nak pegang cek ni.." ceh, macam tu punya derma pon ada ka? Nabi dah pesan kalu nak menderma ngan tangan kanan, kalu boleh biar tangan kiri tak tahu.. baru tangan sendiri..apatah lagi orang lain.. renung-renungkan~

 p/s: apa benda aku meroyan ni? dari bab hujan tetiba masuk bab menderma.. (>.<)

Thursday, December 9, 2010

Hari Ini

Alhamdulillah.. akhirnya selamat juga aku sampai kat kampung halaman terchenta... huhuhu~ sampai rumah, terus je on  komputer. Sementara menunggu waktu subuh, baik aku bukak belog kesayangan ni dulu. mata pon ngantuk gila babi dah ni. terpaksa menahan la alang-alang subuh dah tak lama dah nak menjelma.. nanti baru tido~ 

Perancangan hari pertama aku di kampung ni, pagi ni tido dulu..har..har.har..harun... bangun tengah hari, gi smayang Jumaat..eh, aku masih dalam status musafir. tak pergi smayang Jumaat pon takpe..kan?kan? tapi aku kan budak baik..mesti kena pergi. kalu tak, dapat makan batang penyapu free la dari mak aku.. (-_-;)

Balik je Smayang Jumaat, mengikut jadual yang diatur dalam kepala otak aku ni, aku kena pergi rumah member aku sambil round2 kampung.. pastu nak pergi lawan PS2 ngan member sorang lagi. Dah berkali-kali dok telefon aku, katanya tak puas hati aku asyik menang je sebelum ni.. ahaks~ mau lawan sama orang berpengalaman.. ni gamer sejati la.. hari-hari koje main game je..

ok, orang dah azan subuh.. aku nak smayang pastu tido. tak tahan dah ni.. tak sempat nak bw.. maaf ye pada kawan-kawan semua.nanti ada masa aku akan balas kehadiran korang kesini.. Insyaallah..