Pages

Thursday, September 30, 2010

Ketawa dengan mudah

Dalam keboringan malam, aku cuba la usha2 kat mudah.my. sesaje nak tengok barang2 yang menjadi penawaran  oleh masyarakat skarang ni.. Dalam tengah mengusha tu, tetiba plak aku tergelak... senak dowh perot... x tahan tengok kerenah manusia skarang ni.. hehehe~ entah la nak melawak ke apa.. tapi nampak ada yang macam serius.. cuba tengok gamabr yang di print screen oleh aku ni...sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas..





yang ni memang dia serius punya.. x la main2.. yang nak tergelak pasal harga rm 3. aku rasa, kredit nak call dia pon lebih mahal lagi.. tapi, ye la.. rm3 satu.. kalo seratus, dah rm300..



yang ni memang lawak... ada ke nak jual kiwi kasut rm4. kalu jual banyak cam benih pokok tu x pe la jugak.. ni nak jual sebijik tu je.. adeh..adeh.. makin senak perot aku ketawa...




yang ni pon x leh tahan nak gelak... lot banglo dengan harga rm1. wahahahah.. murah gila lot banglo ni.. kalo fotostat pelan blh la terima kot rm1. tapi ni mesti kes salah typing ni.. x tau la kot2 nak memain saje ke...





yang ni memang paling aku x leh nak tahan gelak.. kaw2 aku punya gelak macam dah kena rasuk hantu pontianak harum sundal malam. ntah la bengong ke, memang terdesak duit ke, mat pit ke, aku x tau la.. sampai majalah mingguan wanita pon nak di jual.. harga rm1.. memang ko la johan harga termurah di mudah.my.




Aku bukan berniat nak menghina apa yang orang jual kat mudah.my tu.. just terasa kelakar kot, sampai benda harga 'sehengget' pon nak jual..kalo yang berpekdah tu macam benih pokok ke, makanan ke, ok lagi.. sampaikan majalah, kiwi pon nak jual.. seunit je plak tu.. nak beli plak kena call. aku rasa memang sah2 la kredit tepon yang abis tu lebih mahal dari harga benda yang nak di beli tu. Tapi bagus jugak la ada benda2 macam gini.. baru x boring kalu bukak mudah.my... boleh ketawa2.. hidup mesti gembira~ ^^

Thursday, September 23, 2010

Sultan Muhammad ke-V

Setelah dimasyurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September lalu, Tuanku Muhammad Faris Petra telahpun berkenan menggunakan nama gelaran Sultan Muhammad ke-V dalam semua urusan yang membabitkan nama Baginda. Penggunaan nama tu jugak dikatakan mengambil keberkatan bersempena nama nenek moyang Baginda, Sultan Kelantan yang terdahulu.

Sebenarnya aku amat kagum dengan Sultan Muhammad ke-V (Tuanku Faris Petra). Ye lah, baginda antara  putera sultan yang berpelajaran tinggi, selain Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak.. Tambah lagi, Baginda ni suka bergaul dengan rakyat dan selalu berdamping dengan para alim ulama. Sumpah aku x pernah tengok Sultan lain pernah jadi imam dalam solat selain Sultan Muhammad ke-V. Bukan aku kata x de Sultan lain pernah jadi imam, cuma aku x pernah dengar dan nampak... tu baru contoh betul nak jadi Sultan. Sultan kan ketua agama negeri. Sepatutnya ketua agama la yang patut mengimamkan solat kepada rakyat jelata. Tengok kisah pada zaman Nabi Muhammad dan Khalifah ar-rasyidin. Mereka sebagai pemimpin rakyat dan mereka juga yang jadi imam. Masa Raya Haji tahun lepas pon, Sultan Muhammad ke-V sendiri yang sembelih lembu korban untuk disedekahkan kepada rakyat. Sesungguhnya aku bangga menjadi rakyat di bawah naungan Tuanku. Daulat Tuanku..... eh silap.. Baginda Tuanku Muhammad ke-V telah membawa perubahan baru dimana penggunaan daulat tuanku telah ditukarkan kepada Allahuakhbar...  kalau difikirkan, penggunaan kalimah Allahuakhbar dilihat sinonim dengan Parti Islam SeMalaya (PAS). Tapi Baginda telah jelaskan pendirian baginda adalah berkecuali dari politik. Hanya apa yang difikirkan baik, baginda akan perkenankan..
Allahuakhbar..


 

Lanjutkan usia Al-Sultan kami,
Sultan Kelantan Raja Ikrami,
aman sentosa Tuhan sirami,
kekal memerintah kami.

Kasih dan taat setia di sembahkan,
keriangan diucapkan,
segala kebesaran Allah cucurkan,
bertambah kemuliaan...



Wednesday, September 22, 2010

Skodeng...

Korang tak rasa pelik ke tengok kereta ni? ye lah.. dok parking kat ladang tebu tu apa pasal pe... Skali tengok memang aku syak kereta ni di parking di tempat sunyi ni tentu bersebab. tengok nombor pendaftaran pon dah pakai nombor kereta siam. korang nak skodeng x apa yang ada kat kereta ni?? jom..jom.. 














korang nampak x apa yang aku nampak?? sangat tepat firasat aku... memang ada sesuatu yang x elok berlaku kat kereta ni. Apa?? korang x nampak lagi? ok..ok.. kita g lebih dekat lagi.














sekarang korang dah nampak x? kerja terkutuk ni memang sesuai dilakukan atas kereta yang di parking dalam ladang ni. x de gangguan la katakan.... meh kita g lebih dekat lagi. Zoom..zoom...














Jom sergah mereka.... woi... korang buat apa tu hah?? dasar x bermoral.. dok buat kerja terkutuk gini. ko ingat orang x nampak ke apa yang korang buat hah?? perbuatan macam korang ni la yang jadi banyak kes buang bayi sekarang ni... Aikk~ depa buat dont know je... 











Apa? korang dah kawin?? ehehehe... sori2 mengganggu ketenteraman rumah tangga korang... kalo ye pon, cari la bilik sewa murah2.. jangan main lepas kat tempat public mcm ni je.. malu la orang tengok...





Tuesday, September 21, 2010

Filem melayu tak de kualiti?

Selama ni, masyarakat kita sering mengeluh dengan filem tempatan.. macam2 dok kata. cerita tak menarik la, kualiti x de la,  komedi pon slapstik la.. semua tu ada kebenarannya. memang x leh dinafikan filem di Malaysia   langsung x menarik. jadi jangan salahkan masyarakat sekiranya x nak tonton filem tempatan. masyarakat lebih suka tengok criter dari Hollywood. sebab apa filem melayu x de kualiti?? sah2 la sebab criter pon x menarik. tambah lagi produser x nak kuar modal banyak.. takut rugi ke hape, x tau la aku.. yang aku tahu, produser kat Malaysia ni ramai jugak yang kaya raya...kalau modal pon skit, untung pon dapat skit je la.. buat filem harga 700k, 800k dah kira mahal... filem omputeh, modal sampai berbillion..tapi untung dapat berkali ganda.

Tapi aku rasa trend filem bermodal rendah ni akan tamat x lama lagi... dah terbukti anak tempatan pon boleh buat filem bertaraf antarabangsa dah sekarang ni. contohnya macam filem terbitan KRU yang terbaru, hikayat merong mahawangsa. KRU dah mula jadi pelopor filem berkualiti tinggi di Malaysia ni dengan modal berapa juta entah.. aku pon lupa. penggunaan teknik CGI pon dah makin mantap sekarang ni. Masa criter cicakman dulu, teknik CGI masih dikatakan di tahap rendah. namun dari trailer criter merong mahawangsa yang aku tengok ni memang nampak  kesan yang memberangsangkan.

kalau tak silap aku, filem ni dah diterima di lebih 30 buah negara. kalau x sampai 30 tu maknanya aku silap la. tengok trailer pon, fuuhhh... meremang bulu hidung aku. menarik gile... ntah bila la filem ni nak di tayangkan. tak sabar dah aku tunggu ni.. harap2 criter pon menarik la. Jangan harap trailer je tahap cybercop, tapi criter mcm roti arab... kompem aku menyumpah 3 hari 5 malam...


merong mahawangsa, mitos masyarakat melayu...

Monday, September 20, 2010

Warning : visiting this site may harm your computer

Sebagai pengguna browser Google Chrome, aku sering jumpa dengan blog2 yang terjangkit virus H1N1 . Memang menyakitkan hati bila blog2 yang slalu aku layan pon x leh di buka. Banyak gila blog yang x leh aku baca. Tapi ok jugak la dari menjahanamkan lappy aku ni.. dah la baru format je beberapa minggu lepas. Tapi tanpa aku sangka, kelmarin blog aku pon menerima nasib yang sama. Bila aku nak bukak blog aku tetiba encik Chrome tunjukkan aku gambar seperti di bawah. Akibat dari paparan tersebut, aku telah mengalami kehausan kerana terlalu banyak menyumpah seranah.


Pak Abu yang berada disebelah aku dikala itu agaknya tension gila mendengar bebelan dan keluhan aku bila mana menyebabkan beliau pon menggunakan khidmat encik google untuk search cara membuang virus dari blog aku. namun begitu, hasilnya agak mengecewakan kerana x jumpa cara yang berkesan.

Akhirnya aku terpaksa meminta bantuan dari programmer peribadi aku yang x bergaji, Amir untuk selesaikan masalah ni. Bila dah bagitau programmer bertauliah ni, masalah dapat diselesaikan x sampai 5 minit pon. silaka~ aku dah nk separuh gila dok pikir..

biasanya virus di blog ni disebarkan dari link blog lain. dari gambar diatas, link yang ditanda merah tu merupakan penyebab virus di blog kita (tanda biru). jadi sila sign in dulu, pastu buang link yang bertanda merah tu dari blog kita... Sekarang aku boleh ber'blog' kembali dengan bebas

Sunday, September 19, 2010

Bulu Ketiak

Ada seorang pakcik yang bernama Pak Din yang sangat kaya.
Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Din dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menyimpan RM1000nya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya...