Hati aku tiba-tiba jadi sayu... terharu sehingga bergenang air mata bila tengok para penyokong bola sepak kat stadium masa perlawanan Kelantan bertemu Kuala Lumpur baru-baru ni. Penonton yang memenuhi stadium masa tu berselawat beramai-ramai ke atas junjungan besar Baginda Rasulullah sempena Maulud Nabi. Suasana hangat yang biasanya melanda stadium bertukar suasana seketika... Sesungguhnya manusia yang paling kedekut ialah orang yang tak dapat nak menyedekahkan selawat keatas baginda Rasulullah s.a.w..
Pages
Showing posts with label SUKAN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN. Show all posts
Wednesday, February 16, 2011
Sunday, January 23, 2011
Kerana beromen...
Macam-macam berita sensasi hari ni... Mula-mula aku nak ucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya menundukkan Taufik Hidayat petang tadi dan mengharumkan nama negara. Badminton perseorangan lelaki je yang syok sikit nak layan.. yang pompuan rasa macam tak nak tengok je . apa taknya, asyik2 China melawan sesama China je.. Hmm, aku dah ada sedikit kebimbangan kerana Malaysia kini dah mula kekurangan pelapis baru untuk sukan badminton. Negara kita antara nama besar dalam arena badminton, tetapi kini dah semakin kekurangan atlet profesional.begitu juga situasi dengan negara jiran, Indonesia. Papepon, pandai-pandai la BAM cari pelapis generasi akan datang...
AUCKLAND: Seorang wanita dilapor separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung akibat gigitan asmara yang dilakukan kekasihnya. Kejadian itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan. Wanita yang yang tidak disebutkan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.
Doktor mengesyaki dia diserang sakit jantung tetapi pada mulanya tidak dapat mengesan puncanya.Mereka kemudian mendapati kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemui punca serangan sakit jantung berkenaan - kerosakan pada pembuluh darah pembentukan darah beku akibat gigitan asmara itu.
Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok. - DM
Kesian pon ada, lucu pon ada.. nak beromen pon kena tahu cara. kan tak pasal-pasal dah kena strok. uiihhh, bahaya juga kesan beromen ni. bukan stakat tengkuk jadi merah, tapi boleh menyebabkan strok. bagi yang belum kawen tu, aku bagi amaran, jangan sesekali nak beromen. kang kena strok baru tau.. bagi yang dah kawen, kalu nak beromen pon, sila hati-hati... jangan dok gelojoh sangat.. buat pelan-pelan suda~ ekekeke
kecik-kecik pon dah pandai cemolot, beromen... haish~

Wednesday, December 1, 2010
Malaysia di ganyang,Indonesia menang..
Huh, baru abis tengok perlawanan bola sepak piala suzuki, Malaysia melawan Indonesia.. Tahniah kepada pasukan Indonesia kerana berjaya menundukkan pasukan Malaysia 5-1. pergh~ nampaknya pasukan Rajagopal ni betul-betul dah tak mampu untuk bersaing dengan negara lain.
Kekalahan demi kekalahan di terima pasukan bola sepak Malaysia semenjak dua menjak ni. Aku bukan minat sangat ngan sukan bola sepak ni. tapi di sebabkan ajakan kawan-kawan nak tengok perlawanan tadi, maka terpaksa je la aku layan.. pada babak awal permainan, pasukan negara masih mampu bermain dengan baik. tapi makin lama, pemain di lihat makin layu.
corak permainan yang konsisten dan teratur pasukan Indonesia patut di puji. berbeza sama sekali dengan pemain Malaysia lebih -lebih lagi di bahagian pertahanan. Bahagian pertahanan pasukan bola sepak Malaysia sangat-sangat mengecewakan.. ibarat aku melihat budak-budak sekolah rendah sedang bermain. Jangan mudah melenting jika di kritik. terimalah hakikat bahawa pasukan bola sepak negara sangat memalukan. cuba terima kritikan dengan pandangan yang positif. ni tidak.. orang bagi komen, skit-skit nak gantung.. skit-skit nak denda..
Aku ada cadangan nak naikkan prestasi pasukan bola sepak Malaysia.. caranya, cuba pompuan Malaysia ni g ejas pemain kat EPL..contohnya biar Nora Danish kawin ngan Messi ke. bagi kerakyatan kat Messi. pastu boleh la Messi main ngan Malaysia. mesti Maradona gila sampai berbogel sebab kehilangan Messi..

Tuesday, October 12, 2010
Masa tengah syok melabur kat jamban (-_-;) (perlu ke aku bagitau??) tetiba aku teringat kata-kata lecturer aku dulu... katanya, ada 3 perkara yang orang suka bercakap kat mana-mana pon. Kalo bercakap pulak mesti kita rasakan kita orang yang paling hebat dan paling tahu tentang benda yang di perkatakan tu... apa benda 3 perkara yang orang suka bercakap tu? siap rasa hebat lagi bila bercakap...
yang pertamanya seks. semua manusia tak kira la lelaki ke, pompuan ke,pondan ke, gay ke, wahlal lesbian skali pon mesti suka bercakap pasal seks.. aku rasa memang tak de manusia yang tak suka pasal seks.. bahkan orang yang dah mati pucuk pon tetap nak berbini sedangkan tahu dia tak mampu nak puaskan isteri.. kalu x minat ngan seks aku tak tahu la apa nak kata... binatang yang tak de akal pon suka ngan seks. mak dia pon dia panjat... ye la x de akal kan.. yang aku heran, manusia yang ada akal pon boleh panjat mak dia.. sampai yang panjat nenek pon ada..astaga~ cuba perhatikan perbualan antara member2, kalo bercakap pasal seks, mesti ada macam-macam pendapat. ada yang kata gini-gitu, buat macam ni la pompuan suka...bla..bla.. doggy style..bla..bla.. gaya 69..bla..bla...lelaki kat bawah..bla..bla.. maria ozawa (jangan kata x kenal...aku lempang kan nanti) sememangnya sesiapa pon suka kalo bercakap pasal seks..
perkara yang kedua orang suka bercakap ialah pasal politik. pergi la kat stesen bas ke, kedai kopi ke, ramai yang suka bercakap pasal politik... tambahan pulak dengan politik negara yang kucar-kacir sekarang ni aku rasa, maka makin banyaklah modal untuk orang berbicara. Najib gini-gini..bla..bla...rokok harga naik..bla..bla... Anwar bla..bla.. liwat..bla..bla... Nik Aziz bla..bla...mencarut..bla..bla... politik wang..bla..bla.. skandal seks..bla..bla.... yang aku heran, kalo dah bercakap tu, macam kita ni kenal sangat ngan ahli-ahli politik ni.. yang ni dia gini-gini..yang dia tu gitu-gitu... dia ni baik.. dia ni suka lelaki.. padahal bertemu muka pon tak pernah, tapi siap tahu lagi latar belakang orang tu, orang ni... sememangnya kita hebat kalu bercakap pasal politik.
yang ketiganya sukan. kalu dah bercakap pasal sukan semua orang akan memberi pandangan masing-masing..lagi-lagi sukan yang dia minat. cuba perhati masyarakat kita lebih-lebih lagi di kedai makan yang ada TV (siaran bola la paling ramai orang tengok), asyik-asyik pasal bola.. sukan tu, sukan ni.... ko tengok, ronaldo tu main lembik je..ni mesti lembik lutut kes kuat tttuuuuuttt (pengunaan ayat yang tidak bersesuaian terpaksa ditapis) rooney tu bla..bla... berlagak..bla..bla..huduh..bla..bla.. messi bla..bla..lincah bla..bla.. kaka hensem..bla..bla... alex ferguson bla..bla..indra putra bla..bla.. aidil bla..bla..rita bla..bla... deyy, sampai dunia artis pon terlibat dalam arena sukan~
ahh.. kan memang terbukti orang kita suka bercakap pasal 3 benda ni. sape-sape je..dimana jua pada bila-bila masa...cuba renung-renungkan. anda juga begitu??
*Apa kaitan antara ketiga-tiga gambar di atas? aku pon x tau apa perkaitannya~ korang pikir la sendiri...
p/s : semasa sedang menulis entry ni, aku dengar kabar ada penyokong pasukan bola Kelantan mati kena hentam ngan penyokong pasukan bola Selangor... ish~ bodo betul la manusia sekarang ni. pasal bola pon nak gaduh sampai berbunuh... sebelum ni orang takut nak tengok pasukan Kelantan beraksi pasal penyokong Kelantan suka mengamuk.. sekarang keadaan dah terbalik. penyokong Selangor dah tunjuk aksi. nasihat aku, dari korang dok bergaduh, bertumbuk hanya sebagai penyokong tu.. baik korang g masuk gusti ke, boxing ke.. lagi best lanyak orang. siap di sanjung lagi kalu dapat pukul orang.. ni main gaduh tepi jalan, kena kutuk maki ngan orang je la...
update : pasal penyokong Kelantan yang mati tu, ada dengar pasal dia sesak nafas. ada jugak yg kata kena belasah.. x pasti la aku yang mana betol...just dgr kabar dari mulut ke mulut ( bukan CPR or beromen ok...) positivkan pemikiran anda sebelum anda dinyahcas kan..

Subscribe to:
Posts (Atom)