Pages

Wednesday, December 1, 2010

Malaysia di ganyang,Indonesia menang..

Huh, baru abis tengok perlawanan bola sepak piala suzuki, Malaysia melawan Indonesia.. Tahniah kepada pasukan Indonesia kerana berjaya menundukkan pasukan Malaysia 5-1. pergh~ nampaknya pasukan Rajagopal ni betul-betul dah tak mampu untuk bersaing dengan negara lain. 

Kekalahan demi kekalahan di terima pasukan bola sepak Malaysia semenjak dua menjak ni. Aku bukan minat sangat ngan sukan bola sepak ni. tapi di sebabkan ajakan kawan-kawan nak tengok perlawanan tadi, maka terpaksa je la aku layan.. pada babak awal permainan, pasukan negara masih mampu bermain dengan baik. tapi makin lama, pemain di lihat makin layu. 

corak permainan yang konsisten dan teratur pasukan Indonesia patut di puji. berbeza sama sekali dengan pemain Malaysia lebih -lebih lagi di bahagian pertahanan. Bahagian pertahanan pasukan bola sepak Malaysia sangat-sangat mengecewakan.. ibarat aku melihat budak-budak sekolah rendah sedang bermain. Jangan mudah melenting jika di kritik. terimalah hakikat bahawa pasukan bola sepak negara sangat memalukan. cuba terima kritikan dengan pandangan yang positif. ni tidak.. orang bagi komen, skit-skit nak gantung.. skit-skit nak denda..

Aku ada cadangan nak naikkan prestasi pasukan bola sepak Malaysia.. caranya, cuba pompuan Malaysia ni g ejas pemain kat EPL..contohnya biar Nora Danish kawin ngan Messi ke. bagi kerakyatan kat Messi. pastu boleh la Messi main ngan Malaysia. mesti Maradona gila sampai berbogel sebab kehilangan Messi.. 

Lokcing

Tetiba kepala otak aku dok pikir nak makan sejenis makanan yang tak pernah aku jumpa di KL ni.. Makanan yang hanya dapat aku jumpa kat Kelantan tu di panggil lokcing. Lokcing atau dalam bahasa melayu stendetnya disebut sate ikan (betol ke??) ni berupa seperti sate dalam saiz kecik. kalu dulu harganya hanya seposen satu cucuk / batang, sekarang ni dah 20sen satu.. 

Lokcing ni biasa dijual atas basikal tua (juga di panggil basikal unta) dan di jaja oleh penjualnya ke setiap kampung. basikal yang siap ada kotak untuk simpan lokcing, arang, bekas colek (colek=sos/ pencicah) dan bekas arang untuk membakar lokcing dikayuh ke sekeliling kampung sambil membunyikan hon.. pon..pon..

bila dah dengar bunyi dari penjual lokcing,  maka ramai lah budak-budak yang akan mengerumuni si penjual. biasa penjual akan tanya nak manis ke pedas? colek a.k.a sos bagi lokcing di bahagi kepada manis (tak pedas) dengan yang pedas (padahal x pedas pon). kalu aku kecik-kecik dulu, aku suruh penjual tu campur dua-dua..hehehe~ teringat masa dulu2, kalu nak beli lokcing mesti sebut "Be, nok lokcing serial.. wak samah-samah deh.." (bang, nak lokcing seringgit, buat 50sen-50sen ye)



gambar lokcing yang aku dapat dari pertolongan encik google.. credit to tulisblog.com.