Pages

Thursday, July 16, 2009

Pelajar boleh telefon pakar ketika ambil peperiksaan


Pelajar-pelajar di sebuah sekolah di Austria telah diberi kebenaran untuk menghubungi sesiapa sahaja dengan menggunakan telefon semasa menjalani peperiksaan bagi membantu mereka menjawab soalan dan sekali gus meningkatkan markah dalam peperiksaan.

Guru, Reinhard Peter memberitahu, tindakan ini dilakukan hasil ilham daripada rancangan realiti televisyen Who Wants to be a Millionaire. Sehubungan itu, pelajar di sekolah tinggi di Bregenz boleh menghubungi pakar sekiranya mereka tidak dapat menjawab soalan.

Beliau berkata, pelajar boleh menelefon doktor, guru dan sesiapa sahaja yang boleh membantu.

Namun begitu, selalunya pakar-pakar ini sering berdebar-debar dalam memberikan jawapan yang betul berbanding dengan pelajar.

"Ramai daripada mereka tiba-tiba mempunyai kebimbangan peperiksaan seolah-olah mereka yang mengambil peperiksaan di dalam kelas.

"Mereka berdebar-debar di talian dan merasakan sekiranya mereka memberi jawapan yang salah, mereka bukan sahaja mengecewakan pelajar yang menelefon tetapi diri mereka juga telah gagal," katanya.

Bagaimanapun dengan menggunakan talian hayat phone-a-friend, ramai pelajar kini yang telah lulus dan mereka yang mendapat markah paling teruk pun masih memuaskan.


*dipetik dari utusan malaysia

p/s : kalau la aku boleh ambik exam macam ni.....tapi, macam mana nak tau keupayaan diri sendiri ek? kira meniru jugak ni...

0 Orang mengumpat: