Pages

Showing posts with label gay. Show all posts
Showing posts with label gay. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

McDonald dan air mani

Dalam banyak-banyak berita yang aku baca hari ni, ada la satu yang menarik minat..  kes perbicaraan liwat DS Anwar Ibrahim.. Sebenarnya aku tak minat sangat nak tahu pasal perkembangan perbicaraan kes tu.. kalu boleh nak tahu keputusan je.. mungkin mereka-mereka yang suka berpolitik tu minat la nak ikuti berita kes ni.. boleh jadi bahan ceramah ke nanti.. ye la, PRU dah nak dekat ni..

Aku tertarik bukan pasal perbicaraan kes, tapi kerana nama saksi tu..Pakar DNA Australia, Dr Brian Leslie McDonald.. Dengar je nama beliau, terus aku terasa lapar.. Ye la, automatik aku terbayang burger McD..fuuhh... dah lama tak pekena ni..hehehe.. Dr. McDonald dikatakan cuba mengelirukan mahkamah dan bersikap tidak jujur ketika memberi keterangannya. Kreadibiliti beliau sebagai pakar DNA juga di pertikai dan beliau dikatakan tak jujur dalam mahkamah kerana kenyataannya bercanggah dengan ujian yang dibuat oleh Dr. Seah tambahan lagi sijil pengiktifaran beliau tu sendiri  dah buruk beno. dari tahun 90an lagi..

McDonald dalam keterangannya menyatakan bahawa saintis forensik, Dr Seah Lay Hong telah melakukan ujian Acid Phosphatese (AP Test) dengan tidak mengikut panduan yang ditetapkan terhadap sampel diperoleh dari dubur mangsa, Saiful Bukhari kerana kesan air mani yang banyak diperlukan dalam ujian itu..Antara fakta yang menarik aku dapat dari kes ni ialah sperma boleh berada selama 19 hari dan berenang dengan gembira apabila berada di dalam faraj.. manakala sperma mampu berada dalam dubur selama 113 jam dengan penuh penyeksaan apatah lagi jika sperma itu berada di dubur seorang lelaki..


burger McD tiada kaitan dengan kes liwat DS Anwar...


p/s:  Pangkat paling bangang pernah aku dengar hanyalah pernah dikurniakan kepada Anwar iaitu Al-Juburi.. hahaha..siyes syit!! sape la yang mula-mula bagi gelaran tu..

Friday, March 18, 2011

Lembu bunting

"Wahh...lembu tu telah bunting.. pandainya lembu tu.. " Apa yang korang dapat tafsirkan dari ayat yang aku bagi ni? seekor lembu telah bunting. Hmmm... aku ada bela lembu? tidak... aku yang membuntingkan lembu tu??? lagi la tak berasas.. baik ko baca balik buku biologi.. kan aku dah bagitau, lembu tu bunting sebab dia pandai.. kenapa orang suka guna perkataan bodoh macam lembu? bodoh macam keldai? memanglah lembu, keldai dan segala binatang tu bodoh sebab mereka tak dikurniakan akal. tapi mereka masih lebih cerdik dari sesetengah golongan manusia.

Cuba korang fikirkan, binatang yang tak berakal pon boleh bunting. sebabnya kenapa? mestilah sebab diorang berjimak dengan jantina yang berlainan walaupon ada sesetengah tu melakukan sumbang mahram. walaupon tak leh nak bezakan hubungan mahram, tapi binatang tak berakal tu masih pandai memilih naluri seks dijalan yang betul. dengan seks yang normal, barulah keturunan kita dapat berkembang. So, kenapa harus ada sesetengah manusia harus menjadi abnormal dan memilih seks songsang dengan mendapatkan pasangan sama jenis? tak terasakah diri kita tu lebih hina dari lembu? macam mana umat manusia nak berkembang jika semuanya berfikiran macam korang?

Walau apa pon alasan yang korang bagi, ketahuilah bahawasanya apa agama sekali pon tak membenarkan seks sejenis ni. kembalilah kepada fitrah asal..jangan ikutkan sangat fantasi nafsu gila korang tu. bertaubatlah selagi masih ada kesempatan untuk bernafas. kita tak tahu, mungkin kita mati esok. mungkin juga 2 jam lagi.. mungkin juga 5 minit lagi.. Kita tak bisa menentukan waktu kematian sendiri. Apakah korang nak mati dalam keadaan diri yang fasik, bergelumang dengan dosa dan tanpa rahmat? ketahuilah, azab Tuhan itu amatlah pedih bagi mereka yang melakukan kemungkaran.




" Dan ( Kami juga yang telah mengutus ) Luth ( kepada kaumnya), (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka :" Mengapa kamu mengerjakan perbuatan fasik itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun ( didunia ini ) sebelumnya?'. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu ( kepada mereka ), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan :" Usirlah mereka ( Luth dan pengikut-pengikutnya) dari kotamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri". Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan ). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu belerang), maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang memperturutkan dirinya dengan dosa dan kejahatan itu.( Al-Araf: 80-84)

Sunday, December 19, 2010

Kehebatan gay

Pernah dulu aku buat entry pasal gay... rasanya aku dah pun menjalankan tanggungjawab sebagai masyarakat untuk memberi kesedaran kepada golongan songsang ni. Tapi aku sedar, blog aku bukan femes pon. malah golongan gay pon mungkin takde yang baca entry aku tu. Aku cuma ingin mengingatkan.. bukan untuk mengutuk cuma ingin mengeji~

Aku sendiri tak leh nak tafsirkan perasaan aku setelah melihat video pengakuan seorang lelaki melayu pasal dirinya seorang gay kat youtube. tambah lagi blog-blog gay yang makin bertambah dari masa ke masa.. aku bingung untuk mentafsirkan perasaan aku.. mungkin kecewa, mungkin terkesima, mungkin terkedu, mungkin juga sedih.. yang pasti aku bukannya gembira.

Apa yang hendak dibanggakan dengan menjadi seorang gay? Tak terlintas untuk aku melihat video-video  panas pasangan gay beraksi.. mungkin aku akan muntah, mungkin juga aku pengsan kalu tengok.. ish~ jijik yang tak dapat aku bayangkan. Apa yang membuatkan seorang gay tu minat ngan kaum sejenis? mereka mendakwa lelaki normal tak kan faham perasaan mereka. ye.. memang orang normal takkan faham perasaan dan pemikiran mereka. bahkan lembu, kambing serta seluruh binatang dan makhluk alam takkan memahami mereka. sebodoh-bodoh seekor lembu yang tak berakal, mereka masih boleh memilih pasangan yang berlainan jenis.  nafsu seekor lembu masih dilandasan normal. kenapa manusia yang berakal boleh memilih pasangan sejenis? apakah mereka tak berotak?

Aku harap ada golongan gay yang akan baca entry aku ni. Aku betul-betul berharap mereka dapat berubah. Apakah korang yang gembira dengan menjadi gay ni tak pernah tahu kisah kaum nabi Lut? Habis kaum Lut yang bernafsu songsang tu di hapuskan dari muka bumi dengan azab yang pedih. Belum lagi dikira azab di akhirat. Sesungguhnya azab Allah itu amatlah pedih. Sedarlah wahai gay-gay sekalian.

Bukan aku dengki dengan kegembiraan korang. bukan aku tak ingin memahami perasaan korang. aku dah cuba untuk memahami tapi aku tak mampu.. aku mampu memahami perasaan perokok yang di kutuk masyarakat, aku mampu memahami perasaan penagih dadah yang di keji orang, aku mampu memahami perasaan pencuri yang bangang, aku juga mampu memahami perasaan orang gila. Aku mampu memahami mereka tu walaupon aku tak melalui pengalaman mereka. Tapi aku tak mampu memahami perasaan seorang gay. Jangan jadikan pengalaman dirogol sebagai alasan. Takkan kerana pernah di rogol, maka ingin terus menikmati perasaan di rogol tu? 

Setahu aku, bukannya ramai gay yang pernah dirogol lelaki. tapi apakah sebab menjadikan korang hendak menjadi gay? aku rasa, mungkin ramai dikalangan teman korang yang normal dah bagi nasihat. tapi korang masih jugak nak jadi gay. cuba korang fikir baik-baik, binatang pon masih mampu berfikir perbezaan jantina, kenapa korang yang berakal tak dapat memilih yang mana lebih baik? Kalu semua lelaki menjadi gay, macam mana umat manusia akan terus bertambah? bolehkah korang membuat panggilan telefon dengan menggabungkan 2 simkad? simkad perlu di masukkan dalam telefon baru dapat conection. perbuatan gay ibarat melagakan 2 simkad tanpa telefon. jadi dimana rasionalnya menjadi seorang gay? hmm~ illusi semata-mata...