Pages

Saturday, May 1, 2010

SAHABAT SEJATI


Susah dan senang bersama
sentiasa bersama dalam keadaan senang dan susah. berikan perhatian kepada sahabat anda sekiranya dia sedang bersedih. jadilah seorang pendengar yang baik dan fahami perasaan sahabat

Tepati janji
manusia itu hidup berpegang pada janji. selalulah menepati janji anda dengan sahabat agar anda dapat menjadi orang yang boleh dipercayai

Saling memberi sokongan
sokonglah sahabat anda ketika dia menginginkan sesuatu. sokongan seorang sahabat akan memberikan semangat yang lebih untuk seseorang itu berjaya dalam mencapai cita-citanya.

Berbeza pendapat
perbezaan pendapat punca kehancuran persahabatan anda. jika sahabat anda tidak bersetuju dengan pendapat anda, jangan terus berdebat. berbincanglah dengan sebaiknya

Menjaga rahsia

belajarlah menjaga rahsia sahabat anda

Menerima sahabat seadanya
berikan reaksi yang biasa dan cuba menerima sahabat walaupun cara dan pandangannya berbeza dengan kamu.

Jangan mengongkong sahabat
jangan mengongkong hidup sahabat anda. anda berkawan tak semestinya sentiasa bersama. dia juga ada teman-teman lain dan belajarlah bergaul bersama teman-temannya yang lain

Bersedia untuk memaafkan
maafkan segera sahabat anda sekiranya dia ada berbuat kesalahan. sekiranya luka itu dipendam, lama-kelamaan ia akan menjadi penghancur hubungan anda.

Ketika sahabat melakukan kesalahan
jangan tinggalkan dia sendirian. sebaiknya bimbinglah dia ke jalan sebetulnya

Berikan yang terbaik kepada sahabat
jangan hanya mahukan kesenangan dari sahabat sebaliknya cuba berikan kesenangan kepada sahabat. seorang sahabat sejati sanggup berkorban untuk sahabatnya dan melebihkan keperluan sahabat dari diri sendiri.

1 Orang mengumpat: