Pages

Friday, April 22, 2011

Antara raja dan menteri

Malaysia adalah negara yang mengamalkan sistem beraja sejak ribuan tahun dulu lagi. Masyarakat melayu dilihat begitu mementingkan kedaulatan raja sebagaimana yang kita dapat lihat dalam cerita Hang Tuah, Hikayat Parameswara, Che Siti Wan Kembang, Merong Mahawangsa dan sebagainya.. Raja diangkat menjadi pemimpin dan ketua kepada rakyat jelata dalam segala hal sehingga raja diberikan kuasa mutlak pada masa lalu. Bagi aku, Raja itu perlu kita patuh dan taat selagi baginda tidak melanggar hukum syarak dalam pemerintahannya. Para Raja dan Sultan itu adalah ketua pemerintah. Dalam Islam sendiri pun amat mementingkan taat setia kepada pemerintah dan menjadi rukun dalam khutbah Jumaat untuk mendoakan pemerintah.

Perdana Menteri dan para menteri serta ahli-ahli dewan undangan negeri semua tu adalah pentadbir. Wakil rakyat adalah dipilih oleh rakyat daripada rakyat untuk rakyat. Maknanya, para wakil rakyat, menteri-menteri semua tu adalah pekerja kepada rakyat. Perdana Menteri adalah ketua pentadbir dan bukannya ketua negara. Jawatan Ketua negara itu disandang oleh KDYMM Yang Dipertuan Agong. Para Menteri termasuk Perdana Menteri adalah pekerja kepada rakyat. Bukannya tuan kepada rakyat.

Apa yang memelikkan sekarang ni ialah, masyarakat kita terlalu mengagungkan para menteri dan menganggap Perdana Menteri dan Para Menteri tu sebagai orang besar dan perlu dipatuhi dan ditaati.. Sebaliknya pula, para Raja dan Sultan pula di ejek dan dikutuk dengan sesuka hati. Dimana Istilah Tuanku kepada para raja? Tuanku itu sendiri adalah perkataan dari "Tuan Aku".. tapi masyarakat kita sekarang dah berani melawan tuan sendiri.. tapi mengangkat pekerja sendiri sebagai tuan baru.. Maksud aku, bukanlah sampai perlu menghina Para menteri, tapi cukuplah sekadar memberi sokongan kepada mereka dalam pentadbiran. Tak perlu la sampai mengangkat mereka sampai ke langit. 

Para Raja yang patut di agungkan tak pula diangkat dan disanjungi. Istilah menghadap sembah kepada raja bukanlah sampai perlu menyembah mereka. Tapi biarlah hormat dan taat kepada mereka. Raja itu tuan kepada kita. Maka layanlah tuan itu seperti yang sepatutnya. Sungguh sedih apabila melihat kedaulatan seorang Ketua dan Tuan dicemari sehingga ada yang sanggup menyumpah seranah dan berani menyaman kedudukan raja. Sudahlah golongan ultra kiasu menghina raja, Melayu sendiri pun kini sudah berani menyanggah kedaulatan mereka.

10 Orang mengumpat:

ghost said...

mulanya rasa tidak setuju kalau kita perlu daulatkan kembali sistem beraja sebab sejarah telah mengajar kita bahwa mereka juga selalu menyalah- kuasa yang ada.

tapi tetap setuju kalau sekarang ini pimpinan yang dipilih oleh rakyat telah memperhambakan rakyat.

siapa yang patut memimpin...rakyat.dan rakyat yang dipilih itu akan berada di tempat pimpinan yang ada sekarang.sistem itu seolah berada dalam lingkaran yg sama.mungkin rakyat perlu diangkat menjadi raja.

Unknown said...

ghost : maksud aku, bukanlah raja perlu ada kuasa mutlak. mcm skrg ni pon dh ok..cuma kedudukan raja sbg ketua perlu dijaga.. lagipon, sejarah kita banyak tersembunyi disebalik kisah dan nasab raja2.. sedih aku tgk, kedudukan seorang ketua diperlekehkan..

Faizal Sulaiman said...

tulisan ini aku suka.

perdana menteri adalah pekerja rakyat.tapi sekarang??

Unknown said...

Faizal Sulaiman : dunia sudah terbalik

Ayuni said...

hm, kesian kesultanan...

Unknown said...

Ayuni : identiti kita sendiri yg tercalar.. dan kita sendiri yg mencakarnya..

shams said...

setuju ngn komen shatooman ke2 : perlu dijaga sistem beraja kita..dan mesti tidak dapat tidak mesti jaga gak..(mandatori)heee..

tahukah kamu(sekadar berkongsi)
pasal libya, mahmud gaddafi adalah orang yang diangkat martabatnya dan dianggap hero dan berjasa besar kerana telah berjaya menghapuskan sistem beraja di sana dan berjaya satukan kabilah badwi kat libya..kat libya walaupun sudah 42 tahun tanpa raja tgk ok je pastu merundum kan sekrg..
so leh la dikatakan sistem beraja tu ade baiknya kalau dikekalkan..
tak payahlah pemimpin jadi tamak/keterlaluan sampai raja dihapuskan atau dihiraukan....

ups..sekadar pendapat...

Lydia Miza said...

ketua perlu dihormati..tu je yg penting.cam ketua keluarga..ketua opis..kita perlu hormati mereka walau mereka lbh muda dr kita.jika ada sikap hormat kan ketua,tak mungkin jd perkara2 yg pelik2 cam skrg ni kot

Unknown said...

apik hormat menteri sebagai pentadbir jer..tapi apik lagi hormat pada raja2

ong ong kedek kedek said...

politik demokrasi itu kotor... sebab apa menteri2 mendoktrin kita yang mereka perlu ditaati? kerna kuasa dalam tangan mereka itu tidak lama, jadi bila lagi nak merasa ade kuasa dan kedudukan... ahli politik ni mcm tuala wanita, dibuang setelah dipakai atas satu alasan hehehe... kuasa politik mereka atas kertas, bukan asal keturunan darah daging