Pages

Thursday, November 25, 2010

Hadis palsu

Hadis merupakan perkara yang bersandar dengan sunnah Rasulullah s.a.w seperti perbuatan, perkataan, pengakuan,sifat akhlak dan sifat kejadian..seperti yang sedia maklum, hadis merupakan sumber rujukan kedua dalam menentukan hukum di dalam Islam selepas sumber Al-Quran.Hadis2 ni banyak dibukukan oleh ramai ulama periwayat tapi dalam fiq islam sekarang, hanya ada enam kitab yang sering diguna pakai yang dikarang oleh tujuh orang periwayat. 

Enam kitab hadis yang sering digunapakai ialah Kitab al-Jami' as-Sahih iaitu hasil karangan imam Bukhari dan Imam Muslim, Kitab Sunan an-Nasai oleh Imam Nasa'i, Kitab Sunan Abi Daud hasil Imam Abu Daud, Kitab Sunan at-Tirmizi oleh Imam Tirmizi, Kitab Sunan Ibnu Majah oleh Imam Ibnu Majah dan Kitab Musnad hasil karangan Imam Ahmad. Penghasilan kitab2 ni adalah bagi mengumpul himpunan hadis2 sahih dari sumber yang dipercayai..Hal ini di anggap penting kerana selepas kewafatan baginda rasulullah s.a.w, banyak hadis2 palsu muncul.. perkara ni telah mengelirukan banyak orang. Ulama2 periwayat ni lah yang berperanan mengumpul dan menapis setiap hadis agar umat Islam tidak terpesong dan terkeliru dengan hukum Islam.

Tugas ulama2 periwayat ni sememangnya berhasil dan masyarakat Islam mula dapat membezakan hukum dengan jelas walaupon masih ada sesetengah pendapat antara para ulama yang bercanggah.. selepas kewujudan Kitab2 himpunan hadis ini, masyarakat Islam menjadi mudah mendapatkan sumber selepas rujukan dari Al-Quran. Namun begitu, aku lihat pada zaman sekarang ni, telah banyak hadis2 palsu muncul kembali terutamanya dalam Internet atau disebut juga sebagai alam maya dalam bahasa yang lebih berintelek atau hilir~

Sepanjang aku berskodeng di alam maya ni, banyak pihak yang mengeluarkan hukum tak masuk akal berpandukan hadis yang tak pernah aku dengar... kebanyakan hadis yang ditulis tu takde pulak nama perawi..entah hadis dari kitab mana yang dia ambik.. dan ada yang lebih hot tu, tulis lagi hadis riwayat Muslim.. hadis riwayat Bukhari.. penggunaan ayat pon aku dah syak sesuatu yang pelik.. bila di check dalam kitab hadis, x de jumpa pon hadis2 yang ditulis.. haishh~ bahaya betul zaman sekarang. bukan sekali dua aku jumpa benda2 gini.. dah beribu-ribu lemon kot..

2,3 hari lepas aku ada layan blog sorang 'pakcik' yang hot semalaya... dalam blog beliau, banyak gila hadis2 yang ditulis..kebanyakan ayat dia tulis tu lebih kurang sama je. bila di check, memang x de pon hadis yang dikarang beliau tu termaktub dalam kitab... adoi la..pakcik..pakcik...nk mengarut pon biar berpada-pada..jangan berani mempermainkan hadis dan agama. dulu aku pernah tengok blog rasul melayu, abdul kahar.. rasul orang melayu kita ni lagi dahsyat. dia siap bagi tafsir Quran, tapi ikut kepala dia sendiri.. habis punah ayat Al-Quran setelah di tafsir beliau. siap kata surah yasinn tu Tuhan turunkan khas buat dia.. surah yassin tu adalah untuk melantik diri beliau sebagai rasul kepada orang Melayu. Apa nak jadi la ngan ko ni pakcik Kahar..

Jadi, aku nak bagi peringatan sikit kepada saudara ku sekalian, jangan mudah mempercayai hadis2 atau tafsir Al-Quran secara bulat2 di Internet ni. cuba check balik dalam kitab hadis yang ada dan kalu nak lebih meyakinkan cuba rujuk kepada para ulama..Umat kita sekarang mula diserang dengan hadis2 palsu dan hal ini amat membimbangkan sekiranya kita mudah menerima tanpa sebarang rujukan, nanti dikhuatiri terpesong akidah.. nauzubillah...

3 Orang mengumpat:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam
nak ikut apa2 ajaran kena pastikan betul-betul sumbernya.Janagn sampai memurtadkan diri kerana ketaksuban nak nampak beriman .

shatooman said...

yup.. betol tu kak.kena beringat2 la sekarang ni.. ajaran sesat pon semakin bertambah..sgt membimbangkan..

omurice said...

n3 yang bagus..Omu setuju dengan pendapat tn blog...ilmu hadis yang bagus ialah apabila kita keluar berdakwah berguru...itulah ilmu paling kita kekal lama ingat dan paling bagus kita amalkan..Omu bagi pendapat jer..salah silap mohon betulkan...