Pages

Wednesday, November 3, 2010

Bencana

Tatkala rakyat di Indonesia di hantui kebimbangan kerana letusan gunung berapi, di Malaysia pon timbul sama masalah bencana alam yakni banjir di beberapa buah negeri khususnya negeri di utara. Banjir terok dah menenggelamkan banyak kawasan di negeri perlis dan kedah sehingga ada yang sudah dirangut nyawa...

Hujan kadang-kala diturunkan sebagai rahmat, dan kadang kala boleh juga menjadi bala. Tapi itu sudah suratan takdir. tuhan dah menentukan apa yang terbaik untuk kita.. ada kala kita diberi kesenangan, ada kala kita ditimpa musibah.. bersabarlah menempuh ujian ni.. sama-sama lah membantu saudara kita yang memerlukan bantuan. mungkin hari ini mereka timpa kesusahan dan banjir besar sehingga memusnahkan segala harta benda. mana tahu, esok tiba pula giliran kita..

musim cuti dah tiba.. 3 minggu beb aku bercuti. tapi dah hampir seminggu kat KL ni, tak balik2 kampung lagi. tiket pon belum beli lagi. haish~ dah rugi seminggu cuti aku.. huhuhu.. esok lusa kot boleh la aku balik.. boring jugak dok melepak kat KL ni. 

yang menjadi kerungsingan aku sekarang, kalu balik kampung nanti kena hujan lebat tak henti2, huuiihh.. berkarat la aku dok berkurung dalam rumah. aku ni dah la kaki merayap.. tak boleh dok diam kat rumah.. mesti nak keluar jugak dalam satu hari. hujan lebat, ribut badai pon aku sanggup keluar bertemankan motor yang dah uzur kat rumah nu.. kalu tak keluar satu hari, hidup ni memang dah macam takde makna.. mungkin aku boleh kena sawan kot.. (-_-")

papepon, diharapkan mereka yang ditimpa bencana tu bersabar la.. yang kehilangan saudara akibat banjir tu pon harap2 redha je la menerima pemergian mereka... sesungguhnya tuhan lebih menyayangi mereka..



p/s : teringat masa kecik2 dulu, kalu musim banjir tentu seronok dapat main rakit... buatan sendiri lagi tu.. tp bila tgk budak2 sekarang main, rasa macam bahaya je~

5 Orang mengumpat:

Unknown said...

esok lusa balik laa umah tu..
jenguk2 kuarge kat kg..

:)

Unknown said...

mesti balik.. mau raya owh~ hehehe tak rela beraya di KL..

Lydia Miza said...

Raya nnt mkn ketupan dan lemang jgn lupa sis ye..sedihnyer beraya di perantauan...

Bencana yang melanda memberikan kita peluang untuk saling bantu membantu ,tunjukkan keprihatinan kepada insan yang memerlukan bantuan.

Unknown said...

syok nya nk raya.. raya korban lagi best dr raya puasa. lebih meriah.. akak masak la ketupat ngan rendang kat sana.. blh jgk beraya ngan family kt sana..

bencana mungkin satu kesusahan kepada kita, tp membuka peluang kepada orang lain utk membuat pahala..

siMpLY nana said...

ade hikmah disebalik semua kejadian...Allah lebih mengetahuinye, terpulang pada kite utk mengupasnye...selamat bercuti