Pages

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha

Selamat menyambut hari raya korban kepada seluruh warga muslimin khususnya kepada rakan2 blogger. pejam celik, pejam celik, tup-tup dah raya pulak. baru ni je rasanya baru sambut Aidilfitri.. kuih raya lepas pon belum abis lagi..

Besok boleh tengok lembu kena sembelih... alangkah bahagianya menjadi seorang muslim kerana besoknya akan terhapus dosa2 kecil apabila melihat mengalirnya darah yang mengalir keluar dari leher lembu. dengan keriangan beraya, jangan lupa juga kepada kisah teladan disebalik hari raya korban ni. bagaimana kisah yang terjadi kepada nabi Ibrahim a.s apabila diperintahkan oleh tuhan untuk menyembelih anak kesayangannya, nabi Ismail a.s.

Jangan lupa juga kita kisah yang terjadi diantara baginda Rasulullah s.a.w semasa ingin melakukan haji buat yang pertama kalinya.. kaum muslimin berserta Rasulullah dihalang oleh golongan kafir di Mekah. mereka membuat perjanjian dengan nabi supaya membuat haji pada tahun berikutnya.. Peluang membuat haji di Mekah juga diambil oleh Rasulullah untuk menyebarkan dakwah kepada kabilah-kabilah yang datang ke Mekah dan hal ini secara langsung melebarkan lagi agama Islam ke seluruh pelusuk dunia.

Walaupon raya haji ni ramai ahli keluarga aku tak balik kampung, namun aku rasa itu bukan penghalang untuk aku bergembira.. raya haji di Kelantan aku rasa lagi meriah berbanding dengan raya puasa..cuma raya haji ni tak terasa sangat kedatangannya, walaupon besoknya dah nak raya..raya puasa memang terasa la bahang hari raya sebab dah sebulan dok menahan perot berpuasa..

orang kat masjid dah start takbir.. jom ramai-ramai gegarkan masjid dengan alunan takbir memuji Yang Maha Esa.. TAKBIR!!!! (tiada kaitan ngan parti politik ye... xD)

1 Orang mengumpat: