Pages

Sunday, November 28, 2010

Kurap...

garu-garu....garu-garu... menggaru seringkali terjadi bila seseorang tu dijangkiti kurap. apa itu kurap? kurap ataupun orang kampung aku panggil ringworm, adalah satu penyakit kulit yang disebabkan oleh fungi. penyakit kurap berlaku di beberapa bahagian kulit dan dilihat macam lingkaran yang berwarna merah muda.. walaupon orang kampung aku panggil ringworm, namun penyakit kurap adalah tidak berkaitan pon dengan cacing apatah lagi dengan cincin belah rotan..ia dipanggil sebegitu kerana tambalan kulit yang berbentuk gelang tu je.. 

antara vektor dalam penyebaran kurap adalah anjing dan kucing.. tak tahu la aku betol ke tak.. yang aku tahu kalu orang nak marah, mereka akan sebut "Anjing Kurap!!!" tak pon "celaka punya kucing kurap!!" tak pasal2 anjing ngan kucing yang kena sumpah. padahal korang yang naik kurap, mau salahkan kucing lagi~ yang aku tahu, kurap biasanya terjadi apabila terdapat suhu yang lembab dan panas.. macam memaki pakaian yang lembab atau pakaian yang tebal dalam waktu yang lama. kurap ni juga akan semakin merebak sekiranya tidak dicegah.bahaya tu~ nanti habis satu badan berkurap..(-_-;)

cara untuk mengelakkan kurap ialah, amalkan membasuh tangan dengan bersih. korang mesti tahu la cara nak basuh tangan. tak perlu la aku ajar. dalam TV slalu tunjuk. ada orang kata, daun lada boleh menghilangkan kurap. tak nak percaya pon, aku sendiri pon tak cuba lagi. tapi bagi aku, baik pergi beli ubat kat farmasi je. tak pon ubat gatal kat kaki lima jalan pon ada jual. 3,4 hengget je satu..

Malu bila berkurap?? hmm.. biasanya orang akan malu bila di jangkiti kurap. tapi bagi aku kurap itu perlu. sebab cikgu aku masa skolah dulu pernah kata, kurap itu satu nikmat.. kalu korang tak pernah di jangkiti kurap, maka dah hilanglah satu nikmat di dunia ni, iaitu nikmat menggaru.hahahaha~ ada yang kata, cinta pon ibarat kurap, makin digaru makin sedap... mungkin mereka yang dilamun cinta tahu makna kurap tu.kepada mereka yang tak pernah di jangkiti kurap tu, better korang g main ngan kucing kurap. dah dapat kurap nanti baru lengkap nikmat hidup didunia...

8 Orang mengumpat:

Tiara Fida Salma said...

good morning, nice to visit your blog, this is a blog containing good information and interesting, congratulations to you.
don't stop to be creative, hopefully I can come back here again
do not forget
I wait your comments on our new blog

shatooman said...

tq..

Daniela said...

kurap...aishh....kesimpulan...jaga la kebersihan diri... =)

shatooman said...

tapi kalu x nak kurap, kurang2 biar la kena skali dlm seumur hidup..hehehe~

mia said...

kahakhaka...euwww..jauhi la kurap..hidup aman dan bahagia..hehee

Memorabilia said...

nk beli ubat kurap x? ahahaha

NOOR FATIN said...

betol2. cinta ibarat kurap. makin digaru makin sedap. hahaha

shatooman said...

mia : kurap la salah satu kebahagiaan..ahahahah

ayie : sy x de kurap..jadi x memerlukan ubat

noor fatin : kan.??kan.??ahahaha..