Pages

Sunday, November 28, 2010

lelaki cemburu~

Tadi aku ada terbaca dalam harian metro, pasal suami yang letak pisau kat leher isteri dia pasal cemburu..kononnya si suami ternampak gambar isterinya dengan sorang rakan lelaki bergambar bersama, padahal menurut si isteri, mereka memang tak de pape hubungan selain kawan.. hurm~ 

pastu tadi jugak aku ada baca kat blog akak Lydia Miza pasal lelaki kuat cemburu.. kat last entry, kak LM ni ada tanya pasal kenapa lelaki kuat cemburu.. ok, kali ni aku pulak nak bagitau kenapa lelaki kuat cemburu. Tapi bukan aku nak kata semua lelaki kuat cemburu. cemburu itu ada pada sesiapa sahaja. tapi cemburu antara pasangan sepatutnya hanya perlu kepada lelaki.

Mengikut kata sorang ustaz, cemburu itu adalah pakaian lelaki.. perlu pada seorang lelaki dan bukannya kepada seorang perempuan. sekiranya lelaki bercakap dan berSMS dengan wanita lain, si isteri tak sepatutnya cemburu sebab suami ada hak dan masih mempunyai kuota. apabila sebaliknya berlaku, sisuami memang patut cemburu kepada isteri kerana seorang isteri tiada hak untuk bercakap dengan lelaki lain tanpa izin suaminya.

cemburu itu pakaian lelaki.. perempuan tak boleh ada sifat cemburu..kalu tak, nanti jadi kucar-kacir..contohnya sama macam memakai baju. jika seorang lelaki memakai baju kurung dan perempuan memakai baju melayu, try jalan ke bandar. haru-biru la nanti keadaannya.. begitu juga la dengan cemburu. tak boleh ditukar milik dari lelaki kepada wanita. sekiranya si isteri seorang atlet contohnya, dan aktif dalam olahraga. si suami perlu memastikan si isteri ni menutup aurat. bukannya menyokong dan membiarkan isterinya memakai seluar dan baju kecik di depan orang ramai. tak logik si suami ni tak cemburu kalu orang lain dok tengok badan isterinya melainkan si suami tu bongok, bodo, dan bangang dan jatuh fasik ke atas dirinya.

so, jelaskan, kenapa lelaki perlu cemburu dan kenapa pompuan tak perlu cemburu.. tapi kalu cemburu sampai tikam dan mencederakan pompuan tu memang bodo la... bodo dari semut.. 







11 Orang mengumpat:

Noor Fatin said...

cemburu ada hadnya. jgn cemburu buta sudah. hehe

m i a said...

hehehe...best gile ayat3 dlm entry ni..akehkehek...

cemburu tak salah..dua3 pihak pon patut cmburu..pasal gila la kalau tak cmburu tgk laki pegi peluk girl laen dpn mata..mmg kuota 4, but hati kan..masing3 kena jaga baru hidup aman bahagia..acehh..

but cemburu berpada-pada la..kalau da smpai letak pisau kat leher bini, tak tahu la nk cakap mcamane..

tapi hati kan..sape la tahu..kot bini dia asek berkepit selalu even ckp kawan je..huhu..

haa sudah, tgk bila mia da mula bunyi...aigoooo

Unknown said...

noor fatin : betol2.. cemburu kena ada sempadan jugak..

mia : lelaki n pompuan masing2 ada hati dan perasaan..mmg x salah nk cemburu tp biar ada had.sampai acu pisau tu mmg bangang dh. ^^

cikpuanhady said...

cemburu itu perlu..tapi kena berpada-pada dan kena pada tempatnya..jangan sampai cemburu melulu..

bluedianthus said...

Cemburu biar bertempat. Perempuan juga boleh cemburu tapi lebih baik kuasai emosi sebelum cmburu memakan diri. :)

Unknown said...

haszuraidahh : setuju!!

bluedianthus : yup.. janganlah cemburu sampai diri di telan emosi sehingga hilang kewarasan..

M I A J A M A L U D D I N said...

wahhh.. bagos.. tips.. tips.. hahahha!

Gayahspears said...

salam knai!~
cemburu itu tanda sayang tapi kalo cemburu buta cam kassim selmat!! hahaha

JinXER said...

Cemburunya saya~ kekeke!

Unknown said...

mia jamaluddin: tq

gayahspears : betol3x

jinxer : uiks~ sejak bila berminat melayan blog picisan ni~ ekekke

Unknown said...

waa :(
macam tak nak percaya tapi bila fikir2 , thats true. memang logik dan boleh diterima akal.

isteri memang takleh nak cemburu lah bila si suami dekat dengan perempuan lain sebab lelaki ada hak. aduhaii.

harus mengajar diri untuk selalu redha lah lepas ni bila dah bersuami. huhuuu :)