Pages

Monday, November 15, 2010

Minta tolong...

Selepas aku menggodek2, melipat, menggoreng, dan mewarnakan rupa baru blog milik ayie kelmarin, aku pon try2 la buka template desinger kat dalam blogspot ni.. cuba2 tengok rupa blog aku kalu bertukar template lain.. tengah syok mencuba template satu-satu, entah macam mana dengan tetiba aku terklik apply to blog...#*!7^@$#*!&$/ segala sumpah seranah telah terluah oleh mulut aku yang berbibir mulus~

Aku rasa dah macam nak pitam time tu~ huhuhu.. blog aku telah bertukar wajah dengan tanpa kerelaan hati.  terlajak kereta boleh gostan, terlajak makan kenyang jadinya... sepandai2 tupai melompat, akhirnya kalah juga kepada kera.. maka oleh kerana rupa dan warna blog aku telah berubah, aku pon kena la buat header yang bersesuaian ngan kaler baru ni. dah la mata tengah mengantuk, terpaksa aku buka adobe photoshop CS4 untuk mencipta header baru. oleh kerana malas nak tempek gambar (sebab mengantuk), aku main tulis je la nama blog..

yang lebih memeningkan bila nuffnang plak hilang, macam orang gila pulak nak baca bahasa alien a.k.a HTML..tapi sebusuk-busuk daging, di lempar, dibeli daging baru pula... yang bestnya, size blog aku dari 126kg kb dah turun kepada 72kb. wooww.. dibawah 100. orang kata size yang elok adalah di bawah 100kb. aku harap takde la orang yang akan menyumpah seranah untuk menunggu blog aku ni nak load.. aku rasa pasni, kalu nk buka blog aku, tak sempat korang nak klik lagi, dah siap buka.. punya laju tu~

setelah bertukar wajah, aku jugak dah masukkan static pages kat blog ni. sebenarnya dah lama aku nak buat, tapi rupa blog aku sebelum ni tak sesuai nak letak static pages. aku dah letakkan ruangan untuk korang masukkan link blog korang kat tab exchange.. aku harap korang boleh tinggalkan link korang kat situ supaya aku mudah nak buat BW. x la sakit sangat mata aku nak baca tulisan kecik2 kat shout box tu...harap korang sudi membantu aku dengan tinggalkan link korang dan aku juga berharap yang template baru aku ni tak menyakitkan mata korang~




4 Orang mengumpat:

zulkbo said...

salam..
terbaikkk..
laju mencanak ler nih
he he..tahniah!!

shatooman said...

tq zulkbo.. ^^

Ainismaira said...

he.. mesti tlupa backup kan.. xpe2.. simple2 camni pn ok dah.. sikit tips, kalau nak tukar background, tp xnak kacau sidebar n widget smua, just edit kat html.. :)

shatooman said...

ainismaira: x backup la sbb mula2 buka nk try tgk2 je.. skali tertekan kat apply~huhuhu...thank for da tips.^^ lain kali x nak dh cuba2 buka cth template sblm wt backup..