Pages

Friday, November 26, 2010

Kenapa mesti curang?

Kadang-kadang rasa gembira bila tengok orang dok kapel.. kadang-kadang cemburu pon ada kerana aku masih lagi membujang.. sesungguhnya dapat berkongsi kasih sayang adalah perkara yang paling membahagiakan. tapi dalam menempuh saat manis itu, bukannya semua kebahagiaan itu datang tanpa sebarang cabaran. dan ada juga kebahagiaan yang tak berkekalan... begitulah lumrah. jangan disangka panas sehingga petang kerana hujan boleh datang dengan tanpa diundang.

mengikut statistik yang aku dapat, di Malaysia, punca perceraian dikalangan suami isteri yang paling tinggi ialah kerana isteri tidak mendapat kepuasan dari suami... ini adalah fakta!!!(mungkin akan diulas lain kali) dan punca keretakan dalam perhubungan pasangan kekasih adalah kerana sikap curang... kecurangan ni biasalah terjadi, lebih-lebih lagi dikalangan pengamal cinta beruk. ye la, beruk mana la pandai ada suami isteri.. asal nampak je beruk mana yang berkenan, terus on...

teringat kata-kata ustaz kat skolah dulu..lelaki ni umpama kucing.perempuan pulak ibarat ikan.. kucing ni pantang nampak ikan.terus dia bedal~ tapi kalu perempuan tu ikan jerung, mampus la kucing2 dibahamnya.. kucing yang jahat memang suka mencuri ikan.. selagi ada, selagi tu dia bedal..tapi kucing yang alim dan baik pon ada.. hanya makan whiskers.. :)

berbalik kepada isu curang, aku masih tak paham kenapa harus curang? mengapa mesti ada niat nak pasang 2,3? kenapa tak boleh setia? kenapa aku asyik dok tanya korang? kenapa korang x jawab2 soalan aku? apa benda aku dok melalut ni? (*maaf, soalan tak berkaitan dengan entry, sila ludah skrin komputer  anda) sebenarnya, aku memang tak paham dengan sikap ingin curang ni. bagi aku cukup la ada satu.. tak payah nak bagi alasan sunnah..isteri nabi semuanya janda selain Aisyah.yang korang cari anak-anak dara bergetah tu kenapa? habis, yang pompuan plak nak bagi alasan apa??

tujuan sebenar aku tulis entry ni hanyalah pasal aku tertarik dengan satu ayat dari sorang member tadi.. dia kata "LELAKI YANG HEBAT BUKAN KERANA DAPAT MENCINTAI RAMAI WANITA, TETAPI LELAKI YANG HEBAT ADALAH LELAKI YANG MAMPU MENCINTAI SEORANG WANITA MELALUI BANYAK CARA... ". member aku kata ayat ni dah lama dan biasa digunakan.. tapi aku baru dengar je tadi...layan je la... huh, entry aku terhasil hanya dengan sepotong ayat?

16 Orang mengumpat:

azwashamsuddin said...

:) nais

Unknown said...

tengkiu ^^

vampire's lovex said...

moral of da entry jgn sesekali curang..ngahaha!

Unknown said...

betol tu vampire's lovex... tp skrg ni ramai je yg main2 curang~ mulut kata setia, tp hati tak pernah menghargainya..

nisamahat said...

tapi kann , upset laa bila setia mcm apa pon , kita juga yg d curangi. huhu

masturah said...

first time jugak dengar ayat
"lelaki yang hebat bukan kerana dapat mencintai ramai wanita, tetapi lelaki yang hebat adalah lelaki yang mampu mencintai seorang wanita melalui banyak cara"
& i like it! hehe ^_^

Unknown said...

nisamahat : tu la yg masih tak paham dgn golongan yg membuat kecurangan ni.. kita setia bagai nak rak..last2 dicurangi..ish~ mau x gila jadinya..


masturah : ayat yg sedap didengar~ kadang2 terlintas dihati, moga2 diriku dpt menjadi lelaki yg hebat..hahahaha

Lydia Miza said...

Cinta hadir tanpa di paksa..ahakss.
Curang ni ,bukan terang2 je.Dalam diam pun hati boleh curang sebenarnya..cayer tak ?

Unknown said...

kenapa dan kenapa?baik bagi je kite2 yg DOTA ni kan?

Unknown said...

betol tu kak.. mulut kata lain, hati kata lain.. di depan kata sehidup semati, dalam hati kata cepat2 la ko mati..sebab ada yang lain sedang menanti~ hahahha

Unknown said...

pak abu : mengapa kenapa? aish~ mendalam je maksud.ekekeke..

farah hairuddin said...

xpayah nk curang sgt lah lelaki2..hehe.

Unknown said...

farah : bukan lelaki je yg curang... pompuan pon sama jugak kot~ ekekeke

autumn said...

mcm ku kenal ayt itu, tp di mana ya? ;-)

Unknown said...

autumn : ekekeke.. ayat ni kan dh biasa..ada org tu yg bgtau~

Fiza A said...

betol!! knapa msti curang! setialah pada yg satu kan.. =)