Pages

Wednesday, February 9, 2011

Hentikanlah semua tu...

Satu Malaysia mesti kenal ngan Datuk Dr Rozmey kan? jutawan yang pernah menggemparkan Malaysia beberapa bulan yang lalu dengan filem syok sendirinya, 2 alam. Sampai ke hari ni, pengasas produk pelangsing, JM5 tu masih mempunyai hater yang aktif di beberapa group yang terhasil di pesbuk. Baru-baru ni, ketika kabar angin mengatakan pesbuk nak tutup, DDR ada mengwar-warkan beliau nak buka DRbook untuk gantikan pesbuk. Dengar cerita laman sosial DRbook2U bakal diakses pada bulan Mac ni. Aku tengok geng anti DDR terus-terusan mengutuk tindakan beliau.

Bagi aku, memang aku sendiri tak suka cara DDR mempromosikan filem 2alam nya. Sememangnya filem tu teruk dan langsung tak setaraf dengan cerita yang DDR hebahkan. tambah meloyakan apabila DDR dengan syok sendiri mengutuk penerbit filem tanah air yang lain dan mengaku rakyat Malaysia terketar-ketar menantikan filemnya. Tambah memalukan lagi DDR melakukan penipuan terhadap jumlah kutipan di peroleh. Tapi cukuplah sekadar mengutuk tindakan DDR yang angkuh dan syok sendirinya terhadap 2alam. Kenapa harus rambutnya yang di jadikan kutukan masyarakat? kenapa produk JM5 yang di perlekehkan? dan terbaru, kenapa penghasilan DRbook di persendakan? 

 *Demmm, tengok rambut pon ghairah ke?


Memang tak dapat di nafikan sikap angkuh DDR terhadap target 40jutanya terhadap 2alam. tapi kenapa produk beliau seperti JM5 yang selama ni di gunakan masyarakat tetiba di persenda? gambar yang di edit pasal DDR bersepah di Internet. Aku sendiri pernah mengutuk DDR pasal filemnya. tapi janganlah kita mengutuk produknya yang lain. kadang kala kita juga harus menyokong produk tempatan seperti DrBook tu.. walaupon takde identiti sendiri sebab nampak sangat nak ciplak pesbuk, kurang-kurang DDR nak mencuba. biarkanlah dia dengan cita-citanya. kalu kita taknak guna sekalipon, berdiam diri adalah lebih baik dari dok mengutuk. Mana tahu, hasil DRbook nanti lebih bagus dan setaraf dengan pesbuk. Jangan terlalu awal menghina sebelum kita mencuba sendiri.

Pesanan aku, kalu nak mengutuk DDR pon, kutuklah sikap angkuh dan bongkaknya. Janganlah hina dirinya dan rambutnya. Jangan juga mempersendakan produknya yang lain selain 2alam. Kadang-kadang aku sedih dengan perangai masyarakat kita. Suka sangat menjatuhkan sesama sendiri. sesekali, sokonglah juga orang kita. Ubahlah mentaliti kita.. asyik nak mengondem sesame kita je. kereta proton pon selalu je kena kutuk. tapi ramai juga rakyat negara ni yang pakai...hmmm~




p/s : hentikanlah aktiviti mengutuk tak bertempat dan kerja mengedit yang takde pekdah ni....haish~

19 Orang mengumpat:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

org kita..klu tak kutuk dan ngumpat badan dia sakit kot?

Ayuni said...

org, smua x puas ati..

biharahim said...

betul tuh. nak kutuk pon jangan la sampai mngutuk anugerah Allah kat diri dia. dia pon manusia biase yang ade perasaan :]

shatooman said...

LM : entahlah kak.. mungkin demam kot kalu x mengata org~

shatooman said...

Ayuni : perangai manusia @ perangai masyarakat kita? hmm..

shatooman said...

biharahim : sy pon pernah kutuk dia. tp kutuk sikap dia. :)

Daniela said...

kutuk mengutuk tu dah sebati dlm dri manusia..tp biar berpada2...hmm...

ghost writer said...

berdiam itu lebih baik...hihi

THE LEKAT LEKIT STORY said...

DR romzey maybe bercita2 tinggi.. x salah walau dia tak capai pun target. so, utk apa nak kutuk dia lebih2. sekurang2nya dia ada impian..

shatooman said...

Daniela : jadi kaya, di kutuk. jadi miskin dihina.. :(

shatooman said...

ghost writer : betol tu.. syyyhhh... ^^

shatooman said...

Miss Lekit : selagi dia tak menyusahkan hidup kita, baik x payah ambik kesah.. x dapat pape pon dok ngutuk ni. terima dosa kering je..

bluedianthus said...

Kalau bab mengutuk ni, tak payah nak ambil bahagian la shatooman...senang cerita masing2 ada cara masing2.. Yang penting, Dr Romzey tu sudah cukup hebat kerana dapat menembusi pasaran dengan produk pelansingannya tu.. Biarlah diorang nak mengata, dr romzey pula senang hati duit masuk tanpa henti..:) Susah juga klu facebook ni disalahguna..baik guna untuk kebaikan mcm kelab kebajikan atau kelab prihatin..ada juga pahala nak tutu dosa2 lalu.;) Nice post shatooman...keep it up

shatooman said...

bluedianthus : betol tu.. ddr terus je masuk duit dengan senang hati.. jadi hater mmg x de satu faedah pon. tq bluedianthus ^^

ctpayong said...

salam
kak ct pon takla sokong dia tapi geligeleman baca kenyataan dia.

buat yg suka edit mengedit tu, soh mereka bukak kelas tuiton adobe..lagi berpekda kan.

shatooman said...

ctpayong : statement dia mmg agak meloyakan tekak, tp x yah la nk kutuk lebih2 kan.. betol tu ct, baik diorang buka kelas tuisyen.. boleh jgk duit. boleh jgk tlg masyarakat kita lebih celik dan bijak.

Woofer Storm said...

memang sdap nak kutuk org,tapi sndri kena baru tahu langit tu tnggi rendah..

follow sni ye...

Memorabilia said...
This comment has been removed by the author.
shatooman said...

Woofer Storm : betol tu.. kalu dh kena batang idung sendiri baru tahu rasa macam mana.