Pages

Wednesday, February 16, 2011

Kepelikan yang memelikkan

Pelik betul aku buat tajuk entry hari ni.. Mesti korang rasa pelik kan apa yang aku pelikkan sangat sampai tulis tajuk pelik yang memelikkan.. Ishh~ pelik la aku hari ni.. sebenarnya aku sentiasa merasakan sesuatu di sekeliling aku itu pelik.. Aku juga rasakan orang lain itu memelikkan.. selalu aku jumpa dengan orang yang sering menanyakan soalan dan hukum pasal agama tentang perkara asas kat ustaz-ustazah.. memang aku penuh kehairanan dan kepelikan kerana takkan hukum yang simple macam tu pon nak tanya. perkara asas dalam agama kot.. contohnya macam niat nak solat. boleh tak baca niat dalam bahasa melayu. Dulu aku selalu merasakan soalan begitu terlalu membuang masa.. benda macam tu pon nak kena tanya ustaz. Tapi akhirnya aku faham, bukan semua orang pernah mendapat pendidikan yang sempurna.. bukan semua orang pernah belajar macam aku di ajar.. mungkin soalan tu remeh jika kita sudah tahu, tapi amat meragukan kepada mereka yang tidak tahu. Kita pasti boleh mengeja ABC hingga Z. tapi orang buta huruf memang takkan boleh membaca seperti kita.

Soal tu aku dah tak pikirkan sangat dah. Tapi sejak aku menjadi blogger, aku juga hairan dengan perangai beberapa blogger yang suka menghina dan mengutuk blogger lain.. Kalau setakat nak menegur dan memberi nasihat tu, ok la jugak.. ni main maki je.. kasi ayat dok menghina blogger lain. lebih menghairankan, dari identiti yang dikenalpasti, pengutuk-pengutuk ni ada yang sudah pon berumur lebih 30 tahun. Aish~ dah taraf bapak budak pon masih mentaliti macam budak? dok mengata, mengutuk orang lain.. guna ayat yang kurang sopan. Hmmm, tak de kematangan langsung. Cuba-cubalah berubah. aku tengok penulisan aku dulu-dulu pon  agak kebudak-budakkan. banyak emo, ayat mengarut, tak leh kena tegur sikit, terus melenting.. sehinggakan aku ketawa sendirian bila baca balik benda lepas sambil malu pada diri sendiri. langsung tak matang.. ;p

Bagi aku, orang yang suka kutuk orang lain ni memang sangat pelik.. Apa kejadah yang dia dapat dari mengutuk orang? contoh paling mudah aku bagi sini, macam blog jejariruncing, awek si Khairul Fahmi tu.. aku tengok sekarang ni, makin ramai hater dia yang muncul. yang tambah memelikkan, kenapa nak kutuk si elia tu? blog dia best ke, tak best ke, apasal korang follow? apasal korang baca? tak suka, keluar je la.. padahal banyak lagi kot blog yang lebih teruk dari blog elia tu. tapi kenapa si jejariruncing yang jadi mangsa? sebab blog dia mendapat ribuan follwer dalam beberapa hari? sebab dia awek goal keeper Malaysia? sebelum ni takde pon orang nak kutuk blog dia.. dia nak jiwang, eksyen, lantak dia la.. blog lain banyak lagi yang lebih jiwang. Kenapa budaya kutuk mengutuk ni perlu ada ye? pelik betul aku..

16 Orang mengumpat:

Ayuni said...

betul! sye sungguh2 setuju! org yg mengutuk nie slalu dengki n x puas hati ngan org lain, kwn sye, Dr Juanita, doc psychology ckp org yg ske kutuk org dlm penulisan nie sbenarnye merisikokam diri mereka kearah mental illnesses.....

Riana Qistina said...

org yg suke mengutuk org ni byk sangat sakit hati dgn org... nnt mati dlm kepedihan bru tau

shatooman said...

Ayuni : pelik kan ngan perangai org yg suka mengutuk ni.. hati mesti tak senang bila tengok org lain senang.. hmm, brain dia mmg ada something wrong~

shatooman said...

Riana Qistina : Org yg selalu tak suka dengan orang lain, mesti orang lain pon ramai yg x suka ngan dia.. mmg patut mati dalam kepedihan. lagi pedih bila izrail nak cabut nyawa tu..

eqbalzack said...

abg eq dah biasa kena kutuk...lagi diaorg kutuk lagi bersemangat abg eq nak maju ke depan!

dr segi psikologi, org yg suka kutuk org tu ada masalah mental!

FaizalSulaiman said...

tak pasal blog elia kena serang. I bet ramai haters yg tak puas hati ngan dia lah..

kalau nak rasa blog best, kenala rajin komen blog orang ke, jalan-jalan ke, wat kontes ke..tu lebih baik. bersaing secara sihat:)

shatooman said...

Abg Eq : sabar je abg eq.. tak guna melayan mereka yg x betul ni.

shatooman said...

FaizalSulaiman : ntah la bro..x pasal2 elia jadi mangsa..bila dengki dh menguasai diri, buat apa pon sanggup sehingga akal normal pon di ketepikan.

manna_salwa said...

yep.. mmg pelik..
bile kita lebih self-centered n kurang mahir nk mencari rasional ditambah dgn emosi.. mcm tu la gayanye..

maybe diorg still x nampak tu..

shatooman said...

manna_salwa : aha!! baru jumpa ayat awak tu.. itulah sbnrnya yg sya nk dgr..^^ kurang mahir mencari rasional ditambah dengan emosi~

ghost writer said...

tak penah pun gi blog si elia tuh.jadi aku tak tahu aper2.mungkin aku tak terpengaruh kot..

nak tegur macam shatoo cakap lar,kena susun ayat elok2 bukan main hentam jer.pedih wooo

shatooman said...

ghost writer : diorang x de la mengutuk kt dlm blog elia.. tp kutuk dr belakang.. kat blog2 lain. eh, elia tu contoh je aku bg.. ramai lg yg kena. entry ni bukan nk tuju kat blog dia je~

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

takyah pelik..itu adalah sifat org kita..huhu

bluedianthus said...

Memang saya tak setuju sangat kalau nak mengutuk.. Kalau teguran yang ikhlas boleh lagi diterima. Lagi satu tu, kadang-kadang saya perhatikan blog ada letak perkataan tak elok. Contoh, "Kalau kau tak suka blog aku, kau boleh blah dari sini.." Memang la ianya blog peribadi, tempat untuk menulis apa saja..tapi kalau tak nak orang lain baca, kenapa tak private kan je blog tu. Tulis kat shoutbox bukan main lagi suruh masuk blog dia...tapi bila dah sampai blog dia...alahai.. Blog oh blog...:)

shatooman said...

LM :hmmm, setandan pisang, x kan semuuanya elokkan?

shatooman said...

bluedianthus : hmm, pelik jugak tu. dh ajak org datang, bila orang datang di halau pulak~