Pages

Friday, February 18, 2011

Mari Mengundi...

Minggu mengundi di UM sudah bermula.. sekarang ni calon-calon bertanding dah sibuk dok edar manifesto masing-masing. Sesekali kemeriahan dan kesibukan yang melanda suasana Universiti cukup menghiburkan dan kadang-kala juga sungguh mengecewakan. Mengundi itu perlu ke atas kita bagi menunaikan tanggungjawab untuk memilih bakal pemimpin kita. Siapa yang kita mahukan dan di rasakan layak untuk memimpin. Jika dilihat suasana kempen dan kerjasama masyarakat dalam menaikkan banner, bunting, poster, dan sebagainya cukup menyenangkan hati aku.

Tapi bila terjadi pergaduhan, perbalahan, memang aku sangat-sangat kecewa... ye, la.. nak mengundi pon, undi je la.. aku pon mengundi jugak. tapi apa jadah kalu sampai nak bergaduh? Apa hal sampai nak menjahanamkan harta benda awam mahupon harta milik pihak lawan? Mengundi je pon..bukannya kita nak lancarkan perang saudara. Apa faedah la yang dapat dari bergaduh ni? Silap hari bulan, masuk balai polis.. nak berkempen pun biarlah berpada-pada.. Jangan terlalu fanatik sangat dengan politik ni. Tujuan kita masuk U pon untuk belajar.. politik tu biar la berpada-pada.. bukan tak boleh berpolitik sebab rata-rata pelajar U dah layak untuk mengundi. tapi biar kena caranya. sekarang ni tujuan utama ialah belajar. politik tu biarlah jadi sampingan.

Aku selalu pesan kat member-member, jangan la fanatik sangat dengan politik ni. bila kita dah terlalu taksub dengan sesuatu parti atau calon, kita hanya akan mengaggap parti kita atau calon pilihan kita sahaja yang betul dan selalu menganggap pihak lawan adalah pihak yang salah. walaupon jelas pihak kita membuat kesalahan pon kita masih nak tegakkan benang yang basah. itu hakikat yang selalu berlaku bila terlalu taksub. Politik dah jadi perkara kotor. Padahal politik itu bersih dan adil tetapi jadi kotor dan hilang kesucian dan keadilannya kerana ketaksuban dan kebodohan kita. Pesanan aku, berpolitik lah dengan cara yang bersih dan adil. Kepada para calon, jika menang nanti, jangan dilupakan tanggungjawab kepada rakyat~ kita berdiri untuk rakyat dan kita sendiri yang menjadi harapan dan pilihan rakyat. Kepada pengundi-pengundi, Selamat Mengundi dan pilihalah calon yang sesuai dan dirasakan layak oleh anda.

8 Orang mengumpat:

iqbalhakimi said...

uthm pun tgh hangat nie..

Anonymous said...

salam.. saya ashley.. lama tak berkunjung ke sini...ingat lg tak saya..?:) baru2 nie penulis buku ada mahu mencari sumber pasal freemason dan saya telah mencadangkan post saudara yang PERBUALAN BERSAMA PADERI,, rasanya saudara kenal penulis jutawan negara kita iaitu ABDUL LATIP TALIB..jika senang lihat lahh sendiri di FB penulis..

wasalam,

silent reader,
Ashley

shatooman said...

iqbalhakimi : selamat mengundi~ ^^

shatooman said...

ashley : sy akan ingat awk kerana selalu je komen kat sini.. :)

Abd Latip Talib yg penulis novel sejarah Islam tu ke? ekk, post tu pon sy petik dr sumber lain. just kongsi je disini. sy pon lupa sumber asal entry sbb tu x de backlink. segan jugak sy kalu penulis tersohor baca blog ni sbb blog ni hanya utk santai dan bukan bahan ilmiah. papepon, trima kasih sebab masih memberi sokongan kpd sy.. ^^

Ayuni said...

hm, smlm pun manifesto kt unisza, mslhnye smua janji2 tu ditepati ke?

shatooman said...

Ayuni : bergantung kpd calon tu la.. masa nk kempen, semua boleh tabur kata-kata manis.pastu, bergantung jugak pada pihak U.. kalu U tak bagi peruntukan pon, bukan blh buat apa-apa.. hmm, buatlah pilihan yg terbaik~

ghost writer said...

asal saje ade hari mengundi tak sah kalau takde pertelingkahan..padahal kecil jer pun dunia politik kita.

shatooman said...

ghost writer : tu la yg sgt menyedihkan.. kerana mengundi pon nk bermusuh.