Pages

Thursday, April 21, 2011

Salahkan lelaki

Kalu diperhatikan, Blog yang selalu bincang pasal jiwang-jiwang, kapel-mapel, cintan-cintun ni kebanyakannya mesti blog perempuan. Jarang sekali ada blog lelaki macam tu.. bukan takde tapi susah nak jumpa.. tu pilihan masing-masing la..korang nak cakap pasal apa pun, tu hak korang.. ada sesetengah orang suka kutuk blog-blog jiwang ni. Bagi aku, kalu rasa blog macam tu tak menarik, baik tak payah baca la.. tak perlu nak kutuk-kutuk. kehendak dan pendapat masing-masing berbeza.. 

Ada juga blog jiwang-jiwang yang best dilayan.. yang penting adalah gaya penulisan yang menarik.. tapi aku nak cerita sekarang ni, apa pasal kalu cerita bab cintan-cintun ni, selalunya asyik lelaki je yang kena hentam?? sikit-sikit salahkan lelaki..lelaki suka mainkan perasaan perempuan la, lelaki tabur janji kosong la, lelaki makan madu dan membuang sepah merata-rata la..Hmmm... berkali-kali aku katakan, jangan mudah percaya kepada lelaki. jangan serahkan segalanya pada lelaki. Bila dah terkena, baru sendiri nak terasa.. mula la kata macam-macam, lelaki buaya, jantan tak guna..

Bila terbaca kisah-kisah macam tu, aku sebagai seorang lelaki tulen juga akan turut terasa... walaupon aku tak buat apa yang depa kata tu, tapi ayat depa tu macam nak katakan semua lelaki tu sama.. haish~ sebenarnya sama je lelaki ke perempuan..ada lelaki baik, ada lelaki jahat, ada perempuan baik, ada perempuan jahat.. setiap manusia tu tak sama.. asyik-asyik lelaki yang selalu dipersalahkan bila terjadi perpisahan.. apakah takde lelaki yang dipermainkan oleh perempuan? Ramai sebenarnya.. antaranya aku sendiri..ekekeke..tapi tak perlu la aku nak kutuk benda-benda lama.. biar la tersimpan dalam hati je.. tak juga aku salahkan dia kerana meninggalkan.. cuba nilaikan kekurangan diri sendiri dan fikiran positif.. walaupon ada yang kata itu hanya cinta kera, namun aku bersyukur kerana aku masih ada teruna...




p/s : memag rugi la dia tu  meninggalkan aku... sebab aku masih ada teruna...wakakaka~

13 Orang mengumpat:

Ayuni said...

hm, baik yg jiwang dr asyik kutuk org je.....

ubi masam said...

saya pun masih teruna anak satu...

shams said...

kutuk ,ngumpat,ngata tak de faedAH..
jiwang tak kisah..dalam hati ada taman la katakan...

ghost said...

nak wat camner,dah takde sapa nak disalahkan...lain kali dowang mesti salahkan orang yang amik bf dowang..baru true.

Putri Sayang Kamu (PSK) said...

haha ! kesian jugak dekat lelaki . asyik2 kena . gatal lelaki , buaya lelaki , penipu lelaki .

Unknown said...

Ayuni : betol tu..tapi kutuk kalu kena cara ok la jgk..

Unknown said...

Nuar : ekkk??? apakah??hahaha..

Unknown said...

shams : muka legend hati cute..ekekeke

Unknown said...

ghost : terlalu ikut emosi..

Unknown said...

atiey azha : kenapa susah nk dgr perempuan buaya? perempuan penipu? perempuan suka main kayu 3?? huhuhu

Putri Sayang Kamu (PSK) said...

shatooman : yang tu atiey belum kaji lagi . hehee . macam member atiey , lelaki jugak . dipermainkan perempuan . so , macamana nak kata ni ? mungkin , yelah . kebanyakkan blog perempuan memang jiwang-jiwang .

mesti dorang akan cerita dorang dipermainkan lelaki , lelaki curang , dan bla , blaa . blog lelaki pulak kurang . so , tanggapan lelaki jahat nampak di situ . eh , panjang pulak merapu atiey ni . keh3x !

Unknown said...

ok..terase.. :p hehe

shaerin syazwan said...

ehem .
hehe . well . girls kan penuh perasaan .

BUT , sokong gila.taksuka takyah baca kan kan ?

anyway , tak semua orang perfect . masing2 ade salah silap sendiri kan kan ? so takpayah nak pertikai sangat lah kan .