Pages

Sunday, August 28, 2011

Tiada yang baik

Sesungguhnya dalam dunia sekarang ni tiada manusia yang sempurna..setiap manusia pasti ada khilafnya.. tak terlepas juga diri aku sendiri yang kononnya ‘bajet’ baik sebab selalu dok kutuk orang lain.. kadang-kadang, ada benda yang kita sedar dan ada benda yang kita tak sedar ketika kita melakukannya.. Setiap bicara kita, sebolehnya kita ingin semua pihak menyenangi kita namun pasti akan nada yang tak menyukai.. tutur kata dan perbuatan kita pasti pernah melukai dan membuat orang terasa hati..

Sekiranya aku pernah menyakiti dan melukai sesiapa, sepuluh jari aku susunkan dan ampun maaf aku pohonkan.. aku masih manusia yang punya ego dan emosi yang kadang-kala sukar untuk mengawalnya.. Sempena berlalu bulan yang mulia ini, maka akan tiba pula saat yang dinantikan semua.. Syawal bakal membuka tirainya.. dengan rendah diri dan ikhlas hati, ingin aku ucapkan kepada semua yang mengenali diri ini samada didunia nyata mahupon dunia maya, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir dan Batin.. Kepada mereka yang ingin menuju ke desa halaman,  pulanglah dengan selamat.. Ingatlah mereka yang tersayang.

Setiap manusia pasti ada silapnya.. manusia tetap punya kebaikan dan keburukan masing-masing..Tiada manusia yang betul-betul baik selain Rasulullah.. dan pada malam terakhir Ramadhan ni, aku jumpa perkara yang tak baik juga.. search keyword kat blog aku tiada perkataan yang baik-baik.. cisss…sungguh tak baik manusia itu, mencari perkataan yang tak baik di malam yang baik..





Friday, August 26, 2011

Pengeras

Perkataan pengeras selalu kita dengar dalam kes perubatan tradisional.. kononnya pengamal perubatan tradisional yang juga dikenal sebagai bomoh ataupun dukun akan mengenakan bayaran tertentu sebagai upah kepada perkhidmatan mereka.. Untuk nampak lebih hebat, kononnya jumlah bayaran tu telah pun ditetapkan oleh khadam ataupon jin belaan tok bomoh tu.. Bayaran Pengeras tu tak sama antara bomoh dan jenis penyakit.. dari puluhan ringgit dan boleh mencecah hingga puluhan ribu..

Pengeras yang agak tinggi tu biasanya akan cuba dibayar oleh pesakit walaupon tinggal sehelai sepinggan dek kerana desakan penyakit yang di alami.. kerana terlalu ingin sembuh, mereka dah tak fikir wang itu sebagai satu masalah selagi mampu di perolehi.. Bagi aku sendiri, bomoh yang mengenakan pengeras ni kebanyakannya kelentong je lebih.. hasilnya penyakit pesakit tak sembuh, duit pula habis dan tok bomoh tersengih menuju ke bank.. cuba fikirkan, kalu jin belaan tok bomoh tu tetapkan jumlah pengeras, jin tu bukan pandai guna duit pon.. jin tak perlu menghulurkan duit untuk membeli sekampit beras dikedai runcit.. Yang perlu guna duit adalah tok bomoh tu..

Kenapa pesakit tak sembuh selepas dirawat dan telahpun menjelaskan jumlah pengeras yang diminta? memanglah sembuh dari penyakit tu dari izin Allah.. tapi kenapa rawatan iktiar dari bomoh tu tak berhasil? sebabnya tok bomoh tu hanyalah sekadar kaki penipu atau pun kerana niat tok bomoh tu sendiri yang tak betul.. tok bomoh hanya inginkan wang dan bukan beniat ikhlas untuk membantu pesakit.. Sering kita dengar cerita, pesakit habis duit ribu riban sebelum ni untuk rawatan tapi tak sembuh.. last2 jumpa la dengan ustaz-ustaz dan bomoh yang tak mengenakan bayaran, akhirnya sembuh.. mungkin juga kerana mereka ikhlas untuk ikhtiar rawatan kepada pesakit. Pesanan aku kepada semua, tak payah percaya la ngan bomoh-bomoh yang mintak pengeras ni.. kalu boleh, hempuk je kepala tok bomoh tu dengan objek keras..Hmm, teringat cerita 'Nasib Do Re Mi' karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.. betapa bodohnya orang yang percaya kepada bomoh pengeras ni.. mintak pulut kuning lah, ayam panggang lah, duit lah.. siap suruh bukak baju seluar.. semua pon sanggup buat kalu dah terlalu percayakan bomoh..




P/S : tak payah cari bomoh yang mintak pengeras.. ikhtiar saja dengan bomoh tak meminta dan hanya menerima pemberian kita seadanya..

Thursday, August 25, 2011

Nescafe

Kalu bab minuman, aku rasa aku sangat menyukai Nescafe.. sehari tanpa Nescafe, rasanya hidup aku tak berapa sempurna lebih-lebih lagi bila terbayangkan wajah Maya Karin sedang tersenyum kat aku..Fuhhh!! Paling kurang pon mesti pekena segelas sehari.. tapi tak boleh 2,3 gelas secara berterusan minum Nescafe yang sama.. kalu dah minum Nescafe susu, mesti minum Nescafe 'O' pulak.. Aku tak boleh minum susu secara berterusan..nanti jadi muak dan loya..

Sehari kalu tak pekena nescafe, pasti aku akan lembik dan lemah longlai.. sebab tu penting bagi aku untuk bangun sahur.. bukanlah nak makan sangat sebenarnya, tapi sebab nak minum nescafe..tapi alang-alang dah bangun untuk makan, maka perlulah bagi aku untuk menelan sepinggan nasi sekurang-kurangnya..Agak-agaknya, mampu ke aku berpuasa jika tak pekena Nescafe?? Hmm.. misteri yang belum terungkai..hahaha.. Tapi seyes aku cakap, perot aku akan tetap berasa lapar selepas makan jika tak pekena nescafe.. tapi aku boleh tahan kelaparan jika tak makan asalkan dapat minum nescafe.. Perghh..memang hebat penangan Nescafe dalam kehidupan aku..

Pernah kecoh suatu ketika, kononnya Nescafe tu tak baik untuk kesihatan dan boleh memudaratkan badan.. Apa reaksi aku?? Ahh..lantaklah.. kalu bubuh racun pon aku tetap akan minum Nescafe.. Aku tak percaya tu semua.. Ada yang kata Nescafe ada keburukan.. Nah!!! setiap benda di dunia pasti ada baik buruknya.. takde benda yang betul-betul perfect.. Nescafe masih punya banyak kebaikan.. kalu nak tahu, search sendiri.. aku tak nak ulas panjang-panjang.. Yang paling aku suka pasal kebaikan nescafe ialah, mengerapkan kadar kencing kita walaupon kencing tu dalam kuantiti yang sedikit.. Hal ini dapat mengelakkan kita dari menghidapi penyakit batu karang. Tak tahulah benda ni betul atau tidak, tapi yang pastinya aku pasti akan kerap kencing selepas minum Nescafe.. Kerap ke tandas takpe, asalkan tak dapat batu karang..kan?? lagipon, ketahanan otot kaki juga akan bertambah kerana kita sering berlari ulang- alik nak masuk tandas..




 Ingat Nescafe, Ingatlah Maya Karin~ 




Wednesday, August 24, 2011

Baju Raya

Sekarang ni mesti pakat dok sibuk nak mencari baju raya kan?? golongan ibu-ibu dan bapak-bapak mesti dok pening sambil sesekali mengira duit kat dalam wallet tu..hahaha.. Al-kisah, petang tadi, aku pergi la ke kedai baju untuk menemani sorang member tu nak belikan baju raya untuk anak-anak dia.. tanpa di sangka-sangka aku pulak yang telah terbeli baju untuk aku sendiri..hehehe.. tahun ni aku taknak pakai baju melayu.. aku dah beli jubah untuk raya. dah lama rasanya aku tak pakai jubah ni~ berlagak alim la konon..mana la tahu, nanti aku gi join geng tabligh ke pulak..hahaha..

Dalam keseronokan membeli baju tadi, aku terpandang la contoh-contoh baju yang digantung kat kedai tu.. macam-macam pilihan..akhirnya aku terpandang kawasan baju kebaya.. perghh..kebaya moden la konon.. rasanya aku taknak panggil kebaya moden tapi aku nak panggil kebaya bogel.. makin lama, makin teruk fesyen sekarang ni.. tapi aku rasa, kebanyakan orang perempuan sekarang memang suka kalau dapat pakai baju kebaya bogel ni.. makin tahun, makin sikit kainnya yang tutup badan.. 

Dah beberapa tahun trend baju kebaya berlengan nipis ataupon transparent ni menjadi kegilaan para perempuan.. boleh nampak ketiak dia..kalu ada yang tak cabut bulu ketiak, uiishh..memang seram gila la kita menengoknya.. tadi aku terlihat lagi kebaya yang lebih moden lagi.. kalu lelaki tengok, memang meleleh air liur wa cakap lu..

kebaya bulu ketiak ni dah jadi fesyen lama..     









Kebaya bogel....memang ummpph..



Ada ke patut baju macam ni pon dibuat..baik tak payah pakai baju terus.. sehelai baju tu transparent terus.. cuma menutup dibahagian dada dan bontot sahaja.. pusat pon terdedah, peha pon terbuka..apa kejadah fesyen lagu ni?? Mungkinkah ada perempuan yang gila ingin membeli dan memakai kebaya bogel ni? rasa-rasanya memang ada.. kalu nak beli dan pakai aku rasa tak salah..dengan syarat hanya memakai depan suami~ kalu pergi kehulu kehilir dengan baju ni, memang sah, otak korang ada something wrong..



p/s : kalu ada perempuan yang pakai kebaya bogel ni, rasanya pasti setiap lelaki yang memandang akan terpegun..OMG!!OMG!!!OMG!!!!!!


Monday, August 22, 2011

Belakang parang

Belakang parang, kalau diasah lagikan tajam.. tu pepatah orang tua.. nak beri gambaran kalu benda yang tumpul pon, kalu di asah, lama-lama akan jadi tajam jugak.. apa yang penting ialah usaha.. kalu orang tengok pon, tak payah la nak malu kalu kita dok mengasah belakang parang. orang lain nak asah mata parang, tapi kita asah belakang barang.. yang penting usaha dan benda tu tak salah disisi undang-undang mahupun dari hukum agama..

Apa yang aku nak cakap sebenarnya, masyarakat kita ni, ada sesetengahnya malu untuk buat sesuatu dan malas untuk buat benda yang tak biasa dibuat.. selalu je terdengar alasan mereka, "tak reti lah nak buat benda ni.." "eh, tak biasalah kerja macam ni..".. Ye, orang kita suka memberi alasan tak reti sebelum mencuba sendiri untuk buat.. Ehh, aku nak tanya, lepas korang beranak dulu, terus pandai jalan dan berlari ke?? mesti pernah belajar berdiri, berjalan perlahan-lahan kan?? dan mesti pernah rebah beberapa kali untuk pandai berjalan.. takde manusia yang terus boleh berjalan lepas beranak..

Masa kecik dulu, kita akan berlajar sendiri tanpa disuruh.. tapi bila dah besar, suka pulak beri alasan bila diberi arahan.. Kalu tak reti, cubalah buat dulu.. kalu tak mampu, tanyalah pada mereka yang lebih tahu.. Jangan mudah mengalah sebelum mencuba.. Benda yang tumpul pon boleh jadi tajam bila diasah, apatah lagi kita manusia.. lagi diasuh, pasti akan lebih pandai..




Sunday, August 21, 2011

Koleksi Peribadi

Sering kita dengar berita artis-artis yang kantoi berbogel, berbikini, beraksi di ranjang, minum arak, isap dadah.. diorang kantoi apabila video-video dan gambar-gambar yang membuktikan aktiviti diorang tu jatuh ke pihak yang 'tak boleh diharap'.. 'Pihak yang tak bertanggungjawab' ni kononnya akan menyebar video dan gambar tak senonoh tu melalui bluetooth, upload kat pesbuk, upload kat blog, kat prenster dan sebagainya..

Bila dah kecoh isu depa berbogel ke, berbikini ke, diorang akan salahkan pihak yang menyebarkan.. kononnya itu koleksi untuk peribadi.. bukan untuk tayangan umum.. bila masyarakat dok kutuk, maka diorang pun akan meminta maaf.. kononnya dengan meminta maaf kat masyarakat, kesalahan diorang akan dilupakan.. hmm, ngan Tuhan tak tahu la diorang minta maaf ke tak.. Puas aku berfikir, mestikah ada koleksi peribadi kita yang dalam keadaan yang aib? perlu ke kita simpan video-video dan gambar-gambar bogel kita? stakat nak tengok diri sendiri yang bogel, bukak je la kain tu.. tengok depan cermin.. Apa ke tolol sangat perlu rakam gambar, buat video bagai tu?


Kalu terasa gian sangat nak tengok gambar bogel, video lucah, search je kat internet tu.. berlambak!!! tak perlu meng'gian'kan diri untuk berlakon video lucah mahupun bergambar bogel.. kerana ke'tolol'an diri untuk merakam aksi sendiri maka terhasillah gambar-gambar awek melayu bogel, awek ttuuutt..tuuttt.., melayu 3gp dan sebagainya.. saranan aku, tak payah la nak buat gambar-gambar dan video-video yang tak senonoh diri tu sebagai koleksi peribadi.. Yang laki bini pon, tak payah la nak rakam dan simpan aksi korang tu.. kalu terasa nak tengok, baik beraksi sekali lagi.. kang dapat kat orang lain video dan gambar tu, haru je dunia kamu itu... yang tak femes akan femes.. yang dah femes semakin femes..


*Apa perasaan korang bila gambar peribadi korang macam ni tersebar? bangga??



p/s : baik aku simpan gambar power rangers untuk koleksi..

Saturday, August 20, 2011

Cinta

Kerana cinta, kita sanggup melakukan apa saja.. jika orang yang kita cintai mesej pukul 3 pagi pun, kita akan reply.. jika orang yang kita cintai minta nak makan KFC pon, kita akan belikan.. jika orang yang kita cintai ajak berjumpa kat seven-E pon kita akan pergi dan meninggalkan segala kerja yang dilakukan.. Jika yang dicintai itu merajuk, dengan segera kita akan memujuk.. Segalanya kita sanggup lakukan untuk orang yang dicintai.. pendek kata, lautan api sanggup direnangi.. gunung everest akan didaki..

Segalanya sanggup dilakukan kononnya demi cinta sejati.. Namun, dimanakah bukti cinta kita kepada Tuhan? Tuhan tak pernah meminta kita meredah lautan api, daki gunung bagai tu.. Tuhan hanya nak jumpa kita 5 kali sehari.. waktu subuh sekali, zohor, asar, maghrib dan isyak.. Hanya 5 kali sehari.. 5 minit sekali.. surat cinta yang dikirimkan oleh-Nya iaitu Al-Quran pernahkah kita baca? Cinta kepada manusia, sanggup kita gadaikan segalanya.. sedangkan cinta itu entah kemana penghujungnya..
 

Tiba-tiba dapat berita, cinta kita itu ada kekasih lain.. bagaimana penerimaan kita sekiranya cintanya itu beralih kepada orang lain sedangkan segalanya kita serahkan padanya? Ketahuilah, jika kita mencintai Allah, selama-lamanya cinta-Nya itu ada pada kita.. Allah tidak meminta kita melupakan dunia hanya kerana-Nya.. Segala perbuatan kita didunia itulah yang menentukan kecintaan kita kepada Allah.. Sekiranya setiap kerja dilakukan kerana Allah, pasti kita akan peroleh pahala dan berkat dari Nya..Jika kita melakukan kerja yang dilarang-Nya, sudah pasti akan mendapat kemarahan-Nya.. Cinta itu tidak buta..Cuma hati kita yang buta untuk menilaikannya…


Friday, August 19, 2011

Apa jenis manusia

Manusia ni memang macam-macam jenis punya perangai.. lain kepala, lain bahasa.. Ada yang sombong, ada yang suka berkawan, ada yang suka mengutuk, ada juga yang suka memuji.. Al-kisah, ada la sorang teman tu.. baru-baru ni sering ditimpa masalah.. dan aku jugak la yang dicarinya untuk mengadu.. Yang boleh aku bantu, aku cuba bantu sedaya yang boleh.. yang tak mampu, aku cuma boleh nasihatkan je la.. beri jalan penyelesaian yang terbaik..

Pukul 10 malam dia call, aku jawab.. pukul 3 pagi dia mesej aku balas.. pukul 7 pagi dia call aku jawab, pukul 2 petang dia mesej, aku balas.. pendek kata, tak kira masa dia akan cari aku untuk meluahkan masalah beliau.. aku habiskan kredit telefon 20, 30 hengget, takpe la..teman punya pasal.. aku habiskan duit 2,3 ratus, tak pe la.. kawan nak guna.. aku habiskan masa aku seharian sampai berminggu, ok lah.. luangkan masa untuk kawan.. aku perahkan kudrat tulang 4 kerat dengan berpenat lelah pon, takde masalah.. kerana teman.. bila dah lama, aku pon tanya la sikit.. macam mana ngan masalah dulu? sekarang ok ke? jawapan dia hanyalah, "kenapa ko nak sibuk pasal hidup aku?".." jangan nak sentuh pasal peribadi aku!!" 

Ohh.. begitu rupanya balasan yang diterima..Salahkah aku untuk bertanya? tetiba aku rasa aku memang seorang penyibuk.. ok, aku janji..mulai hari ni, aku takkan ambik tahu lagi pasal ko.. ko nak panjat pokok kelapa, pastu terjun pon aku tak kesah.. Jangan lagi cari aku lepas ni.. Apa jenis manusia la ko ni??



Tangguhkan Solat

Solat tu tiang agama.. Tiang tu maknanya amat penting bagi mengukuhkan agama tu di dalam diri.. seperti juga rumah, kekukuhan sesebuah rumah itu terletak pada binaan tiangnya.. Jika rumah tidak mempunyai tiang, nescaya akan runtuhlah rumah tersebut.. begitu juga dengan agama. Jika tiada tiangnya, maka akan hilanglah agama dalam diri seseorang..

Betapa pentingnya solat itu disisi agama sehingga Rasulullah s.a.w  menerima wahyu keperluan solat itu terus dari Allah s.w.t semasa malam israk mikraj.. wahyu tentang solat tidak disampaikan kepada Rasulullah melalui perantaraan Jibril sebagaimana wahyu-wahyu lain.. Jelas disini, kepentingan solat itu.. Solat itu wajib ke atas setiap muslim dan makruh jika kita melambat-lambat dalam mengerjakannya.. setiap kali masuk waktu, kita haruslah menunaikan kewajipan solat itu secepat mungkin dan meninggalkan segala keperluan duniawi..

Tapi dalam kewajipan bersolat dan jangan melewat-lewatkannya tu, adalah pula masanya solat tu boleh di tangguhkan.. contohnya ketika kita dalam keadaan musafir.. kita dibolehkan melakukan jamak dan qasar.. Jamak takhir boleh dilakukan iaitu menghimpunkan waktu solat terdahulu ke waktu solat akan datang contohnya zohor di buat dalam waktu asar.. kita juga boleh melambatkan solat kerana kepentingan lain contohnya seperti makan dan berbuka puasa.. solat Maghrib boleh di kemudiankan selepas selesai berbuka.. jika makanan telah terhidang, tak baik jika di biarkan dahulu.. Rasulullah melarang kita melambat-lambatkan waktu berbuka.. kita disarankan melewatkan sahur dan mempercepatkan berbuka.. selain itu, solat juga boleh ditangguhkan dan haram jika diteruskan jika kita dalam berkeadaan junub ataupon hadas besar.. takkan makna junub pon nak kena aku terangkan lagi~ dah rasa layak untuk mandi wajib tu, cepat-cepat la pergi mandi..yang tu takleh tangguh-tangguh..

Monday, August 15, 2011

Puasa pon masih.....

Dalam mengharungi bulan Ramadhan Al-mubarak ni, dengan keletihan menahan diri dari lapar dan dahaga, ada baiknya jika kita membaca Al-Quran jika ada masa terluang.. malam-malam pulak pergi solat terawih.. Di kala tengah malam tu, kalu tak nak baca Al-Quran, takut mengganggu tidur orang lain, ada baiknya jika kita bersolat tahajud, solat hajat, solat tasbih dan apa-apa sahaja perkara yang boleh mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada kita..

Jika tak mahu buat semua tu, lebih baik korang tidor je.. siang hari, kalu tak nak batal puasa sebab tidor kuat, baik korang gi jalan-jalan, pusing-pusing bazar Ramadhan.. survey harga air soya ke, cara nak menebar murtabak ke.. kalu tak larat, baik buka komputer, pasang bacaan ayat Al-Quran ke, tengok cerita upin ipin ke, download cerita naruto ke.. sesungguhnya itu adalah lebih baik dari korang dok surf internet tapi dok search benda macam  kat bawah ni... bangang!!!!





Itulah hasil search keyword yang ada kat blog aku untuk hari ni.. apa punya cilakak la perangai haram jadah macam ni.. kalu search sejarah perkembangan Islam ke,  cara bertaranum ke, adab membaca Al-Quran ke, sejuk jugak mata aku memandang.. ni apa kehal awek bogel lah, bau spender la... puasa-puasa pon masih lagi manjadikan hawa nafsu tu sebagai raja sedangkan kita berpuasa ni untuk melemahkan nafsu.. Blog aku bukan tempat untuk melucah ok!!! kalu nak membatalkan puasa tu, sila pergi tempat lain.. cari la mejah ke, ayeem ke..sebab diorang tu blogger terlucah peberet aku..hahahaha...

Setia

Makin hari, makin banyak kes curang yang terdedah..  tak kira yang curang tu perempuan atau pun lelaki.. tapi yang aku perhatikan, selalunya lelaki sahaja yang akan di aim sebagai curang.. suka cari perempuan lain.. memang sifat lelaki nak cari yang lain..semua lelaki adalah sama.. tapi bila ada kes perempuan curang, orang cuma akan kata, "ish..tak baik betul perempuan tu".. lepas tu terus senyap..

Memang aku hairan ngan sikap manusia ni..kenapa perlu curang?? kenapa tak boleh setia?? selalu je aku lihat, bila si lelaki tu setia, yang perempuan pulak yang buat hal.. bila yang perempuan baik, si lelaki pulak cari yang lain.. sebenarnya tak perlu timbul ayat lelaki memang suka pasang lain.. sebabnya perempuan pon sama je..semua tu atas peribadi masing-masing je.. ni aku nak tanya skit, kalau semua lelaki curang, kenapa kadar perkahwinan di Malaysia ni majoritinya berkahwin satu? bak kata P.Ramlee, satu..banyak.. dua..skit-skit.. tiga.. kadang..kadang.. empat..jarang-jarang..

Kenapa ramai lelaki berkahwin satu walaupon mereka dibolehkan dan mampu untuk kahwin lebih ramai? Lagi pon, tak menjadi kesalahan kepada lelaki jika curang sekali pun kerana mereka ada hak untuk mendapat pasangan yang lebih walaupon madu tu amat pahit kepada wanita.. tapi jika perempuan yang curang, itu dah sah-sah salah dari segi norma kehidupan mahupun hukum agama (bagi yang berkahwin).. kepada wanita-wanita yang mengeluh kerana pasangan curang tu, aku nasihatkan, baik kapel je ngan aku..comfirm, memang aku takkan cari yang lain..hahahaha.. tapi terhad kepada sorang yang terawal je sebab aku takkan curang dah.. Hmm..kenapa la orang yang setia macam aku jugak yang selalu ditinggalkan.. mungkin sebab aku tak bagi ayat-ayat romantik kot.. tapi ingatlah wahai perempuan, lelaki yang romantik tu la yang suka cari pasangan lain..kalau korang pon boleh terpikat ngan ayat-ayat dia, masakan orang lain tak terpikat?? tepuk perut, tanyalah diri..puasa tak hari ni...harharhar...




p/s : tetiba rasa nak layan lagu irwansyah.. aku memang pencinta wanita, namun ku bukan buaya~


Sunday, August 14, 2011

'UCAPAN AIDILFITRI: DARI SAYA UNTUK EQBALZACK'

Wahh.. Blog Eqbalzack kembali lagi dengan GA.. Kali ni GA Aidilfitri, Just duit~ sesiapa yang terasa nak dapat duit raya dari abang Eqbal, boleh la join GA beliau.. untuk maklumat lanjut, sila klik kat banner dibawah..





Saban tahun, sambutan ketika menjelang Syawal makin berubah..Kalau dulu, tak putus-putus kad raya dihantar kepada kenalan dan sanak-saudara.. kini memadai dengan SMS ataupon ucapan kat FB.. tahun ni aku nak buat perubahan.. kali ni aku nak buat sendiri Kad Raya.. sebelum ni, main beli kat kedai je.. hehehe.. kad raya pertama yang aku buat, aku hadiahkan khas kepada Abang Eq selaku penganjur GA dan juga blogger idola aku..

*kat mak aku pon, aku belum buat kad raya lagi..bertuah betol abang Eq..


Maaf la Abang Eq kalu buruk skit~ ekeke.. pakai paint je pon.. So, bagi melengkapkan syarat GA, dengan ini aku nak buat ucapan skit kat Abang Eq.. 


Kepada Abang Eqbalzack, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri..Semoga berbahagia disamping keluarga tercinta pada hari yang mulia ini..Jangan main mercun~
ikhlas dari blog B.U.D.A.K. K.A.M.P.U.N.G



Pecah kaca, 
pecah kepala,
dah habis korang baca,
fuuhhh.. mintak-mintak aku menang la!!



Saturday, August 13, 2011

Mencari Lailatulqadar

Bulan Ramadhan menjadi bulan untuk kita mengumpul pahala kerana pada bulan ni, pintu syurga akan terbuka seluas-luasnya dan akan tertutupnya pintu-pintu neraka.. Dek kerana tidak berumur panjang seperti kaum-kaum terdahulu, umat Muhammad diberi keistimewaan iaitu malam Lailatulqadar yang mana amalan pada malam tersebut akan mendapat ganjaran seperti beramal seribu bulan.. 

Banyak petanda yang diberikan kepada kita untuk mencari malam tersebut.. sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Pengasih kerana memberikan malam istimewa itu pada bulan Ramadhan.. dinyatakan pula dibulan Ramadhan itu, malam Al-Qadar terletak pada sepuluh malam terakhir.. lebih detail lagi, pada malam ganjil.. jadi sah-sah la malam tu hanya akan jatuh pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.. Hanya dalam 5 malam sahaja..tapi, selama ni, pada tahun-tahun yang lepas, pernahkah kita berjaga malam untuk beribadat pada 5 malam ni? hanya 5 malam setahun.. diberi lagi tanda-tanda Lailatulqadar ialah, malam tu akan sunyi sepi, tenang, cuaca elok.. pada paginya tu, langit seakan mendung..

Belum bersediakah kita untuk mendapatkan amalan yang sama seperti seribu bulan hanya dengan satu malam? Jika tak pasti hari apa, cuma cari malam tersebut dalam 5 malam sahaja.. Sesungguhnya Allah tidak membebankan manusia.. diberi kita peluang untuk mencari keredhaan-Nya.. Teringat aku masa kecik-kecik dulu, selalu je dengar cerita orang tua pasal malam lailatulqadar.. Ada yang kata nampak pokok sujud, ada yang nampak kuda terbang dan macam-macam lagilah..

Yang paling aku tak boleh lupa ialah ada sorang pakcik kat kampung aku.. dah lewat malam, dia baru balik ke rumahnya dengan berbasikal.. dalam perjalanan tu, dia ada jumpa sorang orang tua yang berpakaian serba putih berjalan kaki.. dia hanya menyapa hendak kemana.. orang tua tu hanya menjawab nak pergi ke surau depan tu.. baru je lepas selisih, pakcik tu terus terfikir, orang tua tu bukan orang kampugnya..tak pernah nampak pon.. bila fikir2 lagi, arah belakangnya yang dituju orang tua tu mana ada surau.. surau kat arah depannya.. lantas dia terus berpaling ke belakang.. sunyi sepi.. gelap gelita.. tiada sebarang manusia.. kemana pulak pakcik tua yang berjalan kaki tadi??  terus dia teringat malam lailatulqadar.. Ahh..menyesalnya dia kerana tak tumpangkan pakcik tadi.. kisahnya dijaja dikedai kopi..katanya kalau aku tahu orang tua tu malaikat, aku akan peluk kaki dia..aku nak mintak macam-macam.. Kami yang mendengar hanya mampu ketawa.. tapi sampai sekarang tak tahu siapa orang tua yang ditemuinya.. mungkinkah dia manusia biasa...atau pun wali atau pon benar malaikat.... Allah sahaja yang mengetahuinya..

Friday, August 12, 2011

Pendekar

Dah beberapa tahun aku tak aktif dalam dunia persilatan.. kadang-kadang, aku hanya memerhati dari jauh pesilat-pesilat berlatih.. perasaan hati membuak-buak ingin turut serta masuk ke gelanggang.. 'angin' untuk bersilat tak pernah lekang dari diri aku walaupon aku bukanlah seorang pendekar.. Aku tawar hati untuk menjejakkan kaki ke gelanggang kerana pesilat sekarang bukan lagi mencari ilmu tetapi mencari nama..

Sikap ingin dikenali dan ingin bergaduh menjadi punca budak-budak sekarang bersilat.. dan ramai yang baru belajar menumbuk dah mula berlagak..kononnya berilmu dalam beladiri.. mampu menumbuk dan menendang sedangkan hakikat sebenarnya, kekuda entah kemana, penumbuk masih tak bertenaga.. Bukanlah niat untuk mengata, tapi harap-harap mereka yang terkena tu terasa.. perlukah berlagak dengan ilmu? perlukah memakai baju seragam silat ke hulu-ke hilir? gaya dan mutu langsung tak sama.. latihan pula mahukan yang selesa..
Baru belajar menumbuk, dah anggap diri tu pendekar.. sedangkan gelaran pendekar tu bukan senang untuk dicapai biarpun bertahun lama berlatih.. Kecekapan kita bersilat bergantung kepada latihan dan kemampuan diri. tak sama setiap orang... sama seperti belajar berenang.. ada yang mula belajar di air tohor, parasa lutut.. ada yang belajar air paras pinggang dan ada yang belajar air di paras dada.. bergantung kepada kemampuan kita menguasai.. Jangan anggap kita perenang yang hebat jika baru bertatih di air tohor.. kerana di kelilingi manusia yang perasan pendekar, aku jemu untuk terus menuju ke makam pendekar tu.. bukanlah mahu tunjuk baik..tapi aku tak mahu jika aku sendiri mengaggap diri sebagai pendekar kerana sering di kelilingi oleh para 'pendekar'..

Wednesday, August 10, 2011

Mati kali kedua

Masa kecik-kecik dulu aku selalu lepak-lepak kat rumah salah sorang kawan baik aku.. Aku juga banyak belajar pasal keagamaan dari ayahnya yang juga seorang pendakwah.. kat rumahnya ditubuhkan pusat tahfiz yang dikendalikan oleh beliau sendiri menggunakan duit persendirian.. di tahfiz itulah aku membesar dan bermain.. ayah kawan aku tu sangat baik dan amat menyayangi orang lain terutamanya kanak-kanak.. aku dah anggap dia macam ayah aku sendiri.. Tidak terlampau jika aku katakan akhlaknya hampir sama dengan peribadi Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan..Umumnya, masyarakat di daerah aku, Tanah Merah, Kelantan pasti mengenalinya kerana sifat kebaikan beliau dan usaha dakwahnya.

Pada 14 tahun lalu, doktor meramalkan beliau akan meninggal dunia kerana penyakit yang dihadapinya.. sampai masa yang diramalkan doktor, beliau akhirnya rebah dan tak sedarkan diri.. masyarakat digemparkan dengan kematian beliau dan bacaan yassin telah dilakukan.. semasa bacaan yassin, orang ramai hampir lari kerana jenazahnya tiba-tiba bangkit.. dia menceritakan pada aku, dalam keadaan tak sedar tu, dia asyik meminta tak ingin mati lagi.. tiba-tiba dia terdengar suara yang berbunyi "wahai hambaku, jangan bimbang.. aku takkan ambil lagi nyawamu kerana usahamu dalam dakwah".. begitulah lebih kurang bunyinya.. sejurus itu dia bangkit.. tapi penyakitnya tetap tidak sembuh.. doktor kebingungan dengan keadaan beliau yang tak jadi mati..

Selepas 'hidup kembali', ketakwaan beliau makin bertambah.. sifat penyanyang beliau amat terasa malah tidak berbeza pon antara siapa.. semua orang dilayannya dengan penuh lemah-lembut.. sejak aku berhijrah ke Kuala Lumpur, jarang sekali aku menjenguk beliau biarpun setelah berminggu-minggu balik kampung.. walaupon ingatan pada beliau membuak, tapi amat sukar untuk aku menjejakkan kaki ke rumahnya.. 2,3 hari lepas, tiba-tiba aku selalu memikirkannya.. perasaan rindu sering menerpa hati..dengan tidak diduga, semalam aku mendapat khabar beliau telah meninggal untuk kali kedua...  kali ini, pemergian beliau adalah untuk selama-lamanya.. aku dengan kadar segera menziarahi rumahnya.. penuh sesak dengan manusia.. terlalu sayu hatiku bila melihat sekujur tubuh yang pernah membelai aku dulu..

Biarpun dia telah pergi untuk selama-lamanya, aku tetap pasrah dan berpuas hati kerana aku masih sempat untuk menolong memandikan jenazah beliau dan menghantarnya ke liang lahad.. Tuhan lebih sayangkannya kerana menjemput beliau pada 9 Ramadhan..bulan yang penuh kemuliaan.. Hatiku masih lagi sayu.. air mata bergenang semalaman.. namun aku redha.. yang datang pasti akan pergi.. Al-fatihah sentiasa aku sedekahkan buat beliau.. Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tuan Haji Razali bin Mamat.. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.. Al-fatihah....


Monday, August 8, 2011

Kasih sayang Ibu bapa

Baru-baru ni aku ada baca satu buku... ada satu tajuk dia yang betol2 menarik perhatian aku. Tajuk dia mengenai kasih sayang ibu bapa. Apakah betol setiap apa yang di lakukan oleh ibubapa terhadap anak2 adalah demi kebaikan anak2 mereka? bagi ibu bapa terutama orang melayu, mendidik anak perlu tegas dan penuh unsur paksaan.. marah dan mengherdik itu satu kasih sayang.. memukul dan merotan itu satu kasih sayang.. membebel dan memaksa itu satu kasih sayang... apakah benar itu dianggap kasih sayang? namun itu lah yang menjadi kebiasaan ibubapa terutamanya orang melayu dalam memberikan kasih sayang kepada anak2..

kenapa kah ibubapa tidak menunjukkan sahaja kasih sayang melalui sifat kasih dan sayang mereka? kenapa kasih sayang perlu di terjemah kepada pukulan dan maki hamun? mungkin kasih sayang sebegitu boleh di praktikkan pada masa dahulu.. zaman sekarang, kasih sayang dengan pukulan dan bebelan tidak berkesan kepada anak2.. anak2 yang tidak berfikiran matang akan merasakan mereka dibenci dan tidak disukai oleh ibubapa..

sebab itu sekarang ni kian menjadi-jadi kes lari rumah, pukul ibu bapa bahkan sampai membunuh ibubapa.. semua itu lantaran tidak tahan dengan sikap dingin dan bebelan orang tua.. kalu zaman dahulu, menurut mak aku, walau kena pukul pon, terpaksa tahan je.. nak lari rumah pon nak pergi mana.. kalu malam gelap gelita.. hutan je sekeliling.. zaman sekarang ni berbeza sama skali..hutan batu memenuhi segenap ruang.. cahaya neon bergemerlapan..para sahabat pon bertaburan. boleh menumpang teduh rumah kawan.. kalu mak kawan tanya, katanya dihalau ibubapa.. itu yang biasa terjadi..

Sedarlah para ibubapa, zaman sekarang bukan lagi seperti zaman dahulu.. anak2 sekarang mudah memberontak dek kerana pemikiran yang tak matang. cuba2 lah memberikan kasih sayang kepada anak-anak dengan kasih sayang yang sebenar secara terus.. tak perlu lagi kasih sayang itu di terjemah kepada pukulan dan bebelan..

kasih sayang dan sifat lemah lembut akan melembutkan juga hati anak2... Rasulullah sendiri pernah berpesan supaya menjadikan anak2 sebagai kawan apabila mereka di ambang remaja. Ini kerana anak2 akan mudah mengikuti apa yangg rakan mereka lakukan. melalui psikologi, menurut Dato Dr Haji Fadhilah Kamsah, anak2 masa kecil suka menjadikan ibubapa sebagai role model.. bila di skolah rendah, anak2 lebih suka menjadikan guru sebagai role model.. dan bila remaja, anak2 akan lebih suka mengikut apa yang kawan2 mereka lakukan..oleh itu, ibu bapa perlu menjadikan kawan kepada anak2 yang remaja supaya mereka mudah mengikuti anda dan bukannya berpeleseran dengan kawan2 mereka yang lain..

Sebagai anak, kita juga janganlah cepat berkecil hati dan memberontak dengan ibubapa jika mempunyai ibubapa yang suka membebel dan memukul..sebolehnya, elakkan dari melakukan perkara yang boleh mendatangkan bebelan dan kemarahan ibubapa.. sedarlah kita syurga itu dibawah tapak kaki ibu. kadangkala ada juga bebelan dari ibubapa yang kita rasakan tidak berasas, tapi cuba2 lah meletakkan ketepi sahaja bebelan yang tidak berasas. dan ambil lah pengajaran dari bebelan yang bermanfaat..sememangnya bebelan dan kemarahan itu adalah kasih sayang mereka. tapi mereka masih terikut2 cara didikan yang mereka terima dari datuk dan nenek dulu..

kita seharusnya sedar, orang2 tua dahulu sememangnya suka berkias dan tidak melakukan sesuatu secara terus melainkan ada benda yang tersirat.. marah itu tanda sayang.. sayangkan anak tangan2 kan, sayangkan isteri rapat2kan tinggal2 kan.. jadi korang fikirlah, apakah bebelan dan kemarahan serta pukulan itu sesuai untuk menunjukkan kasih sayang korang kepada anak2.. sesungguhnya pemikiran setiap orang tak sama... 



p/s : aku masih lagi bujang trang tang tang.. tak tahulah macam mana cara aku untuk mendidik anak2.. yang aku dapat bayangkan, amat sukar membesarkan anak2... tapi kesukaran itulah yang pernah di tempuh oleh ibu dan ayah aku... terima kasih mama & abah kerana telah membesarkan aku. (walaupon penuh bebelan, tapi bebelan itu yang menjadikan aku seorang manusia)

Sunday, August 7, 2011

giveaway: THE COLORS OF RAMADHAN

Huh... Bulan puasa ni agak sibuk bagi aku..nak online pon jarang-jarang je.. tengah malam buta baru berkesempatan nak buka pesbuk, nak baca blog.. dan aku terperasan abang Eqbalzack ada buat GA.. aku berkira-kira nak join sebab aku dah lewat 4 jam dari tarikh tutup..huhuhu..papepon, aku tetap nak buatlah sebagai sokongan aku kepada abang Eq yang menjadi idola aku selama ni..gambar pon aku baru snap dalam pukul 11 tadi..masih panas-panas, terus upload.. sesiapa nak join, memang dah terlambat dah..tapi letak la juga link kepada sesiapa yang nak usha blog abag Eq..

 



Aku nak pamerkan gambar 'colek perut'.. Colek adalah makanan ringan yang menjadi keharusan bagi orang Kelantan pada bulan puasa.. Selepas solat terawih, maka masyarakat Kelantan tanpa mengira lapisan usia akan menuju ke kedai-kedai yang menjual colek..Kedai yang menjual colek memang mudah dicari pada bulan Ramadhan namun pada bulan-bulan lain, ingin mencari sebuah kedai yang menjual colek adalah ibarat mencari sebatang jarum di tengah padang..

Colek perut ni lebih kurang rojak.. Colek perut dihasilkan dengan campuran perut lembu, pelempong a.k.a paru-paru, timun, taugeh, keropok, cucur atau disebut juga 'jemput malas', dan kuahnya yang dipanggil 'colek'.. kuahnya pulak dimasak dengan campuran gula melaka, gula dan garam, asam jawa, otak udang, belacan,cuka dan lada kering.. Sesiapa yang nak cuba rasa bolehlah membuat kunjungan ke Kelantan pada bulan Ramadhan ni.. aku rasa kebanyakan orang Kelantan yang berada di luar negeri Kelantan akan terketar-ketar untuk merasa makanan yang hanya muncul pada bulan puasa ni.. Hmm..paling menarik, tahun ni aku sendiri dah jual 'colek perut' ni.. siapa mau boleh la order..harga cuma RM2.00 je~ ekekeke..








Saturday, August 6, 2011

Bergaya dengan Fixie

Baru-baru ni aku sedikit tercengang bila tengok beberapa kumpulan budak-budak berkonvoi basikal keliling kampung. perghhh..budak-budak sekarang dah ada permainan baru.. bergaya dengan basikal fixie yang berwarna-warni.. memang cool lah~ zaman aku dulu-dulu, yang aku ingat, budak-budak suka bergaya dengan Chopper, BMX.. basikal BMX paling kuat pengaruhnya dulu sehingga popular dengan skill yang macam-macam.. lepas tu basikal mini.. basikal mini dulu hanya sinonim dengan budak perempuan je.. tapi pada satu tahap, basikal mini mula menjadi rebutan budak lelaki sebab nak bergaya dengan basikal mini yang ditukar aksesori.. fuhh..tak sangka basikal pon boleh menggamit memori silam..


Budak sekarang ni pulak dah bergaya dengan basikal fixie.. harga fixie yang aku dengar-dengar paling murah pon antara RM400-500 sebiji hinggalah mencecah ribuan ringgit bergantung kepada jenis dan modelnya.. dengan warna yang terang dan menyilaukan mata, fixie memang mudah menarik perhatian orang.. yang aku tak berapa berkenan pasal fixie ni ialah ia tidak mempunyai brek.. agak bahaya kepada penunggang yang baru nak belajar guna. kepada pengguna baru tu, aku syorkan agar memasang brek pada fixie anda.. kalu dah terer bawa nanti, ok la skit.. basikal ni memang tidak menggunakan brek kerana dia ia hanya dihentikan dengan teknik kayuhan reverse.. maknanya otot kaki korang mestilah kuat untuk menjadi penunggang fixie ni.. tambah menarik lagi, basikal ni boleh dikayuh kebelakang.. 

Tengok kepada penunggang fixie ni, mereka terdiri dari kalangan lelaki mahupon perempuan..kalu BMX dulu, budak pompuan memang jarang ada yang join.. tak sangka fenomena kegilaan terhadap fixie ni melibatkan semua lapisan masyarakat samada muda mahupon dewasa tanpa mengira jantina.. secara umumnya, aku rasakan fenomena fixie ni agak positif kerana golongan belia akan lebih tertumpu kepada aktiviti yang aktif dan secara langsung jugak akan mengurangkan kadar aktiviti merempit yang tak berfaedah.. tiada rempit, maka tiada jenayah ragut..hmmm, aku masih berfikir..perlu ke aku jugak memiliki fixie ni???





Friday, August 5, 2011

Kongsi

Sempena bulan Ramadhan al-mubarak ni, ramai blogger yang mengeluarkan entry pasal puasa.. Alhamdulillah, blog juga dapat dijadikan medan untuk berdakwah.. ternyata blog bukanlah hanya tempat untuk omong-kosong, bergelak- ketawa, mencari kawan mahupun lawan.. Dah alang-alang ramai yang berbicara pasal puasa ni, aku pon nak sentuh jugak la pasal isu ni..rasanya itu lebih baik dari dok bincang pasal keretakan hubungan Khairul Fahmi dengan Elia mahupun status pertunangan Ally Iskandar..

Masa dengar radio tadi, aku tertarik dengan ceramah yang diberikan oleh ustaz mana ntah.. katanya manusia ni sukar untuk berkongsi.. tak nak kongsi rumah, tak nak kongsi kereta, tak nak kongsi suami dan sebagainya.. tapi bulan Ramadhan ni mengajar kita untuk berkongsi..kita akan berkongsi rasa lapar dan dahaga.. kita akan berkongsi kemuliaan dan kerahmatan di bulan puasa, malah kita dianjurkan untuk mengeluarkan zakat untuk berkongsi sedikit kesenangan kita dengan fakir miskin..

Perkongsian itu bukanlah sesuatu yang berat dan membebankan.. tapi akan menjadi bebanan kepada kita sekiranya tiada keikhlasan.. kenapa susah sangat nak berpuasa? niatnya kerana Allah tetapi kebaikannya adalah untuk diri kita sendiri.. Bermulanya puasa, maka ramailah manusia yang akan mengaku gastrik.. memang hairan kerana mereka hanya akan gastrik bila tiba Ramadhan.. bila raya, ok pulak.. sampai la Ramadhan akan datang pulak menyusul..Hmm.. aku dulu pun pernah diserang gastrik.. bila tiba Ramadhan aku akan bimbang kerana kesihatan perut aku.. tapi yang hairannya, apabila aku puasa, langsung gastrik tu tak datang.. bila tiba raya pulak, penyakit tu datang balik.. dari situ aku percaya, Allah akan menolong hamba-Nya yang betul-betul ikhlas..bukanlah nak kata aku ni baik sangat.. tapi aku cuma berkata dari pengalaman.. Jika kita ingat Allah, maka Allah akan ingat kepada kita..Wallahuallam...


Thursday, August 4, 2011

Tak pernah takut

Selama ni, saban tahun kita asyik didedahkan dengan berita kemalangan dan kecelakaan sempena bulan puasa.. hmm.. apa lagi jika bukan kemalangan pasal main mercun.. setiap tahun, bila tiba je bulan puasa, maka akan muncullah di berita utama dan surat khabar.. remaja putus jari.. kanak-kanak kudung tangan.. budak skolah mati meletop... walaupon sering didedahkan dengan bahaya mercun , tapi permintaan dan kegalakkan masyarakat terhadap mercun dan pernah menurun bahkan lebih bertambah..

Begitulah sifat manusia ni.. sebelum terkena kepada diri sendiri, takkan pernah rasa takut tu terlekat dihati.. bila tengok berita orang kudung terkena letupan mercun, mereka hanya akan memandang sinis sambil mengejek.. "tu la..nk main mercun tak pandai..padan muka".. walaupon kata-kata itu tak terluah, namun itulah yang tersemat di hati..jika tidak masakan kejadian sebegitu tidak dijadikan iktibar..bila dah terkena pada diri sendiri, barulah nak rasa menyesal..hmmm..kalu bengkok jari skit, ok lagi kalu nak menyesal..tapi kalu dah mati??? takde guna nak menyesal...

Jika bulan puasa sibuk dengan berita pasal kemalangan kerana mercun, bila dah raya pulak penuh pulak dengan berita pasal kematian kerana kemalangan jalanraya.. itulah yang terjadi setiap tahun.. memang manusia tak pernah takut untuk mati.. berita pasal kemalangan langsung tak diendahkan selagi nyawa sendiri belum tergadai.. mesti jugak nak bawa kereta laju-laju selagi hayat dikandung badan..



p/s : aku memang tak suka nak main mercun dari kecik lagi.. hanya tengok je budak-budak lain main... kadang-kadang terhibur jugak..kadang-kadang serabut pulak ngan bunyi pong-pang pong-pang....

status paling banyak

Setiap kali bulan puasa, aku tengok kat wall pesbuk member-member paling banyak dok post status pasal juadah berbuka ngan juadah bersahur.. asyik-asyik tulis kat wall , "Hari ni berbuka ngan air kosong dan sebiji kurma"..  " hari ni hanya minum sirap dan nasi goreng"... "menu sahur hari ni hanya milo suam".. bukan aku nak kutuk atau menghina, tapi rasanya aku dah bosan dok ngadap post yang sama je setiap hari.. 

Yang herannya, takde pulak yang post "hari ni aku berbuka ngan capucino blended 4gelas ngan nasi 3 pinggan yang cuma berlaukkan ayam tandoori, ikan patin gulai tempoyak, ayam goreng halia dan daging masak merah..".. kebanyakan post yang dibaca hanyalah yang mengamalkan sikap bersederhana.. tapi bila di tanya secara bersemuka, "apa menu kau berbuka hari ni?" jawabnya macam-macam.. "air sirap bandung 3 gelas, air kelapa 3 gelas..maklumlah panas sekarang ni".. "makan pulak sampai tersadai kekenyangan..nasi 2 pinggan, lauk ayam goreng berempah, daging bakar ngan telur bungkus..fuhhh!!!" sambil menepuk-nepuk perut...

Kenapa tak boleh nak post benda lain skit kat pesbuk? asyik2 senarai menu berbuka ngan sahur je.. rimas dah aku ni..ekekeke... cuba la ubah sikit contohnya "hari ni aku puasa penuh".. "hari ni aku terminum air sirap. aku lupa sedang berpuasa lalu teruskan saja memakan nasi..." "hari ni aku berebut aiskrim ngan adik aku sebab tak tahan panas".. dengan status begini, maka kita akan kelihatan lebih bangang.. barulah lebih ummmphh~ 




p/s : takde idea nak update blog.. sekurangnya, aku dah bazirkan masa korang selama 5 minit untuk membaca entry ni.. sebaiknya, baik korang gi baca Al-Quran pasni..hahahaha

p/s 2 : maaf kepada sesiapa yang terasa.. aku hanya taip secara spontan kerana kekeringan idea.. ampunnn!!!

Wednesday, August 3, 2011

Darjat perlu setaraf

Sambil aku melepak di kedai makan kakak angkat aku, kadang-kala aku akan turut menolongnya bagi meringankan beban si perempuan itu..timbul juga kesian kepada kakak aku tu.. aku tahu, menguruskan kedai makan tu sangatlah penat.. tapi demi mencari rezeki untuk membesarkan anak-anaknya, dia tabah bekerja selepas kematian suami.. sesekali jika ada perempuan yang datang nak makan, maka aku dengan gaya yang mengkontrol macho pon akan cuba mengusha.. lepas ambik order dan buat air, maka aku pon borak-borak la sikit ngan perempuan tu.. 

Terkenangkan nasib diri yang belum berkapel sedangkan member-member ramai yang dah kawen, maka teknik usha-mengusha ni perlu dilakukan.. tapi aku takdela pasang niat nak ejas betol-betol..lebih kepada nak bergurau je sebenarnya.. kalu sangkut, ada jodoh, alhamdulillah~ hahaha... antara perbualan yang terjadi lebih kurang begini bunyinya...

Dia : Awak kerja kat kedai ni? Awak belajar sampai mana? SPM??
Aku : Ha'ah.. kerja jadi kuli je kat sini.. hmmm..bolehlah lepas SPM skit-skit..
Dia : Kalau boleh saya nak cari yang belajar kat U.. kerja kat KL. tak nak la yang kerja kat Kelantan ni..
Aku : saya bodoh.. tak layak masuk U.. nak kerja kat KL pon takde orang nak terima..tambah lagi saya tak pernah pergi KL..nanti sesat la pulak kat sana.. Hanya layak jadi kuli kat kedai ni je..
Dia : maaf la.. saya ni belajar kat UiTM.. kalau boleh, nak cari yang sepadan..

Aku hanya mampu tersenyum sambil bermain-main dengan anak kunci motor yang berada ditanganku.. sesekali aku merenung keychain di kunci motor yang tertera logo dan perkataan University of Malaya... Aku terus berfikir, ohh.. betapa pentingnya taraf yang sepadan untuk mencapai kebahagiaan... Nampak gaya, yang kerja 'kuli' macam aku takkan ada jodoh la melainkan dengan kuli jugak..